Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

mee udang kuala sepetang

turun dari bukit larut, kami makan tengahari kat restoran kat asam pedas kat jalan kamunting, restoran lauk kampung..dah ke sana agak lewat, banyak lauk yang dah abih..tapi lauk yang tinggal tu pun boleh tahan sedap gak....ramai lagi jugak orang walaupun dah pukul 2 lebih.. gambar? masing2 dah lapaq, tak dan ambik gambaq..

lepas check out, kami menghala ke kuala sepetang, nak pekena mee udang Mak Jah.. senang nak ke sini, sign board Mee Udang Mak Jah banyak, dari jauh lagi dah nampak, ikut je la sign board tu..

kedainya..

cucur udang yang sedap..hat ni kami perabih..

jenuh gak nak perabih, udang yang banyak..tapi kami kan baru menghadap nasi tengahari..perut masih penuh..

mintak kuewtiow goreng basah..tapi yang ni yang sampai..


pekan kuala sepetang




hutan bakau

kota ngah ibrahim

kami sampai sini dah tutup..tak sempat nak belajar sejarah ;P








sekian...cuti-cuti Taiping ;)

Wednesday, September 26, 2012

FROM TAIPING WITH LOVE 6 - BUKIT LARUT (MAXWELL HILL)


aku try nak upload video, pasai pa tak boleh tak tau.. baru nak share 'keseronokan' naik roller coaster maxwell hill...memang terbaik lah..

cuma ada gambaq sopan2 ja la kat bawah ni, sebelum mendaki..he he




 rupa jip yang mengangkut pengunjung ke atas bukit..



setengah perjalanan..driver stop kejap utk tengok pemandangan



dah sampai...yeayy

sesampai kat ataih bukit larut tu, kami dok riuh la pasai selamat sampai tanpa muntah....
almaklumla..ingatkan dah tak sampai..gila ahh, dok menjerit ataih jip  tu..pakcik tu bawak macam nak terpelanting ..aku rasa lega naik jip yang bertutup (gambar kat atas, jip yg terbuka)..kalau yg terbuka, ada kot yang terlepas keluaq..he he..

mana da, yang open tu, semua selamat gak pun..tapi serius wei, macam nak tercabut gak jantung ni..sesapa yang ada darah tinggi, sila pikir dua kali sebelum naik jip ni no..lepaih dua puluh corner kot, baru aku brani buka mata..ha ha ha.. org ramai yang dok hiking kat kaki bukit tu, tengok semacam ja kat kami yang dalam jip ni (kami = aku dan kawan2 aku).. memang tak boleh blah bila2 dingat2 balik..nak share video, tak boleh upload plak..haissh.. tak pa..pi la alami sendiri noh roller coaster bukit larut..berbaloi2..he hehe
 
belum sempat kami lepaih lega sampai kat ataih tu, pakcik driver jip tu menyapa kami..siap dok buka kelas dslr lagi kat situ..he he..ramah betui la orang2 taiping ni..mulanya cuak jugak, tapi dah dia dok ringan tulang dok ambik gambaq kami semua..kami apa lagi, posing aaa....


















terima kasih kerana sabar menatap gambar2..pasni last episod taiping :)



Sunday, September 23, 2012

FROM TAIPING WITH LOVE 5

rasa macam malas nak bangun pagi kat taiping ni..dah la malam sebelum tu merayau tengok kelip2..malam pulak dingin ja.. paginya kalau boleh nak sambung tido ja..tapi disebabkan dok teringat bukit larut, jadi ala2 terpaksa gerak awal la pagi tu..

sebelum pi breakfast, dan lagi kami dok posing kat area golf resort ni.. HIJAUUUU



sunrise at taiping 

breakfast kat restoran bismillah..
terletak kat pekan taiping
very the old school
ramai orang..kami dok ni dah bahagian belakang restoran dah..

boleh tahan gak roti canai kat sini




lepas breakfast kami pi beli tiket untuk ke bukit larut..
rm6 sorang kalau tak salah..
lega dah dapat tiket
tapi waktu trip tu kul 11
so, kami dan pi dok posing lagi kat tasik taiping, suasana pagi plak..



bila dah sampai waktu trip, kami ke sana balik dan untuk pengetahuan semua, signboard ni kami nampak masa pukul 10.30 PAGI...jadinya sesapa yang rasa nak naik bukit larut kena mai awal2 beli tiket ni no..kalau dak, kempunan la.. dan memang ada yang mai nak beli tiket pastu, balik dengan hampa...

info bukit larut









next entry: pengalaman naik natural roller coaster bukit larut

Wednesday, September 19, 2012

FROM TAIPING WITH LOVE 4

last entry pasal taiping, aku ada cerita pasal homestay tu kan.. acik erna ada tanya pasal homestay tu, rate sewa dalam RM 180 - 200, depend kalau kita pi brapa orang dan weekend ka, weekday ka or public holiday..
kat bawah ni detail contact person nya;

En Kamal
0148328503


lepas kami pi muzium, kami try cendol kat taiping..ok gak la..
pastu dok confuse samada nak balik homestay terus or nak pi cari makan sebelum pi tengok kelip2 kat kg dew.. plan mai plan pi..kami decide nak pi pasar malam.. makan pun kat pasar malam tu..besaq  jugak..pasar malam ni terletak kat tepi stesen bas..betui tak tau, ingat2 lupa dah ni..

dalam dok kalut2 nak jumpa en khairul untuk pi tengok kelip2, sempat lagi shopping carpet kat pasar malam tu, beli sorang satu..
dalam masa 10 minit kot, tertengok, terberkenan, terpilih dan terbeli..ha ha ha
rm100 shaggy carpet size kecil..tak dapat lagi kot harga tu kat mana2 setakat ni.. haishhh..perempuan oh perempuan..

jumpa en khairul dari eco tourism taiping..dia cerita dari awal sampai akhir kisah kelip2 ni.. macam masuk lecture school bio plak aku rasa..kami jumpa kat kfc ja pun..
en khairul ni pun dalam salah sorang lelaki yang gentlemen bagi kami..take note ye, bagi 'kami'...ada la insiden2 yang kami rasa dia adalah gentlemen..he he

pastu kami gerak ke kampung dew atas direction dari en khairul..

sesampai jak kat tempat kelip2 tu, ada famili cina baru balik dari trip depa..macam confident gak..
kami naik bot dan dibekalkan safety jaket..masa mula2 tu ok lagi..bila dah makin jauh..mak aiiiiii...kecut perut pulak aku rasa...*aku dan kami rasa*..

Kelip-kelip Kg Dew,
worth untuk mencuba..
pengalaman yang tak boleh dilupa..
 
serius... 
alam ciptaan Allah dan makhlukNya adalah sangat indah..pengalaman ni mungkin jarang aku dapat..

confirm kalau ajak aku skali lagi dengan kawan2 pempuan ja aku gerun gak...kalau nak pi, better bawak lelaki la dalam kumpulan tu.. 

masa dok kat atas bot tu, memang aku baca segala apa yang boleh baca..dok dalam sungai, pastu tak tau ada boya ka hapa ka kat dalam sungai tu..sambil dok nikmati kelip2 , sambil takut kot2 ada apa2 kat celah2 pokok berembang tu.....

pakcik yang bawak kami tu cakap, dulu2 lagi banyak,..tapi masa tu sapa yang nak promote pelancongan kelip2 ni kan..
 
malam tu bulan mengambang.. kalau bulan mengambang, kurang la skit effect dari kelip2 tu..



Sedikit fakta berkenaan kelip2 ni
Produk eko-pelancongan ini hanya terletak dua kilometer (km) dari susur keluar tol Taiping Utara, iaitu kira-kira 45 minit hingga satu jam tempoh perjalanan dari Ipoh.
Selepas 30 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti Kampung Dew, kelibat cahaya yang dihasilkan oleh si kelip-kelip ini mula kelihatan menerangi pokok berembang yang dikenali dengan nama saintifiknya Sonneratia Caseolaris.
Pokok berembang yang banyak terdapat di kiri dan kanan tebing sungai itu sudah sekian lama menjadi habitat buat kelip-kelip di sini yang tergolong dari spesis Pteroptyx Tener.
Pengelipan ini bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan dan selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen berhampiran daun
bagi menarik perhatian kelip-kelip jantan.
Kelip-kelip kebiasaannya ditemui pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok manakala pengelipan berlaku kira-kira satu jam selepas matahari terbenam.
Kadar kelipan pula adalah tiga kali sesaat dan pada permulaan, ia akan mengambil masa 15-20 minit untuk ‘memanaskan badan’ sebelum mengelip.


Sesiapa yang berminat untuk menyertai pakej eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew boleh menghubungi Khairul Salleh Ahmad (0125145023) atau melayari http://fireflyzone.blogspot.com untuk keterangan lanjut.



 gelapppp...





 sesetengah pemandangan tak boleh dirakam dengan kamera.. ;)

 menikmati keindahan kelip.. :)
harus cuba sendiri ya...



Tuesday, September 18, 2012

FROM TAPING WITH LOVE 3


YESSS!!!!!
MY LAPPY IS BACK :))

puaih aih dapat berblog dengan lappy sendiri..


aku sambung cerita taiping no..

kami bertolak pagi sabtu..sampai taiping tengahari..
sampai2 taiping, terus meronda tasik taiping..lepas dah kenyang baru pi berjumpa tuan rumah homestay..kat taiping golf resort..

tuan rumahnya peramah dan view dari rumah tu saujana mata memandang..worth sangat la dapat dok sini...memang sesuai untuk tenangkan fikiran (yang selalu serabut dengan keja yang buat aku bermimpi ngeri tiap malam :p)

 

view dari balkoni

mata segaq..tak payah makan keret banyak2, mata dah terang..

view dari balkoni


bilik ketiga

semua kemudahan memasak disediakan..
tapiiiii,
takkan nak memasak dah motifnya nak jalan2 cari makan..
he he he

bilik kedua

bilik utama


dah kenyang, syok tengok homestay yang cantik..apa lagi..nak lena ja la..so, kena set time nak keluaq berjalan balik pukui brapa..kalau tak set time, sungguh beristirehat la kan..

walaupun bilik utama dan kedua cantik, pada malamnya, kami ambik toto yang disediakan dan tido kat ruang tamu...dan lena dengan nyenyaknya..


dalam pukui tiga macam tu, kami keluaq plan nak pi bukit larut..


Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.



tapi tengok sign board kat bawah ni..

masa kami pi tanya kat kaunter tu,pakcik kat kaunter tu dok ketip kuku kat kaunter..dan tak berapa nak mesra dengan kami..
pastu kami tanya boleh book untuk esok dak..dia kata tak boleh..kena mai pagi2..
keluaq dari opis depa tu, kami dok membebel la pasai pa yang tiket abih awai sangat.. macam ni la cara keja kat malaysia dan bla dan bla dan bla bla bla


memusing lagi kami..terjumpa burmese pool
masuk gak tapi tak menyusur ke dalam sangat pun..
dari jauh dok dengaq suara orang riuh rendah mandi..


area parking burmese pool

bahagian budak2 mandi..


bila tak boleh naik bukit larut, ubah plan pi muzium..
cantik no rupanya muzium taiping..
elegan

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.








ni pemandangan kat luaq muzium..





next, jalan2 cari makan lagi..