bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, May 25, 2014

KEMBARA EROPAH 7 : A DAY AT OIA, SANTORINI

Salam readers semua..

Baru ada semangat sikit nak update trip europe..walau dah berbulan berlalu, tak abih2 lagi kan cerita ni..hehe
ni pun cuma menyambung je draft yang dah ada..pc masih tak ok untuk bukak folder gambar..huhu
bertabahlah..


Day 4


28 nov 2013



Esok pagi, bangun awal, kononnya nak ambik gambaq sunrise tapi hari mendung dan gerimis sikit..dapat ambik tapi tak banyak gambar sunrise..jalan2 area situ waktu pagi..mak aii..sejuknya!!!

wifi ada tapi kat luar..ambik2 gambaq, pastu upload kat fb..he he..pastu jalan lagi..
Ada sepasang anjing ni dok main2 dan berkejaran..ingatkan nak ambik gambar lagi tapi dah anjing tu asyik mengejar, berjalan skali  seiring dgn kami, maka nak ambik gambaq pun dah tak brapa best..balik ke hotel tapi kunci ada dengan syida..terpaksa la tunggu kat luar..sejuknya…

sebenarnya syida dan lagi sorang member pun menghadap masalah yg sama..dok kena kejar dengan anjing..sampaikan terpaksa beli pai 2euro hanya untuk bagi makan kat anjing tu dan melepaskan diri dari dikejar..

then, kami decide nak check out terus, tinggalkan beg dan berjalan2 area fira..sebelum check out, masak nasi, breakfast merangkap lunch..sedap gila weh mkn nasi panas2 dalam suasana sejuk2 macam tu, lepas kepenatan dikejar anjing..hihihi…pastu dlm kul 11, check out..mula2 ingat nak jalan sekitar oia dulu tapi sekali lagi asyik diekori anjing besar2 ni, terus decide pi fira dulu..balik nanti baru nak ronda kat oia..ambik bas ke fira (atau kata nama lain; thiar).. kami naik bas henti2.. harga tix 1.6E..tunggu kat bas station kat oia…


Naik bas kul 12 pm..sampai dalam 12.30..waktu bas yang berikutnya balik ke oia = 2pm dan 4.30pm n 6.30pm..mulanya decide nak balik pukul 2pm..lepas cari blue dome tu.. tapi kan.. nak buat macam mana, asyik ja berhenti untuk berfoto2.. makanya terpaksa ambik bas kul 4.30 pm tu padahal janji dgn org van nak meet pukul 5pm..

jalan2 jumpa kedai souvenir..beli siap2.. padahal kat depan sana lagi banyak kedai souvenir..
Ada ka, pakcik kedai tu boleh tanya norh, minat ka music greek?? hhuh
Bahasa dia pun norh tak paham..macam mana nak minat muzik dia.. dia tanya lagi, suka movie lama dak..haha tak sangat la pakcik.. ramah la jugak pakcik ni dan mana2 penjaga kedai kat sini semua tahu bila kami sebut dari Malaysia.. Malaysia Bagus kata depa..hehehe

nak ke blue dome tu, jenuh menapak.. terpaksa bertanya dua tiga kali jugak la..dalam pukul 3, kami dah turun balik and minum kopi kat elihito café.. pukul 4 pi stesen bas.. balik sampai lebih kurang 5pm.. jumpa orang yang nak hantar ke jeti tu tapi mintak dia tunggu kejap sambil kami berlari-larian mengejar sunset.. bersama2 traveler mana entah hahah..

sempat tengok matahari terbenam..cantik sangattt tau sunset kat oia..jangan lepaskan peluang ye kalau sampai ke oia ni.. make sure spend time untuk hayati detik2 di oia.. alang2 sesiapa yang nak plan ke sini, stay lah lama sikit..baru la tak penat sangat dan boleh enjoy dengan persekitaran santorini ni..berbaloi2.. tambahan, kan dah bayar mahal2 untuk tix feri.. jangan jadi macam kami, rushing, berlarian sana sini..hihihih

pi ambik bag kat hotel..kul 6, naik feri dan kul 7 feri gerak..buat pertama kalinya, norh berpengalaman tido dalam feri...TIDUR ya kawan2..bukan dok kat meja sambil pejam mata.. tapi baring sambil lena dalam perjalanan berjam-jam balik ke port Athens..hahaha

Tips: haruslah cepat2 masuk dalam feri tu untuk cari port yang best untuk dijadikan katil..ada kerusi panjang di bahagian dalam restoran yang beralaskan kusyen.. yang norh teringat, feri berhenti banyak kali dan kami ja kot yg tido kat kerusi panjang.. tiap sejam, norh terjaga.. pastu orang dah bertukar2 sebab dia dah berhenti kat pulau lain ambik orang.. dan sempat lagi norh termimpi dah balik malaysia, masuk keja dan check mail..huhuh


5.15am sampai port Athens;



Jom layan gambar sekitar oia di bawah ni. Norh just love santorini; tenang, simple, relax dan terasa dekat dengan alam..
Gambar2 di fira, norh share next entri..

Mode: gambar dengan seribu kata-kata.. heheh





Ni masa awal pagi, nak shoot sunrise katanya;
 


langit birunya yang sangat signifikan, sampai waktu pagi macam ni pun, dah berwarna biru..


enjoy the moments


pengangkutan utama di oia, digunakan untuk mengangkut barang2 keperluan..sebab kedudukan rumah masing2 yang hanya boleh diakses melalui tangga..



restoran



jalan utama


sun is rising :)

serba putih



kedai hardware yang cute :)


kedai barang basah..menarik sekali penggunaan warna depa..

the supermarket


ni lah villa yang kami stay

tenang kecuali 'lawatan' dari anjing2 tu




rumah asal di santorini


sangat simple






muzium..













binaan asas bangunan di sini



comeyyy dak??













sampai berjumpa lagi untuk entri europe ni..hihihi


6 comments:

Jari Manis said...

Bau masuk hari ke 4 ek byk lagi nk update tu. Cantik dan bersih je wlupun cat bangunan dan umah warna putih x ada yg berkulat da rosak mcm sentiasa terjaga je
Ehhh sudilah kiranya kongsi itie ngan Jm yek mood muka x malu heeeer

lovelywa said...

wahh cantiknye tempat dia..

Lina Rahim said...

Cantiknya bandar ni Norh...macam dalam poskad dan foto..SubhanaAllah..Allah rezekikan Norh untuk sampai tempat cantik begini..

Sal Bee Yah said...

comelnya bandar dia..putih je.sejuk mata memandang

Tihara said...

bestnya kalau dapat gi sini :)

CT Humairah said...

bestnyaaaa lahai. bangun pagi tengok laut adus memang menarik. kalo dapat sunrise bebetul mesti lagi best kan.. kedai2 cute hostel cute semua cutelah.. aigooo

Siti Yang Menaip