bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Thursday, December 8, 2011

tamat sudah...

Alhamdulillah..
esok ada lagi satu hari sebelum tamatnya perlantikan aku sebagai pemangku ketua jabatan kualiti jaminan dan kualiti mutu.. patutnya bos akan masuk isnin ni tapi kalau tak masuk lagi, tak tau lah, ni yang nak rasa sedih ni.. aku dah set minda yang aku akan merdeka minggu depan.. 

tak sabaq aku nak serah balik tugas ke dia tapi rasa2 aku dia kena ambik masa untuk catch up revolusi improvement yang telah berlaku..ha ha ha.. boleh eh cakap ke bos lagu tu..tapi betul la.. dulu lain sekarang lain..depa paksa aku buat perubahan, takkan aku kata tak mau buat..sat lagi, nama bos aku jugak yang tak ok, tak pandai ajar anak buah.. almaklum lah aku yang di bawah ni menurut arahan ja.. apakan daya, kalau dah email semua nya cc ke tuan2 director..

sangat la banyak pengalaman dalam masa 8 minggu ni sampai menjejaskan aktiviti blogging aku..macam  mana aku nak kaya dengan duit nuffnang lagu ni? ha ha..gila ka apa berangan nak kaya dgn duit nuffnang..entry pun tak dak..

aku cuma tinggai 2 dokumen kat bos untuk dia sign..satu SOP yang memang aku nak dia approve dan satu lagi borang cuti aku..kalau tak approve cuti aku, sah sah aku akan merajuk dgn dia... :P

walaupun 'payung' aku dah balik, aku tak dapat nak pasti reaksi dia nanti..ikutla, aku terima ja..langkah kanan pun kena, langkah kiri pun aku kena..

selama ditinggalkan ni, boleh la jugak buat kesimpulan, kalau kita banyak keja or banyak perubahan yang nak dibuat tapi kita minat nak buat, memang enjoy walaupun penat..cuma kalau bab menghadap perangai org yg pelik2 tak ketahuan hala tu yg buat aku stress..haishhh...bab yang satu ni memang aku kena banyak belajaq lagi la..

apa2 pun, semua ni aku hadapi demi pesakit2 yang terpaksa jadikan ubat sebagai satu keperluan hidup depa...huh..tetiba pulak... :P



8 comments:

Fatin Mraz said...

owh..patutlah senyap jer blog ni..
=}

whitecappuccino said...

8 minggu..lama kan tapi tak per..banyak pengalaman yg dikutip..bekalan bila naik pangkat nanti kan?

Alin Marlini said...

hehehehe...tekan ye..sabar ek

atuk said...

Assalamualaikum Norh

ingatkan pergi melancung...

Wassalam

~SaL IjOu~ said...

yep..setuju tu..keje kalo minat, x terasa penat..part ragam manusia yg ntah hape2 tu, anggap je mcm tempias~ =)

Lily Riani said...

cuti tuk rest rest kan kepala mala ler nih

insan_marhaen said...

ada harapan duduk di kerusi bos satu hari nanti..

Cik Ina Do Do Cheng said...

ramai gak pesakit no, sabau je dalam menguruskan pesakit,bagi dorang ubat lebih sikit : )