bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Wednesday, September 28, 2011

hatyai: I

entry ni sepatutnya entry july tapi asyik la tertangguh-tangguh.. pastu aku post dulu gambar  floating market.. gambar yang takde caption.. sekarang ni tengah ambik mood nak share gambar2 kat sana..

share memori, ala-ala terlupa dan lambat sikit nak recall..
aku jeles betul dgn blogger2 traveller yang boleh catat dengan detail pengalaman diorang ke satu-satu tempat tu...

k, ikutilah kisah ku yang antara ingat dengan tak ingat ni.. 

tiket ketapi..

bila nak buat entry pasal ni, nak tergelak aku..
nak tau pasai pa?
sebenarnya aku dgn member ketinggalan keretapi pagi, senandung langkawi..

alkisahnya, aku minta member ambik aku since abang member nak hantar dia..so, aku dengan penuh semangat bangun, siap dikejutkan oleh teman serumah dengan deringan hp..dah bersiap, aku siap2 tunggu depan rumah..alih2 dia tak mai sampai pukul 6 dah..walhal tren pukul 5.45 pagi..

tadaaa..terlepas la pulak..member bagi cadangan kejar train..he he he..
walaupun tren tu nampak ja macam perlahan, tapi kami rasa takleh kejar jugak la ..bila check masa dia sampai kat satu2 stesyen tu, jauh sangat kalau kami nak ligan..then , pegi cari kot2 ada bas yg ke hatyai..cuma ada van ..tapi tak brapa confident, takut gak la..dah kami berdua ja nak pi..then, kami ke kaunter ktm, nak tanya kot2 ada tren petang ke sana...

alhamdulillah, rupanya ada..tapi bukan tren ktm, tren bangkok.. tak kisah la, janji dapat sampai hatyai..
dalam hati, terasa jugak, alamat buruk ke kalau tertinggal ketapi mcm ni..mungkin ke lebih baik dibatalkan terus?..
tapi nekad, perjalanan tetap nak diteruskan...

waktu tunggu kat stesen ketapi, 
ada la sorang kakak tu menyapa kami,
tanya nak pi mana..
bila kami jawab nak pi hatyai, ada ka dia boleh dok pi buat ayat,
"siam potong kepala tu..berani la dok pi sana"
aku dengan member dah muka lain dah tapi kontrol la depan dia..ada ka dok boleh pi buat ayat lagu tu kat kami, kot ya pun dia dok dengaq cerita lagu tu..
dah la aku baru2 belajaq nak pi tengok dunia orang,
jangan la buat patah semangat aku ni..

kami dok buat spekulasi sendiri..
ni bezanya antara kita dan orang yang tak mau open minded..
kalau kata tak pi mana2 pun, jangan la dok bagi kami takut..

aku dengan member dua-dua orang first time plak tu nak naik ketapi setelah sekian lama.. macam aku, masa darjah berapa ntah aku pernah naik, tu pun sat saja, aku tak brapa ingat dah..
lama2 besaq ni, mana pernah aku naik ketapi..

bila ketapi sampai, macam jakun betul aku ni..
kami naik tren bangkok, 
coach macam kat bawah ni ya
free seat
ikut suka nak dok mana asal kosong..
ramai mat saleh waktu kami naik tu..
kebanyakan depa terus pi bangkok sebab depa tak turun kat hatyai..






masa sampai kat padang besaq, kena stamp pasport
masa ni agak gabra la jugak..
mana daknya, tiket kami bayaq sampai padang besaq ja,
pastu kena bayaq sekali lagi kat kaunter tiket depa..
gerun weh masa ni,
dah la gelap dah, pastu alih2 cuma tinggai aku dgn member ja yang tak beli tiket lagi..
orang2 kat dalam kaunter tu buat aku tambah seriau..
sebelum kami sampai kat kaunter tu, ada sorang siam malaysia dgn kawan dia, budak indon..
dok nak beli tiket gak..
mana dok teringat kot2 tren tu akan tinggai kami..

pastu berjaya masuk balik dalam tren..he he
dok dekat dengan budak siam & indon tu..
ramah gak depa
sembang macam2 gak la..kawan indon dia nak mai jadi sami kat thailand tu..
waktu staff tren nak serve makanan, depa pulun la order sebab tak makan sebelum naik tren tu..,
padahal depa tak serve untuk sesapa yang turun di hatyai..
dok bising2 lapar, aku pun bagi la bun gardenia tu ke depa dua org..kesian tengok, makan dengan penuh semangat..

jelapang padi

sampai ja kat hatyai junction, gelap, cuak jugak..kami ikut ja la budak berdua tu..dah kata nak jadi sami, mesti lelaki baik2 ja kan..depa apa lagi, cari tempat nak makan la..aku dgn member pulak, cuma ingat nak tukaq duit thai la..padan muka, tak gatai nak tukaq awai2 banyak2..kan dah gelabah..




k..sampai sini dulu..
bersambung...

24 comments:

Kakzakie said...

Seronok juga pengembaraan norh. Kakak senyum sensorang tau. Tak sabar nah tahu endingnya...

Eda Latiff said...

buh la gambaq banyak2 norh..hehe

Tukang Karut said...

kalau entry julai baru tulis hari ni, agak2 nya bila boleh dapat entry sambungan ini ye? hoho...

miloais said...

cepat sambung beb!

iols suker naik keretapi
kenangan - teringat zaman kecik2 - naik keretappi dari kluang (johor) ke ipoh (perak)
seronok sangat2!

Matahari said...

wahhh sonotnye die naik ketappi hehehe..cepatlah sambung..tak sabar nak tahu ending...jgn lupa tepek gambar byk2 okeh!

Matahari said...
This comment has been removed by the author.
Matahari said...
This comment has been removed by the author.
MulutPayau said...

woww..seronoknya naik tren ke htyai...cepat2 upload gmbar yer dik..

h4ni3 said...

hoho
camne pi cuti tak tuka duit dulu ni?
last minute punye plan eh?
nasib baik dah selamat balik malaysia.. hehe

suri solehah said...

mendebarkan jugak ye...teringat masa belajar dulu selalu balik kg pilih ketepi walaupun lambat skit,,tp demi nak dapat diskaun..terpaksa le rasanya dalam 12 jam dr bangi ke kelantan..huhu

Nieda said...

best p hadyai? citer la lagi. Akak tunggu ni.

whitecappuccino said...

mahal pengalaman ni..tak sabar tunggu entri seterusnya.

norh said...

*kakzakie

baru belajar nak mengembara :)

norh said...

*Eda

coming coming..he he

norh said...

*TK

ha ha
kalau takdak sambungan, maksudnya siaran tergendala la..

norh said...

*milo

he he
yang jarang2 naik ni, eksaited terlebih tau..

norh said...

*Matahari

tengah mengumpul kekuatan ni..

norh said...

*MP

seronok tengok tempat orang..

norh said...

*hanie

konon2 tukar kat sana lagi untung.. :P

norh said...

*SS

murah kan naik ketapi ni..

norh said...

*Nieda

best menghabihkan duit..he he

norh said...

*WC

betul3x.. kalau tak catat, terlupa pulak nanti..

Cik Ina Do Do Cheng said...

norh akak baru hari tu search KTM online, baru je cakap ngan suami pasai keretapi ni. cam teringin je nak pegi. best tak kat sana.citelah cepat.

norh said...

*kak ina

tengah kumpul semangat ni nak sambung cerita..