bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Tuesday, December 14, 2010

selendang pekan ahad

hari ahad ada pasar pagi yang dipanggil PEKAN AHAD kat  kampung aku..pekan ahad ni wujud sejak aku kecik2 lagi..waktu aku dah kenal apa itu duit, pasar pagi dah memang ada..apa yang dijual?? macam2..rasanya segala keperluan dan kehendak, semua ada..barang basah? fresh tau!! kampung aku dekat laut..
dulu2 masa aku kecik, memang tak pernah miss, tiap2 minggu pakat2 dengan kawan, kami akan pi..yang paling femes masa tu, adalah laksa pakdin..tiap2 minggu pekena hat tu ja..lima kupang kot sepinggan masa tu..selalunya, aku akan order bersama dengan ais kacang.. lepas makan2, kami akan ronda2 tengok apa yang menarik perhatian..tapi dulu2 kalau nak beli barang2, aku kena kumpul duit sendiri..mana aku berani mintak kat pak aku..lagipun bukannya orang berada..kalau dah cukup duit, baru dapat beli barang yang dihajati tu..ini kisah dulu2...
sekarang ni, aku dah jarang pi, walaupun boleh sampai cuma dengan berjalan kaki dari rumah mak aku..kalau ada barang yang aku nak beli, baru aku pi.. lagipun la ni, dah ada tiga taman baru kat kampung aku ni, semakin sesak dibuatnya.. kalau time raya lagi la..nak jejak kaki pun jenuh tau..tapi orang tetap ramai..
dan sebenaqnya kalau sesekali aku pi ni, perangai buruk aku, mesti nak beli banyak2 sekaligus..macam la aku tak leh pi dah minggu depan ka..

macam kali ni; aku borong tudung..he he


murah je..

No comments: