bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru pada warga pendidik :)
Terima kasih atas ilmu yang cikgu2 curahkan..Jasa guru jua yang menyumbang aku berada di sini pada hari ni; jadi orang la jugak kan.. :)
banyak2 kenangan zaman persekolahan, yang tak boleh aku lupa adalah kena kaunseling dengan cikgu kelas waktu darjah 6..nama cikgu tu Cikgu Ibrahim Md Zin.. kena kaunseling kat kantin, balik kelas, kengkawan kat kelas dok bisik2 ja..he he he..
bila terkenang2 balik, nak tergelak aku..aku ni bukan la budak nakal, tak pernah lawan cakap cikgu (tak macam sekarang, dok lawan cakap bos :P ).. 
aku tak expect akan kena kaunseling..seingat aku, aku dipanggil sebab cikgu rasa prestasi pelajaran aku merosot..terharu sangat masa tu dek nasihat2 cikgu Ibrahim.. aku makin insaf kot lepas tu..belajar bersungguh2 (bersungguh la sangat..ha ha ha)..
apa2 pun, jasa cikgu2 tak pernah aku lupa..doaku moga Allah merahmati cikgu2 yang menyuluh hidup ni ya!...

4 comments:

Nasriq said...

setiap orang mesti ada sorang cikgu yang akan diingati sampai mati kan kan kan...

gedek! said...

Cikgu Zek ialah cikgu yang tak pernah miss gunting rambot uncle setiap kali spot check rambot panjang...

Uncle selalu berdoa supaya selisih dengan dia sekarang dan dia dapat tengok rambot uncle hari ni...

Hahaha!

Abi Al-Baihaqi (RKA) said...

Assalamu'alaikum...smoga sihat dan ceria selalu

Best jadi cikgu...dapat banyak hadiah...

Cik Ina Do do Cheng said...

Norh , guru banyak memainkan peranan penting dalan hidup setiap insan Selamat hari guru.