10 Mar 2015
Lepas letak beg kat Khaosan Hostel, kami ambik beberapa pamplet yang ada kat hostel tu dan beli tiket Kyoto City Bus (500 yen) dari staff kat hostel tu..takdak masalah bahasa..depa ni boleh cakap English.
depa sediakan pamplet kecik2 untuk mudahkan kita travel..contohnya map bas, tempat2 menarik yang boleh dikunjungi, frasa2 mudah bahasa jepun..
ni lorong yang kami lalu hari2 untuk ke bus stop or train station..yg nampak bentuk kubah tu la nishiki market..dekat kan..hari2 gak la kami ronda lepas balik dari jalan2..hehehe.. ada ja souvenir yang nak dibeli..antara tempat yang murah jugak la untuk beli gift..
belok ke kiri..jalan beberapa langkah..jumpa bus stop..
pilih mana satu destinasi ikut nombor bas..
seperti biasa, kena beratur..ada sorang pengawal pulak yang dok bagitau bas nombor berapa ke mana..dan bagi arahan suruh orang beratur elok2 :)
kat papan kenyataan tu ada tertera masa bas akan sampai..dan memang bas tu sampai tepat pada masa..bukan ikut setengah jam or 1 jam ok..jadual bas tu akan sampai, dalam minit tau..
bas banyak..jangan risau..
kami naik bas no 12 utk ke nijo castle..
dalam bas, driver bas tanpa jemu akan ucapkan arigato kat semua orang yang turun bas..
setiap kali turun, badan bas akan direndahkan untuk mudahkan golongan OKU..
orang2 tua kat sini kuat2 dan sesetengah tu tak nak duduk kat kerusi pun bila dipelawa..
kita perlu slotkan tiket masa nak turun bas, then, tiket akan diprint..next time for the day, cuma tunjuk ja kad tu kat driver, tak payah slot dah..
kalau nak guna untuk esok, kena beli kad baru :p
sepanjang berada di jepun ni, norh tak ambik pun pocket-wifi.. cuma guna osaka/kyoto wifi free..certain tempat ok..
kat hostel ada wifi..masa kat hostel je la nak tau any update kat Malaysia :)
tapi kalau sesiapa yang tak boleh hidup tanpa internet, tak boleh la pilih cara ni..hehehe
yayy, sampai dah nijo castle :)
entrance fee 500 yen
besaq gak kawasan istana lama ni..
toilet depa siap ada burung berkicauan lagi..
merasa la berjalan2 dalam salji, best gila :))
jom layan gambar :)
first time merasa salji :)
walaupun sikit2 saja tapi jakun weh...hahahha
pemandangan dari menara memerhati..
ini adalah faktor penyumbang norh turun 1kg semasa kat sana :p
ada hajat nak berkelah kat sini..hehehe
tapi tak dak tempat duduk.. dah lapaq sangat, terpaksa makan biskut saja kat parking..
dalam pukul 2, kami nak balik hostel..
masa kat bus stop, norh dah lenguh kaki, dok tengok map sambil bertinggung.. tiba2 ada sorang sis ni tanya, "everything is alrite?"..baiknya la orang2 jepun ni..heheheh
naik bas yang sama tapi bas tu stop kat stesen bas yang kecik..dekat area universiti..
bila dah turun tu, mau tak tercangak2 nak ambik bas mana pulak.. pakcik yang jaga parking kat stesen bas tu beria2 bagitau kami, kena ambik bas yg mana..kami kena melintas jalan.. dari seberang jalan dia dok bagi arahan kat kami sampai la kami naik bas..hehheh
balik ingat nak singgah nishiki market dulu.. tapi bas no.12 tu bukan berhenti kat tempat yang kami naik tadi, berhenti kat bus stop lain.. tapi kat area kawaramachi tu jugak la..huhu
masuk dalam mart, tanya org kat kaunter.. then ikut je la arahan tu.. dalam dok jalan2 tu, tiba2 terdengar orang bagi salam.. :)
budak malaysia rupanya ..ingatkan student.. ramah la haih.. rupanya lecturer, muka awet muda sangat..dia student kat jepun dulu..dia sempat bagi name card..
lepas dia tunjuk nishiki market lama, then kami berpisah..tup2 jumpa balik lepas kami round nishiki market lama..
dia nak ajak makan sushi, janji pukul 5 sebab kami nak balik hostel dulu..
kami balik hostel, masuk bilik, buat apa yang patut..kul 6 baru keluaq..
tapi salah faham masa jumpa kul 6 tu, waktu malaysia dgn jepun.. so tak berjumpa la utk makan sushi..
dah tunggu pukul 6, dia tak dak, kami pun jalan2 kat nishiki market tu..
pastu jalan2 kat kawaramachi street..
malam ni sejuk sangat..siap ada snow lagi..
kami jalan sampai stesen gion, masuk store.. huhuhu mahal nya barang2..balik shopping kat malaysia la..
jalan2 sampai dah tak larat plus lapar, balik hostel..
dinner malam tu, menu roti ja :p
nishiki market lama
nishiki market baru
5 comments:
Naik menara pemerhati boleh turum 1 kg... mmm...dasat tuh.....
Cantiknya istana tu Norh.. Makchaq nak pi melawat jugak la...
Heee berangan.. macam la istana tu kat kulim...
Makchaq tak pernah pun berangan nak pi jepun.. tapi tengok istana tu teringin pulak nak pi..
cuacanya... sakuranya... architecturenya...
ohsem sangat!!!
I ke Nijo Castle ni waktu malam.. ada light show.. tapi tak sanggup nak jelajah habis satu castle tu.. dah malam.. so lepak park depan tu je..
Salam Norh.
Uncle bernasib baik kerana sempat bertugas disana dulu. Minggu lepas ada kawan Uncle pergi melancung ke Osaka dan kami sering berhubung melalui whatsapp jika dia tak faham sesuatu. Kawasan pelancongan disana dijaga dengan baik. Peratusan "local tourist" melebihi yang datang dari luar. Conservation of old buildings sangat hebat. Uncle bawak cikgu Bahasa Jepun Uncle ke Penang dulu dan kami pergi ke salah satu waterfall yang ada di belah-belah batu Feringgi. Uncle sangat malu kerana plastik makanan dan minuman berselerak!
Post a Comment