Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Wednesday, September 28, 2011

sapu butter

kecewa 
perasaan kat tempat keja tadi,
hhhmmmmmmmmm,
patutnya dah sampai rumah tak payah la dok ingat pasai keja,
buat tambah tekanan darah ja,
tapi tu lah, waktu kat tempat keja, tak leh la nak buat entry,
jadinya balik keja baru la sempat nak luah apa yang terbuku di hati...

 
norh, daripada dok kecewa pasai keja, lagi baik la kalau hang kecewa pasai cinta ka..
kot2 la ada orang nak ngorat hang, pastu ajak kawen,
pastu hang mintak la suami tanggung,
dok rumah,
tak payah keja..

biasa la..jiwa kacau
tadi siang, minta nak tukaq cuti,
bos macam tak mau bagi ja,
nak pikiaq dulu..


hang tak jek lebih2 kot?

nak jek tara mana lagi?
tak larat nak jadi rajin dah aih.. 
setakat nak cuti 3 hari tu, apa la salahnya..
kalau nak dibandingkan dengan nak cuti sebulan lebih tu...


tu la hang, lain kali kalau discuss, jangan la hang dok buat muka lebih2..

abih, kalau dah tak suka, takkan nak buat muka sengih2 pulak.. 


lain kali hang belajaq la kontrol diri..  

ok, esok pi keja, niat nak diam.. 


diam la sangat... :P



16 comments:

insan marhaen said...

IM pun pagi tadi termenung sekejap sebelum pergi mandi.

Nak pi kerja ke, nak ambil cuti ke?

3 kali timbang-tara, IM tekad ambil cuti.

Cuti sakit he..he..

budakijaupendek said...

stress kerja,
pergi melepak borak dgn kawan-kwan.
hilang stress sekejap. hehe

Kak Aya said...

he he kak aya senyum sorang-sorang baca entry ni...

sb kak aya lagi teruk kalau nak compared dgn norh, sb kak aya ni tiap2 hari malas nak pergi kerja he he

norh said...

*IM

sayang nak cuti sakit, dah 4 tahun rekod.. he he

norh said...

*bip

stress keja, berjalan2 kat blog traveller..

norh said...

*kak aya

perasaan malas tu ada gak tapi kalau nak ikut hati, lagi tambah stress..

NasQ said...

workaholic!

norh said...

*TK

untuk sesuap rezeki..

So Shy Lady (SSL) said...

hb akak pun MC hari ni...saje je nk bgtau norh heheh

Ann Huda (Ate) said...

Baghuih hang ni. Pekerja Contoh. Stress keja nak cuti pun buleh pikiaq banyak kali. Cuti aja Norh, boss marah hang buat tak tau aja noo. Cuti Norh, cuti. Dia nak bagi lulus tak lulus cuti tu biaq pi lah. (hasutan.com..nampak tak kepala ate dah tumbuh tanduk...hehehe).

Sian Norh. Tersepit antara 'ketaatan dan kestressan'. Apa pun Ate doa yang terbaik buat norh. Mg tetap di beri ketenangan oleh Nya. Jgn stress ya dik.

norh said...

*SSL

ohh..cadangan nak ambik MC ni masih belum menggugat iman saya..he he

norh said...

*ate

kalau tak ambik sekarang ni, ke depan2 lagi tak leh nak cuti..

h4ni3 said...

so mcmana?
berjaya tak duduk dalam silent mode? hehe
cuti jer.. meh kita ganti dgn MC :D

Cik Ina Do Do Cheng said...

norh ko berjaya tak? , akak selalu tak jadi bila mulanya nak buat silent mode.

norh said...

*hanie

awak nak bagi free ke MC ke saya? bagus gak kan kalau awak ada dekat2 sini..he he

norh said...

*kak ina

saya tak la diam sangat..bising gak la..tapi berjaya mogok tak jumpak bos..ha ha