Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Sunday, November 2, 2014

KEMBARA EROPAH 16 : LA SPEZIA

Day 7

01 dec 2013

Sesampainya di la spezia, beli tiket train untuk ke Manarola..harga E2.10.. Actually syida dah book hostel kat situ.. Manarola ni terletak dalam kawasan Cinque Terre.. 

The Cinque Terre (Five Lands) is a string of five fishing villages perched high on the Italian Riviera (region Liguria) which until recently were linked only by mule tracks and accessible only by rail or water. An ancient system of footpaths is still the best way to visit the five villages: MonterossoVernazzaCornigliaManarola and Riomaggiore.
The Cinque Terre is noted for its beauty. Over centuries, people have carefully built terraces to cultivate grapes and olives on the rugged, steep landscape right up to the cliffs that overlook the Mediterranean Sea. The breathtaking views of harbours far below the wild but hospitable coastline along with the medieval fortresses and plentiful vines and vibrant colours make this a memorable holiday.

The Cinque Terre, recognized in 1997 by the Unesco Mankind's World Heritage, are today a National Park and Protected Marine Area with the aim of protecting this great cultural heritage and natural environment.


perkampungan ni boleh dijelajah dengan berjalan kaki..dan memang penduduknya tak berapa ramai.. 


waktu naik train, kami dok kat gerabak yang paling hujung... dan bermula lah episod ngeri...arghhhhhhh ;p

waktu sampai kat satu stesen sebelum Manarola, kami dak cuak, betul ka nak turun sini.. kami decide nak turun kat situ tapi pakcik train cakap bukan stesen ni, stesen satu lagi.. masa di stesen ni, pintu train yang dekat dengan seat kami terbuka...

bila sampai kat next station, kami pun siap sedia la untuk turun tapi pintu tak terbuka.. geram betul.. tak tau nak tekan button apa nak highlight kat pakcik driver.. terus salahkan pakcik driver tak mau buka pintu padahal dia dah tau tadi kami nak turun stesen yang berikutnya..


so, decide turun stesen berikutnya sambil marah2 kat driver tu.. bila turun train, keadaan sunyi ja..tak dak nampak kelibat orang pun.. hati, kepala otak mula la pikiaq macam2.. kami tunggu keretapi kat dalam ofis train yang tak ada orang... penjaga kat situ pun takdak.. memang cuak dan takut.. baca segala macam ayat Al-quran.. teringat2 orang dok cerita pasal kisah jenayah orang italy, katanya banyak kes2 culik..huhuhu.. tapi masing2 pun control cuak..masing2 tak mau kalah pada nasib tak baik malam tu..semua travelmate berani berdepan dengan masalah ni..nampak cool ja masing2 walaupun dalam hati, gundah gulana yang amat sangat..hahahahaha

pastu tetiba ada orang pakai baju trenitalia mai..lelaki.. takut gak la kan.. kot2 la dia orang jahat... sambil takut2, sambil baca papan kenyataan kat situ.. tix kena validate gak sebelum naik.. dok tunggu train train yang seterusnya untuk patah balik.. walaupun cuma setengah jam lebih train tu akan berpatah balik, rasa lambat sungguh masa berjalan..


pastu decide tak mau dok kat hotel yang dah ditempah kat Manarola sebab takut.. tak tau jalan dan banyak dah yang jadi hari ni.. dari nak terlepas train sampai tak boleh turun stesen.. huhuhuhu
kami decide nak dok kat La Spezia saja ..cari hostel terdekat..at least stesen tu besar dan dalam pekan.. ramai orang sikit agaknya kan..

bila train dah sampai, dan kami naik baru tau kata depa hanya buka pintu tengah saja sebab platform pendek.. haishhh la.. tak habaq awai2.. bila dah jadi mcm tu, baru dok dengaq depa ulang2 announce bahawa pintu hujung tak akan dibuka kat platform pendek.. :p

nak naik train kat sini selalu kena alert announcement.. bila2 saja depa akan announce tukaq platform dak pun train delay..

sesampai kat la spezia, terus cari hostel terdekat.. kaunter tix semua dah tutup.. seriau jugak bila orang kat situ dok ushar pelik ja kat kami.. kat sini pun ada gelandangan yang tidoq kat stesen..

kat la spezia tak boleh guna lif angkut beg.. terpaksa naik turun tangga angkut beg berat tu,..huhu.. lastly jumpa hotel terdekat.. disebabkan semua pun dah letih..memang dok ja la hotel tu..semalam E160...

setelah selesaikan apa yang patut.. dinner nasi bersama serunding dan ikan bilis kat dalam bilik hotel :)

Alhamdulillah nikmatnya :)

dan baru la masing2 berkongsi perasaan pasal kat tempat terkandas tadi..hehehe



p/s: gambar waktu kejadian tidak diingini tak ada ye..masa tu dah takdak mood nak pegang kamera :p
gambar2 kat entri ni gambar2 sebelum jelajah Cinque Terre.. Next entry baru ada photo kat Cinque Terre..InsyaAllah...

kunci bilik hotel mahal..huhu


merasa breakfast berperasaan orang English :)






luv coffee





                 
                       kalau hari2 breakfast menghadap pemandangan macam ni..bestnya !!


suasana dalam hotel..



majoriti lif yang kami masuk kat sana semua comel2 belaka..muat seorang dua saja..




luar hotel..area la spezia, dari hotel boleh nampak train station..




mesin untuk validate tix keretapi..


tengah tunggu train sambil dok dengar announcement..












1 comment:

Kakcik Seroja said...

Aduh... seram juga baca...