Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label love to eat. Show all posts
Showing posts with label love to eat. Show all posts

Monday, November 19, 2012

le boss

antara feveret restoran kat sg petani..



tekan button tu untuk panggil waiter


teh tarik size L tak dak :P

ni bahagian luar restoran..kat dalam ramai orang..

teh o lemon

chicken chop black pepper dengan 2 side dish rm11.90

chicken chop bbq  dengan 2 side dish rm11.90

teh tarik XXL

grilled chicken teriyaki dengan 2 side dish rm16.90




portionnya besar, makan sampai tak larat nak abihkan..

p/s: kami dah plan, kalau nak makan bertiga, order ja dua set pun dah cukup dan mengenyangkan..side dish boleh pilih..  ;)

Saturday, November 17, 2012

jom.. lai chi kang

the best lai chi kang in town..

terletak kat taman sejati..
selepas keluar tol sg petani selatan, ambik kiri dan terus..akan nampak deretan kedai2 makan tepi jalan.. kedai ni agak tengah sikit kedudukannya..

kalau tak cukup dengan lai chi kang, boleh order ice blended..pun marbelesss jugak :))



Saturday, November 3, 2012

Chennai Curry House..again

the best indian food in town..



mango juice

menu feveret..
tandoori chicken :)

Monday, October 29, 2012

HOTMAS

kalau pi nak dinner pukul 8,
haruslah bersabar,
kena beratuq untuk tunggu meja kosong dalam 6, 7 meja dulu kot..
kalau nasib baik, ada meja kosong...
tapi jarang lah bernasib baik macam tu..selalunya kalau tengok ramai yang dok menunggu macam ni, kami pusing cari kedai makan lain :P

sebab apa ramai sangat macam tu?
sedap
murah
cepat 
tak kedekut bahan2 :)
dan selalunya satu famili akan makan di sini

menu malaysian dan western
hotmas ni terletak dekat dengan hotel swiss inn, sg petani
on the way ke swiss inn, restoran ni ada kat sebelah kiri anda :)
jangan lupa singgah ke sini dan jangan lupa bersabar..he he








Monday, October 22, 2012

Mee Taulat

 Mee Goreng

  Mee rebus

Sesapa yang singgah sp, cuba la mee kat Restoran Taulat ni..
tak mengecewakan..

restoran ni kat area dekat dengan stesen bas ekspress sp..

jemputla :)

 Restoran Taulat Mee Thajudeen
214B, Jalan Hospital, Sungai Petani








mode: gumbira hari ini sebab cuti dah approve..yayy!!

Thursday, August 23, 2012

samperit forever



Dulu2 mak aku yang dok buat samperit ni..

Pastu mak dah tak larat nak buat kuih..

Kakak aku yang sambung buat..

Sampai dia boleh buat bisnes samperit..

Aku?

Order je la dengan dia.. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 15, 2012

pak tongko

minum petang?

jom!

pada sesiapa yang mai sg petani, cuba la pak tongko kat kedai ni..dari tol sg petani selatan..terus ja sampai simpang kat giant..terus lagi sampai nampak kedai sebelah kanan..dan buat u turn..

selain dari pak tongko (seperti gambar di bawah ni), ada donat, karipap, bihun sup, cendol dan laksa..


Friday, September 2, 2011

cornflakes madu

yummy... sehingga habis berbalang2.. :)
dalam banyak2 kuih or kerepek raya kat umah, cornflakes ni yang paling laku..
sebenarnya tahun ni aku tak berhajat nak buat kuih pun.. sebab masa bergerak cepat/aku bergerak lambat..tak sempat nak pikir panjang pasal raya...

tapi minggu2 terakhir tu, mak tanya, dah buat kuih apa dah? aku bagitau tak buat apa pun..mak tanya lagi tak buat jejari oat ka? 
ooo ohh
takkan aku nak buat don't know ja kan..

demi mak..
kena plan last minute beli barang nak buat kuih raya..dalam banyak2 kuih raya, kuih ni ja aku selalu buat..yang lain2 tu ikut mood..satu lagi kuih yang aku tau buat, cornflakes madu..dah alang2 nak buat tu, aku buat ja la cornflakes tapi kali ni memang simple betul lah ..tak letak apa pun, melainkan cornflakes dan madu saja, pastu tabur gula kaler2...buat pun dah hari sabtu minggu last puasa tu.. 

walaupun simple tapi cornflakes tu la yang paling sedap dan menawan semua..bukan aku cakap sedap, anak2 sedara dengan tetamu yang makan la, aku tak jamah pun.. adik yang meniaga kuih pun kata cornflakes ni sedap lagi compare dengan yang dia ambik dari kawan dia untuk meniaga...

rasanya dalam hidup kita pun macam tu jugak kan..tak semestinya hal2 yang nampak advance saja yang boleh buatkan kita senang hati dan orang lain pun senang hati..lebih simple, lebih tenang, lebih tenteram jiwa...

bak kata orang putih, less is more.. :))

Thursday, July 28, 2011

pulut mangga

aura negatif siang tadi masih berbekas...
sambil geram tengok bola, sambil layan foto jalan2...

pulut mangga kat hatyai..
sedap teramat...
kat mana lagi yang ada sesedap ni ye?




Saturday, July 9, 2011

D' Sabai

hujung minggu ni tak ke mana2, baru sempat nak update draft dlm blog ni..dah upload gambar sebelum lagi dah tapi tak post2..

so, layan selera makan la pulak kali ni...makan2 kat D' Sabai.. Central Square Sg Petani..tingkat 4..bawah level bowling..
restoran ni dah lama bertapak kat sini.. tapi aku pun dah lama tak makan, dulu2 waktu zaman muda2 dulu ja yang dok makan kat sini, sebab ada colleague indon yang suka sangat makan kat sini...

ice lemon tea.. 
aku dah biasa minum ice lemon tea nestea yang aku bancuh sendiri, lagi sedap rasanya...


jus tembikai 

 air laici


side order


bihun goreng


D' Sabai set..ada nasi, tomyam, sosej sweet sour, ayam balck pepper..semua sedap...harganya berpatutan la..


sosej sweet sour 

ayam black pepper...


ni set nasi ayam rasanya..dah terlupa nama menu dia.. 

nasi goreng




Monday, May 16, 2011

candle light dinner

glamer teramat tajuk enrty kali ni..ye dak? he he
first time nih candle light dinner..menu; gulai ikan termenung (bawa dari kampung) dengan tempe goreng cili padi...
last week, tak brapa nak ingat hari apa dah, isnin kot.. sebaik selesai goreng tempe, tetiba black out..mau tak mau, kena dinner dalam cahaya lilin la..waktu tengah makan tu, dek panas takde kipas, peluh meleleh macam pi jogging pulak..
lebih kurang dua jam la jugak kepanasan..first time jadi ni sejak dok rumah ni tahun 2008..waktu black out tu dok terpikir gak, kalau takde letrik sampai ke pagi, mahunya nak sms bos, tak boleh pagi keja esok sebab baju tak boleh diseterika.. logik kan alasan ni.. ha ha ha ha


Friday, April 15, 2011

Alhamdulillah...rezeki lagi

Alhamdulillah...petang tadi, rakan sekerja jamu kami satu department makan spaghetti fusion..sedappppp sangat...

aku cuma sempat ambik gambar makanan masa kat dalam periuk.. sebab lepas ambik gambar ni, aku jadi tukang serve, seperti jamuan2 sebelum ni... waktu makan, dah tak menyempat la nak snap gambar, terus masuk mulut...dok terliur waktu serve tu..he he

 spaghetti halus..first time aku tengok dan makan..

ho ho ho...ini yang paling mahal...sedappppp!!..rasa tomyam...takde jual kat mana2 restoran ok, yg sedap macam ni..

 
kek vanilla
wangi dan sedap..
dah jemu makan kek coklat... 
 
hari ni jugak birthday kak zaini...
Happy Birthday kak zaini
moga2 darah dah tak tinggi melampau2 eh..
 
 
 
 
 
kesimpulan: puas sungguh makan spaghetti hari ni..siap tapau lagi..


p/s: my dear colleague, validation kan kena buat 3 batch.. bila nak run untuk the next second & third batch?   :P

mee udang d'king

minggu lepas kan aku dilanda kemalasan nak update blog..konon2 back to basic; nak hidup tanpa internet la..he he he.. padahal sebenarnya aku sibuk memenuhi permintaan tekak aku ni... sabtu minggu lepas aku dengan housemate makan kat restoran d'king, keluar tol sp selatan boleh jumpa restoran ni..kawan2 nak makan tak mee udang ni? meh la sg. petani..

mee udang ni yang biasa, harga RM5, ada 7 ekor udang..
dua hari sebelum tu, aku mai sini jugak, makan mee udang sempoi, pinggan besar sikit, udang 10 ekor, harga RM7.50

nak ke? mai la...he he he 

penuh pinggan la udang dia...sedap!! (aku ni makan apa pun sedap..)
tapi mee udang pulau sayak tetap di hati.. :)


nasi goreng kung pow..sedap gak..ni aku order hari tu...
dok teka2 dengan housemate, apa bahan2 yg depa guna utk masak ayam ni..macam la rajin sangat nak masak.. kebarangkalian aku singgah restoran ni waktu balik keja  adalah lebih tinggi dari aku nak masak kat dapur rumah aku.. :P

jus tembikai


Alhamdulillah

suasana restoran..luas jugak..gambar2 kat bawah ni sebahagian dari kawasan restoran..