Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, June 4, 2012

hidup untuk diuji

Hidup adalah ujian,

Hidup untuk membuat pilihan,

Terkadang keliru,

Diri sendiri tertipu...


Berfikir selagi mampu,

Bertenang sedaya mungkin,

Kuatkan hati walau mungkin tak segagah mana,

Hidup perlu diteruskan...


Mode: merenung kehidupan


Tadi hajat di hati nak ziarah teman dan ajak dia ke klinik utk sambung mc lepas seminggu kat rumah akibat paru2 berair...sampai kat rumah dia, dia nampak sangat tak sihat...bergegas bawa dia ke wad kecemasan...moga dia kembali pulih...


Hati tersentuh pabila dia berusaha menjawab telefon dari anaknya dan berkali2 menyatakan dia sihat dan minta anaknya jangan risaukan dia..walhal dia memang tak ok..


Melihat kasihnya ibu...


Dan terngiang2 pesanan mak aku selalu...habuan dia macam tu, habuan kita tak tau mcam mana lagi esok2 ni....


Hidup penuh dengan perkara2 yang menghidupkan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

6 comments:

insan marhaen said...

IM pun selalu begitu bila mak talipon dan bertanya; sihat ke?

chomelista homestay said...
This comment has been removed by the author.
dekdaa said...

Rasa mcm nak nangis baca part kawan yang tak sihat tu.
Kasih ibu kepada anak...
seboleh-bolehnya tak mahu anak risau pasal dia.

miloaiskurangmanis said...

parents - selalunya begitu lah
tak nak anak2 risau dan susah hati
nak pulak kalo anak2 duduk jauh2....

harap2 kawan uols tu segera sembuh....

NasQ said...

memang mak tak nak bagi anak dia risau...

~Sal Ismail~ said...

melihat kesengsaraan org lain sgt menginsafkan~