Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label sembang. Show all posts
Showing posts with label sembang. Show all posts

Tuesday, January 26, 2016

missing the old blogging days...

Salam :)

Dah lamaaaaaaaaaaa sangat tak tuan rumah tak jenguk blog sendiri..apatah lagi nak membuat entri kan..padahal banyak nak bercerita (bercerita la sangat kan :p )...
 
banyak lagi kisah2 travel yang tak tercatat dalam seriastana ni.. banyak jugak pengalaman kehidupan yang rasanya nak kongsi bersama tapi hajat tak tercapai.. kekangan masa atau kemalasan..kedua2 nya kot..hahhahhaha.. life as single lady; nampak macam ada masa..tapi sibuk jugak..macam2 aktiviti nak dibuatnya..

konon azam tahun baru nak hidupkan balik blog ni..tapi penghujung bulan satu ni baru ada mood nak masuk blog sendiri.. norh sendiri pun doakan agar dapat menghabiskan entri ke Osaka ni dan trip2 ke tempat lain..untuk panduan diri sendiri jugak.. worst case, kalau dah tak menyempat sangat, mungkin blog ni akan bertukar menjadi photoblog :p

kawan2 blogger pun mungkin dah terlupa siapa norh..hahahhaaha

2016 life; ingatkan semakin dah dewasa ni, kehidupan menjadi yang biasa2 dan normal saja..tapi untuk hari pertama di tahun 2016 ni saja, terima suatu perkhabaran di ofis yang errgghhhhhhhhhhh...norh tak nak fikir sampai tiba waktu tersebut.. first day pun dah rasa mencabar tahun ni..tak tahulah situasi sebenar..doakan yang baik2 saja dan dipermudahkan segala urusan..

whatever it is, KEHIDUPAN perlu diteruskan, jejak kaki harus ditinggalkan di segenap pelusuk negara di dunia..hhihihihihi
dan pasal travel pulak, hobi yang tak boleh dilupakan, walaupun blog tak update tapi jiwa travel ni tetap membara..now counting days nak naik flight..nervous dah terasa...hehehheheh

tapi maybe kena slow down sikit kot tahun ni sebab dah tambah komitmen baru..dan ekonomi negara yang tak menentu ni..segala barang nak naik harga..darah pun dah naik dah sejak kebelakangan ni dek pak2 menteri kita..haisshhhh

norh doakan yang terbaik untuk readers semua di tahun 2016 ni.. wish ni patut buat masa awal tahun baru kan..tapi nak buat macam mana kan..tapi norh tetap nak ucap jugak :))

Jom sama2 upgrade diri di tahun 2016 :)

 

kehidupan ibarat kepelbagaian rupa, warna, rasa, bentuk seperti yang ada dalam replika makanan di atas..

motif sangat kan nak letak gambar makanan :p



Sunday, December 22, 2013

ENTRI TERAKHIR

Utk 2013...
Sayang oooo nak berenti dari tulih blog ni walau tak tulih tara mana pun.. Tajuk propa ja lebih...haha
Ntah apa apa la kan!..
Yg nyata, norh sayang dgn kwn2 kat blog walaupun norh dah jarang update entri..walaupun norh dah tak rajin lawat rumah2 kwn blogger...walaupun norh dah hilang hala tuju nak blog pasal apa... Doa2kanlah semangat blogging norh di thn 2014 ni kembali bersinar..kembali segar...kembali mewarnai dunia blogger...*tetiba nak berbahasa pulak ;p
Ok...so..apa content entri ni eh...
Entahla...
Nak merapu ja sebenarnya..seriously tak dak special topic..main taip ja apa yg terlintas...maklumla dah lama tak menulih...rasa blur pun ada...bahasa pun memang sangat berterabur..kalau ada cikgu bm baca blog ni, tolong maafkan norh eh..
Errmmmm..apa lg eh??
Ohhh..dah di hujung thn kan kita ni...Alhamdulillah masih dikurniakan rezki utk thn 2013 ni...nikmat kehidupan ;)
Dah belek ke azam thn lepas? tercapai ke dak azam tu..dah start berangan ke thn depan nak buat azam apa?
Dulu2 zaman sebelum ada blog ni..norh x ambik kisah pun dgn azam baru...sebab tak tertulis kat mana2..tp sejak ada blog ni..norh dah mula note down azam utk tahun baru even tak specific tp boleh la klik balik apa yg ditulis setahun yg lalu...boleh la review balik brapa percent ja yg berjaya dicapai.hehe
Azam 2013 norh boleh dikatakan separuh la tercapai... I have done the best for 2013..so kena draft dah ni azam 2014...ahakkksss...draft? Terpengaruh sangat dgn life kat opis...semua kena draft dulu sebelum finalised...
Tahun 2013 penuh dgn warna warni ... Baik personal life, kerjaya, family n friends.. Sampai tak terblog sbb 'happening' sangat..
Paling best antara semua yg terjadi dlm thn ni adalah berpeluang travel ke europe... Unforgetable ;)
Then, seperti biasa bila dah terasa duit dah banyak berkurang...mode insaf nak stop travel pun mai la...tapiiiii sehari lepas rehat kat rumah...terus google travel ke osaka-kyoto... So, nak salahkan siapa?? Huhuhu
Dan bila dah selalu terjadi mcm ni..norh just realize ini la takdir norh... Travel is happiness utk norh... Jadi norh redha la perangai mcm ni...hahahahaha....
Tapi kannnn.. Thn 2014 ni, norh mcm terpaksa ubah mood happiness ni...kena tukar konsep. .takleh nak travel dah..cuti2 malaysia ja kot..or lebih tepat...konsep rumahku percutianku..huhuhu (tak tau berjaya ka dak :p )..
Nak tau sbb apa?
1st sbb tabung sangat la kosong (sbb paling utama)..
2nd sbb baru renovate pagar (atas request dr jiran - tp bukan la paksaan..norh ok jugak sbb kesian jiran sebelah kena menghadap semak samun rumah norh), so kena la menghayati pagaq baru tu..kena plan picnic ka, bbq ka bila dah ada pagaq baru ni..
3rd sbb norh dah terbeli rak buku baru lepas balik europe..(beg europe dok tak berkemas lagi, dok bertambah bersepah kan keadaan dlm rumah..teruih buat alasan kena beli rak buku..(*mesti readers rasa alasan tak munasabah kan ;p ),.so, mood deco pun harus bermula kann...
Moga2 tahun 2013 nibanyak yg dah kawan2 capai ya!
So, jom senaraikan azam tahun baru...
Nanti kita publish sama2 eh... ;)


P/s: norh 'tak berjaya' kawen tahun 2013... Kena letak sebagai target no.1 kot baru boleh achieve.....he he he *masihsedarjodohmautdahditakdirkan*

Monday, January 14, 2013

make over

merujuk pada entry semalam; stesen kerja


antara tekaan dari rakan2 sekalian adalah; tukar department & naik pangkat..

he he he
agaknya la kan..sapa la nak terima staff dari department QA masuk department depa? 
mesti orang QA adalah orang pertama yang depa vote out :p

naik pangkat untuk norh??
hmmmm..
dah bertahun di'propose' oleh bos..(boleh tara tu)...
tapi...tapi dan tapi..*diam itu lebih baik*

naik pangkat maksudnya bertambah pening kepala..
belum naik pangkat lagi, dah bertambah job scope setiap tahun..
kalau naik pangkat, macam mana nak ambik cuti berjalan2 makan angin pulak kan?..
dah la norh jenis yang kalau bercuti, terus lupa pasal kerja..

sebenarnya ada sedikit ubahsuai kat opis..
make over untuk menyemarakkan semangat staff QA.. :P
semarak la sangat..
setiap hari pun 'marak' jugak sekarang ni..
ada ja yang nak cari pasal..

tunggu minggu depan..
make over menjadi ke tak..
:)

Wednesday, November 28, 2012

CNY 2013




temasik mar 12





ada sesiapa yang dah ada plan jalan-jalan waktu chinese new year next year dak?

ada cadangan berlibur kat mana2 dak?

















Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Salam Maal Hijrah buat semua,

Semoga tahun baru ini adalah yang lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya.. moga kita dapat meningkatkan kasih kita dengan Allah.. dan semoga kita akan sentiasa dilimpahi rahmatNya....


InsyaAllah pada tahun baru ni, norh berazam beberapa perkara yang perlu norh baiki dan usahakan dari sudut spritual ni.. 


tolong doakan kejayaan norh ya.. ;)










cuti #4

# ke Pekan Rabu dengan emak, kakak dan adik.. (kalau sempat, norh share gambar..)

# menyambung baca buku..target nak abihkan esok..






p/s: sekejap ja masa berlalu..lagi satu hari dah nak masuk keja..dah start teringat "TO DO LIST" kat opis dah..hu hu hu

Sunday, November 4, 2012

cuti 5 hari

tiba-tiba depa announce cuti 5 hari, waktu minggu deepavali..
diganti dengan dua kali sabtu..
memang catat sejarah betul lah, 
tak pernahnya kilang ni shut down sepanjang aku keja 6 tahun kat sini..
awat la dari dulu lagi tak mau habaq tak tau!
kalau tau awai, boleh plan jalan-jalan..
sapa ada idea nak jalan ke mana berseorangan?

Friday, April 13, 2012

dapat award??

hari ni dapat tau syarikat aku bekerja dapat award

2012 Malaysia Frost & Sullivan Excellence Awards

tahniah untuk semua :)

berbaloi jugak rasanya dok stress pasal keja yang banyak

moga2 orang atasan ada hati la nak bagi apa2 dekat orang bawahan macam kami ni..

 

Wednesday, April 11, 2012

home sweet home


rasa macam dah lama tak lepak2 kat rumah sendiri... *iya lah tu*
mana taknya.. weekdays, sibuk keja.. kul 7 baru sampai rumah..
weekend, balik rumah mak
dak pun jalan2 cari makan..
hari ni dapat cuti free, 
baru la sempat nak tengok rumah tangga sendiri,
atau lebih tepat lagi, baru sempat nak mengemas rumah.. :P 
 

Thursday, February 9, 2012

hilang

norh
sedang mencari
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
calon suami

mood blogging


*hilang dalam timbunan dokumen rutin / prosedur / projek yang aku dok review sekarang ni*

Thursday, January 12, 2012

baca apa yang boleh baca

wah.wah!...
macam rajin ja tengah2 malam buta ni meng'update' entry..ye la kan.. nak off selama 4 hari *wink* :))

aku paling tak suka hari sebelum aku nak bercuti, semua orang akan buatkan aku mempunyai perasaan nak hantar surat resign...
dan rupanya bos yang satu ni pun bimbang aku nak bercuti..nak buat lagu mana kan..aku ni tak la baik sangat nak sedekah cuti aku kat company..ingat dunia aku cuma tempat keja ke walaupun lately aku rasa memang macam tu pun...

apa pun la..aku pilih untuk masih di sini so, kena adapt dengan perubahan.. hujung bulan ada tetamu kehormat, jadinya tadi dia dah hint..makna kata, balik bercuti, kena terus masuk gear 5.. :P

tengok, malam2 pun aku dok teringat keja..isk isk isk..

mai kita cerita pasai entry aku tadi tengahari;

cukuplah hanya sekali

dalam entry ni aku ada mention; baca apa yang boleh dibaca...
actually tu gambar sampan2 yang membawa kami masuk ke dalam gua.. 
di mana dalam gua tu ada air,
di mana kita terpaksa tido dalam sampan tu,
di mana aku rasa aku patut baca apa2 doa yang dapat menyelamatkan aku..
di mana aku tak sudah2 rasa stalagtik tu nak mengguris pipi aku..

woihhh..ngeri teramat... sebab tu la tajuk dia cukuplah hanya sekali..memang tak mau dah untuk yang kedua kalinya..
nanti InsyaAllah aku sambung details entry pasal gua ni ye... 

nak tido dulu..esok nak terbang :)

take care all my dear...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang 2012

hari pertama 2012,
aku bukak semula entry aku hari pertama tahun 2011, nak tengok azam aku tahun lepas.. aku pun dah lupa aku ada azam ke tak de azam tahun lepas..ha ha.. kelebihan blogging ni rupanya2, terdapat la catatan azam 2011 aku iaitu nak enjoy hidup aku.. sebenarnya aku dah lupa la azam tu..kalau tak buat blog mesti confirm aku tak ingat kan..


ok, dah tercapai dah ka azam aku tu? 
aku rasa tercapai gak la.. aku rasa memang enjoy dari semua faktor ..
manis, pahit, masin, masam, kelat.. ho ho ho


tapi yang paling aku enjoy adalah jalan2 makan angin..ha ha ha
ye la.. ni lah aktiviti yang membuatkan aku tak masuk dalam statistik penyakit2 yg tengah meningkat kat malaysia ni yakni antaranya; darah tinggi, kencing manis dgn penyakit mental..
actually takde la merancang betul2 nak ke destinasi2 tu..
mulanya angan2 ja.. tapi terdesak nak bercuti gak, gigih la mengusahakan yang semuanya macam last minute la jugak..


pasal kerja; memang warna warni sangat la 2011..
aku join 3, 4 training gak la..jumpa orang baru, tambah ilmu baru..
tetiba pulak kena cover bos, tetiba pulak dapat bos baru.. semuanya memang tambah rencah ...
rasa apa?
aku pun blur dah pasal rasa yg ni..
bukan berkenaan dengan kerja saja, berkenaan dengan perhubungan kita dgn manusia jugak bila kita bekerja dengan manusia..ye tak..
rupanya 'menjaga hati' ni bukan suatu yang mudah..
hati aku sapa yang nak jaga?
takpa, Allah ada kan.. :)


lagi satu yang best, 
ketemu sahabat2 alam maya yang best2 belaka..
tengok depa2 dok bergather2 kat kl nun, bestnya..
aku tengok kot tingkap ni ja la..
pada sahabat2 sekalian,
terima kasih pada yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa ni..
entah apa yang aku blogkan pun aku pun tak tau la..he he


kawen?
hmmmm... bab yang satu ni, aku takdak idea sangat..
yang aku perasan, sejak masuk umur 30, aku dah tak berapa nak fikir pasal ni..pastu ditambah dengan sibuk keja..
biar ja la orang di sekeliling nak kata pa..
aku dah puas fikir dan puas sedih dah kot dulu..
dah penat..
biarla.. 
DIA menentukan yang terbaik buat aku..


so, apa azam tahun 2012 
jalan2 lagi?
tapi tengah risau ni, 
nak jalan2 kena minta cuti..
bos baru n struktur baru and role baru, aku pun tak dapat gambaran jelas lagi tahun depan aku nak berfoya2 macam tahun ni lagi ke tak..
tapi aku dah berangan2 dah ni nak ke beberapa tempat..he he he

lagi apa lagi ye? 
takkan azam nak menyimpan duit kot,
selalunya tak berjaya pun.. ada ja yang aku nak abihkan..



2012,

aku nak jadi orang yang lebih tenang
dan hargai diri sendiri... :)










p/s: minggu depan nak minta cuti lagi..nak mula ayat macam mana tak tau..first time nak mintak cuti dgn bos baru..dah la hari tu aku sambut kedatangan dia dengan bercuti  :P
..tapi aku nak mengayat dia la pasal aku suka jalan2 ni.. mana tau kot2 dia nak offer aku jalan2 kat negara dia, esp kashmir, .. ha ha ha (berangan tak mau kalah)










Wednesday, December 14, 2011

situasi yang sama

sakit belakang dua tiga menjak ni, tanda stress..
minggu ni lagi sibuk, buatkan taraf stress aku lebih..
nak bukak blog, tertera "blog has been removed"...kenapa rasa stress jugak? :P

badly need a break...

Sunday, December 11, 2011

reward

kelmarin (sabtu), orang kay el cakap semalam;
aku bagi reward kat diri sendiri..sempena berjaya lepasi 'acara lari berhalangan'..ha ha ha

mula2 aku cari barang tu kat sp minggu lepas tapi tak jumpa ..
terpikir gak, maybe bukan masa untuk aku beli lagi..
tapi hati dok tak tenteram la..padahal poket sendiri gak nak kosong ni..
tak boleh jadi ni, drive sorang2 pi jusco seberang prai, tak jumpa gak, drive lagi pi sunway carnival, pun tak jumpak..

ohh..memang bukan rezki untuk reward diri..tapi masih tak berputus asa..target lagi satu tempat yang baru aku nampak masa on the way to sunway carnival tadi dan aku pikir tempat ni memang akan jadi tempat terakhir aku pi..kalau tak ada, mean bukan nasib aku nak punyai barang ni lah..

la ni, puaih hati..tak mau ingat rm yang terbang..
cuma dok ingat nak menerai barang baru ni ja..he hehe

dua minggu lepaih, kak aku ajak pi bercuti minggu depan..aku ni apa lagi, macam orang mengantuk disorongkan tilam yang empuk la jawabnya...muahhahaha



p/s: motif happy dengan reward yang kena keluar duit sendiri??

Sunday, November 27, 2011

Salam Maalhijrah

Salam Maalhijrah 1433
Semoga tahun baru hijrah memberi harapan yang baru untuk kita berubah ke arah yang lebih baik...

apa khabar kawan2 semua?
enjoy cuti 3 hari ya..

dah lama rasanya tak update blog & tak reply komen2..

sebab;

satu, laptop masih tak ok..hard disk kong..tapi tengah mintak depa retrieve gambar2..ada dua tiga trip aku tak sempat back up..hu hu

dua, sedih sebab laptop tak ok plus RM yang melayang2 ni..

tiga, harga servis keta pun boleh tahan jugak kali ni.. (apa kaitan dengan tak update blog..jiwa tertekan mungkin..)

empat, sibuk melayan permintaan orang2 kat ofis..

lima, keta tak sihat, laptop tak sihat, tuan laptop pun turut tak sihat..demam panas last week..cun2 ja kena hari ahad, satu hari tak bangun..hari isnin paksa diri gak pi keja...sayu hati aku bila mak aku buat ayat, tak payah la buat keja teruk2 sangat...nak buat macam mana, amanah..kesian pulak kat team aku kalau aku tak masuk keja hari tu.. sampai la ni pun badan tak berapa sedap..

tambah lagi, penat sangat bila balik dari keja semenjak dua menjak ni..banyak benda yang aku belajar sejak2 ditinggalkan bos ni..ada la keputusan2 yang aku buat yang aku tak pasti dia setuju ke tak .. la la la la la
hari2 aku hitung, lagi dua minggu weh aku tunggu dia balik.. pastu nak submit leave form.. :P






Saturday, November 12, 2011

workshop


laptop masuk workshop
keta masuk workshop
nak fikir apa lagi
redha ja lah..

melangkahlah ke midvalley dengan tenang hati
sama ada untuk timba ilmu atau shopping

:)


 


Tuesday, October 18, 2011

langkah-langkah menabung





skuter yang sangat cute,
ada hati nak beli,
nak bawak pi keja..

jimat minyak,
boleh tambah tabungan untuk berjalan lagi..
:)

Sunday, October 9, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah
terima kasih pada teman2 yang mendoakan.. :)
sangat gembira :))
postpone cerita team building & dinner
mahu blogwalking kisah2 di beijing.. he he he 




Sunday, October 2, 2011

tak ada tajuk



ahad yang malas
patutnya ada beberapa hal yang patut diselesaikan
tapi terasa nak baring sepanjang hari ja
biar masa berlalu dengan tak buat apa-apa... 
hmmmmmm.....









Tuesday, September 27, 2011

lewat

semalam
untuk pertama kalinya
aku lewat masuk keja
penyebab?
traffic jam
(alasan ni adalah relevan pada ku sebab aku bukan orang bandar)

dari kampung nak ke kilang
ada lah lebih kurang 6 buah sekolah yang aku kena tempuh

apa kaitan traffic jam dgn sekolah?

oh, aku terlupa tambah satu situasi
pagi semalam hujan lebat

budak2 average sampai sekolah pukul 7.15am
kalau kat depan rumah mak aku,
masa tu la aku dok berebut jalan dengan budak sekolah
(depan rumah aku sekolah)

orang2 sekarang kan dah bertambah kemampuan
(Alhamdulillah negara makmur)
hantar anak ke sekolah naik kereta
masing2 nak hantar anak2 sampai depan pintu pagar walaupun jalan nak masuk sekolah tu muat sebiji keta ja..

dulu
aku pegi sekolah berjalan kaki ja
arwah bapak
cuma ada basikal tua
dia ada lesen basikal ja..
(serius, lesen tu ada gambar tuan punya lesen, cover macam pasport tu tapi saiz kecik ja la)
dengan basikal tu la dia cari rezki
besarkan aku,
sekolahkan aku
tak berangan la aku nak naik keta...







kesimpulan: rekod aku dah tercalar..hu hu hu

Friday, September 23, 2011

layan



hari terakhir bekerja dalam satu minggu
selalunya akan terasa letih yang teramat
rasa macam dah abih tenaga langsung
masa ni lah baru boleh layan rasa letih badan dan otak tu
baru boleh bermalas-malasan
hari-hari biasa kalau dilayan kehendak badan ni
mahunya diri bertambah tertekan nak start kereta pagi2...
motif cerita?
nak buat pengakuan ikhlas; weekdays aku rajin, weekend aku malas
:p