Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label garden. Show all posts
Showing posts with label garden. Show all posts

Monday, May 4, 2015

Selamat Bercuti :)

Salam semua :)
Ramai ka yang berjalan2 bersama famili/best friends/blogger friends?
hopefully kita enjoy every moment yang kita ada..

yang penting long weekend ni masa untuk kita semua pause our routine kan..hehehe
norh rasa sekarang ni masa berlalu sangat la pantas..
masuk hari isnin, tup2 dah jumaat..sebulan demi sebulan berlalu..

dah lama lepas last travel trip, entri tak terhabis pun..sangat malas nak menghadap laptop di malam hari as siang hari keja asyik menghadap pc saja.. nak buat macam mana kan, dah namanya pun keja ofis..tunggu la jadi full time traveller ka, gardener ka, tak pun tukang masak, baru la keja tak duduk depan pc kan.. hehehhe

cuti 4 hari ni norh tak ke mana2 pun..cuma attend wedding friends saja :)
maybe disebabkan isu gst ni, norh pun muhasabah diri balik, tak boleh ikut hati sangat nak beli tiket flight..huhuhu..
tekan kalkulator, congak2 status kewangan, re-plan balik apa yang sepatutnya perlu dibuat.. bagi norh gst ni memang bagi kesan.. beza kot apa yang boleh diperoleh (berbanding sebelum ni) kalau tolak troli kat supermarket tu.. kalau sebelum ni norh tak kisah sangat untuk berbelanja tapi sekarang ni perlu lebih berjimat cermat.. bukan untuk jangka masa pendek saja, untuk masa2 hadapan jugak..ke depan ni tak tahu lagi ekonomi kita jadi macam mana pulak kan.. since minat yang tak boleh dikawal lagi untuk mengembara ni, bukan la sampai norh nak stop travel, mana mungkin kan! cuma perlu betul2 menabung demi  2 keping flight tiket tu :))

ditambah pulak lepas merger company baru2 ni, situasi agak menakutkan..new parent company adalah sangat berkira bab duit.. management change 360 degrees (or 180 degrees since kalau 360, pusing balik kat tempat yang sama kan..heheh)..
norh tengah adapt dengan situasi baru..tempias bahang dah mula terasa ni.."together we face new challenge"..
tengah belajaq macam mana 'top 5 co in the world' diurus.. weeeee :)
pengalaman itu pelajaran kan..bukan kat dalam buku saja..

ok, sikit saja nak bagitau pasal bab keja..seingat norh, dulu2 norh rajin luahkan pasal keja kat blog ni..tapi bila dah terjebak dalam kancah travelling ni, asyik cerita travel saja yang keluaq kan.. maybe sebab lebih interesting dan less stress :p
bila sebut kerja saja, ia lebih sinonim dengan stress..siapa setuju? hahahaha

sekarang ni, norh tengah buat entri pasal Gion, Kyoto..tapi sebab nak resize dan susun gambar mengambil masa, norh share 2 pics yang norh suka ni dulu na :)




salah satu kedai/tempat lepak kat Gion..kedai ni tak tertulis pulak perkataan 'Maiko/Geisha'.. maybe cafe biasa saja.. masa kat Gion tu, kami sempat jugak meluangkan masa minum teh kat salah satu cafe.. yang norh nak bagitau, setiap kedai yang ada kat Gion tu buatkan norh terpesona..heheh..design yang simple yet menarik hati.. tengok, macam gambar kat atas ni, even ada ruang yang kecil macam tu pun, depa gigih buat deko pokok2 bunga tu kan..kena pulak dengan tempat parking sebuah basikal..rasa comel pulak.. kalau la depa tengok halaman rumah norh la ni, menangis tak berlagu tengok hasil dekorasi taman norh, penuh dengan lalang ..heheh

sejak balik dari jepun hari tu, mode berkebun norh diaktifkan balik.. 
satu, sebab rasa tercabar dengan kecomelan taman2 dan kegigihan depa.. 
dua, gardening ni suatu terapi sebenarnya..
tiga, salah satu aktiviti yang membakar banyak kalori..
empat, pemangkin untuk norh bangun di awal pagi untuk terapi oksigen (serius, buatkan kita segar sepanjang hari)..
lima, nak tambah lagi tanaman untuk buat memasak bulan puasa ni..dalam setahun, hanya bulan puasa saja norh dengan housemate memasak..hehe (bunga kantan, pandan, lengkuas, pisang nangka, berries tumbuh dengan jayanya walau pun dah lama tak dibelai)
lima, kalau dah halaman terjaga, kurang la rasa malu dengan jiran2..hahahaha
bila taman norh dah nampak comel nanti, baru norh share gambar kat blog eh :)






nampak tak kelibat maiko tu..sekelip mata saja ok..punya laju dia berjalan, sampai dalam gambar tak nampak real figure.. memang kami sengaja tunggu geisha/maiko kat lorong Gion ni.. norh dok ralit mengambil gambar restoran2 depa.. tiba2 dia keluar.. bukan yang ini seorang saja.. ada lagi dua kali depa keluar tapi tengok dengan mata saja la..dah cepat sangat, tak mau lepaskan moment depa di depan mata..

Maiko is an apprentice Geiko (not exactly same as geisha) in Kyoto, western Japan. Their jobs consist of performing songs, dances, and playing the shamisen (three-stringed Japanese instrument) for visitors during feasts. Maiko are usually aged 15 to 20 years old and become Geiko after learning how to dance (a kind of Japanese traditional dance), play the shamisen, and learning Kyō-kotoba(dialect of Kyoto), regardless of their origins.

Geishageiko or geigi are traditional Japanese female entertainers that are trained as professional singers, dancers, and companions for men. The word geisha itself means artist. As artists, geisha are trained to entertain men in either a professional or social gathering. The skills geisha use to entertain male customers include serving tea, playing instruments, cultural dances, and the art of conversation. As skilled entertainers, Geisha must go through a training program so they can learn the skills needed to entertain. This process can take anywhere from six months to three years.

Sunday, November 18, 2012

lovely pink of my ginger torch

semua orang kenal kan ni apa dia..
tapi,
pernah dah tengok versi bunga kantan kering?
he he he
ni time norh rajin pi kutip kat belakang rumah..
waktu norh sibuk, semua bunga ni bertukar jadi bunga kantan kering..sure tak ramai yang pernah saksikan.. :p



Thursday, February 2, 2012

orkid ibunda


orkid ibunda

nak harapkan si anakanda tanam orkid?

sampai ke sudah tak berbunga rasanya...




p/s: menghadap keja yang semakin menambah, buatkan mood blogging entah ke mana...

Saturday, September 24, 2011

budi ku dibalas



hasil titik peluh,
daun pandan, daun kari (mak aku kata karapoley), bunga kantan,
nak bawak balik kampung,
untuk mak..

he he he,
terbalik noh,
patutnya hasil tanaman ni dari kampung,
bawak ke taman..

tapi takpa,
aku bawak balik ke taman nanti,
finished product...
:))

Tuesday, February 1, 2011



nampak sangat dah lama terbiar..
bila nak jadi rajin kemaskan heliconia ni? hu hu hu.. 
tengah mengumpul semangat..

ambik dari banting, rumah mak mertua adik


pokok melong
-boleh diguna untuk redakan sakit otot atau urat..buang tulang tengah, disalai sebentar atas api dan dibalut di keliling bahagian otot atau urat waktu malam..

musuh aku


keadaan pokok bunga macam ni boleh bertukar menjadi seperti imej di bawah dek kerana musuh ku itu..

serangan siput babi..percaya tak?

Thursday, January 27, 2011

berbudi pada tanah

pisang nangka..ada pisang kembar kali ni..
patutnya tak boleh tebang lagi tapi hari tu aku bakar daun2 kering, pastu api tu kuat sampai terkena buah tu..tu yang terpaksa tebang..
belum cukup besar lagi ni, macam yang sebelum2 ni..

ini tandan keempat hasil titik peluh aku..mak aku selalu kata, menjadi betul pokok kat rumah aku ni..kalau dia tanam kat kg, cuma empat lima sikat ja yang ada..tu pun tak besar2 macam ni.. 
bahagian kuning tu, part yang terkena bahang api..


dah beranak pinak pisang nangka ni..sepatutnya kena buang supaya pokok2 tu tak berebut  zat..tapi tak sempat (alasan yang kurang munasabah.. :P)

buah amra/kedondong

my blackberry

pandan..walaupun tak disiram, tapi tetap subur..he he


pokok kari..macam la aku rajin buat gulai..

pokok limau purut..konon2 rajin nak masak tomyam la..
sebelah tu serai, tapi tak sanggup nak tunjuk gambar..paham2 ja la..

kenal tak? ni lah bunga kantan.. sila abaikan latar belakang tu ya..he he


semak samun pokok bunga kantanku..

kesian pokok sireh ni..dah lama terabai..


aloe vera..ni pun dah lama aku tak kesah..hidup lagi ni..


belimbing buluh yang dah kekeringan..sebelum musim panas tu, rimbun daun2 dia, tapi hampir nak mati waktu panas terik hari tu..
bila dah hujan balik ni..mula nampak tunas2 baru.. :)


lengkuas

Saturday, November 20, 2010

ohh pokok2 ku..

sudah lama tak beramah mesra dengan tanam-tanamanku...
hari ni rajin sikit, dapat la alih2kan pokok2 bunga ni..
kesian no dah lama aku tak belai2 hangpa..
la ni musim hujan, tak la hangpa dahaga sangat kan..
ada part laman yang tak boleh tunjuk la ni...terlalu... tuttttt...he he


sebelum 





selepas



buang daun2 yang dah tak elok dan alih kedudukan pasu..
untuk bahagian laman tu, aku belum usik, sebab bila tengok ja rumpai tumbuh dengan jayanya, aku tak tau nak start kat mana dulu...
ni, kena panggil adik aku mai tolong tebas..
lagipun dia kan dah start cuti..
dari dok tengok tv dengan main internet ja, adalah lebih berfaedah mambantu aku..huh

tapi yang best, aku terperasan ada setandan lagi pisang nangka kat belakang rumah...
ini tandan keempat hasil titik peluh aku..
tak rugi berbudi pada tanah..
aku gembira :))