Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Tuesday, January 7, 2014

KEMBARA EROPAH 2 : ISTANBUL AKU DATANG - TOPKAPI PALACE



Day 2 

25nov2013

Touch down kul 6.30 am mean, 12.30 pm waktu malaysia, suhu 14degreesC diumumkan.. ok.. not bad, x sejuk sangat tapi depa kata kat ist hujan.. urusan imigresen semua lancar saja..ramai malaysian yg satu kapal dengan kami, mai beramai2 dgn famili..

then, kami terus ke bahagian bag claim..alamak, beg norh paling besar..beg trolley ok, bukan bag bagpack..x larat weh nak usung bagpack ja :p ..beg org lain comel2 ja.. padahal depa nak dok lagi lama..ha ha..beg dah la keluar kat lane paling jauh, lane 11.. pastu kami bersiap la kat tandas yang paling hujung tu, tak la ramai org guna sangat… siap2 asingkan barang dlm backpack sbb nak simpan beg besar kat situ dgn niat malam ni nak mai airport balik dan tido kat airport..

Hari pertama ni nak ronda sultanahmet area.. caj simpan beg ka airport ni ikut size beg, paling besar 25TL, ada 15 TL n 10TL utk yg kecik, utk 24 jam.. settle simpan beg, naik metro nak ke sultanahmet.. beli Istanbulkart kat mesin, pastu plan kami reload sorang 20 tl utk kegunaan kat sini..beli 1, boleh share guna utk 4 org… 

then, kami ambik tren n turun kat zetynburnu, station ni ada train yg boleh ke kabatas, area sultanahmet tu..lepas ambik train yg ni, kena tukar 1 lg train baru sampai sultanahmet..ramai betul org dlm train waktu ni..kan waktu nak ke opis.. pandang kiri kanan semua hensem2… aiseh, tergoda tau!…he he.. perempuan depa x ramai sangat p keja kot, sebab tu kurang dlm tren….pastu sampai kat stesen sultanahmet, hujan renyai2.. 

tukar duit kat sini, 50e =133 tl.. pastu berjalan ke topkapi palace.. tak jauh tak dekat..tapi tak rasa sebab asyik petik kamera ja walau sejuk, walaupun hujan..he he.. nak masuk cepat sebelum kena beratur panjang katanya.. tapi masa kami pi, tak la beratur sangat pun..hujan sama kot..meredah hujan tau..ada org turki dok jual payung..kami x beli pun..   
Nak masuk topkapi  kena 25 +15tl (15tl utk masuk harem).. masuk dalam tu, ada beberapa muzeum yg penuh dengan barang sejarah..dapat tengok janggut Nabi Muhammad SAW :) .. moga mendapat syafaat dari baginda..moga dipertemukan dengan baginda kelak..  
pastu masuk harem.. besar sebenarnya topkapi palace..beberapa jam jugak la di sini..dalam muzium tak boleh ambik gambar n ralit pulak tengok khazanah sejarah ni..selalu dok imagine, mcm mana agaknya kalau norh hidup di zaman2 dahulu tu.. :)

tapi norh ada masalah nak buka fail gambar..lambat betul nak buka pastu hang pulak..sudahnya, cuma gambar2 kat bawah ni ja la yg boleh share..

next entri kat blue mosque dan sekitarnya...
tungguuuu (kalau cepat upload gambar, ada la)...

attaturk airport
 
 

tram.. pengangkutan awam kat sini bersih..

nak bertukar tren


hagya sofya dari jauh..

blue mosque









di luar topkapi palace



gambar2 kat atas ni sebelum entrace topkapi..

yang bawah ni, selepas entrance..beg kena scan masa masuk..



kesenian istanbul..
banyak motif2 yang seumpamanya..


selat bosphorus - pemisah benua asia dan eropah..

tak sempat ok nak relax2 minum kopi kat sini..sebab tu kena mai balik istanbul.. :)

lagi kawasan palace ni..

senibina dalaman..cantik dan halus seninya..








6 comments:

Ann Ishak said...

subhanallah, sangat cantik

Era Khairani said...

bila la nak sampai...tetiba teringin turkish delight...uhukks

NasQ said...

macma masjid wilayah kl pun ada aku tengok masjid tu...

Ren said...

Cantik.

Tapi hujan... susah sikit la kan nak meneroka. Tapi takpe hujan rahmat.

Blue Mosque tu macam Masjid Wilayah sikit2kan.

Anonymous said...

adus hujan pulak.. cabaran cabaran.. hehe kalo CT pun xde nye nak angkut begpek.. harus bawa beg besar juga hehe.. aaa cantik bangunan2 di turki. bilalah ada rezeki nak jejak turki ngara penuh sejarah ni.. =)

Siti Yang Menaip

Anonymous said...

cantiknya... saya teringin sgt nak pegi istanbul :)