Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Sunday, September 18, 2011

soalnya




semalam sesi makan2 dan melawat sedara...

makan2 sampai kenyang, tapi sebetulnya, air yang banyak masuk, sebab cuaca panas.. 

waktu kat rumah sedara,

sembang2, sampai ke satu soalan feveret untuk aku,

"kawen dak lagi ni?"..

bagi aku, kalau ditanya depan aku sorang, 

aku tak rasa apa dah kot untuk waktu ni..

lain la soalan2 ni ditanya 3 or 4 tahun yang lepas,

sangat menyiksakan.. 

lately, fokus aku dah ke lain..

malas nak fikir soalan yang aku tak ada jawapan ni..

sebab,

banyak sebabnya..

banyak pengalaman yang dah aku tempuh selama 3 ke empat tahun yang lalu..

tapi aku kesian ke mak aku..

kesian kalau orang tanya soalan pasai aku ni ke dia..

aku pulak yang jadi sebak...

biaq aku sorang yang tanggung, 

mohon Allah buang jauh2 sedih mak aku..

dan semalam buka facebook,

ada member post kat wall dia;







Kenapa lambat kahwin? - Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk ku.

Dah Berpunya? - Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.

Siapa?? - Nanti Allah akan perkenalkan...

Bila?? - Bila jodoh dah sampai.. InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus ku nanti..

Janganlah selalu bertanya bila org tu nak kahwin..Kerana semua rahsia dia,terletak di tangan Allah.. sampai masa Allah akan membongkarkannya..InsyaAllah... :)

12 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Norh

Insyaallah
Allah perkenankan doa saya semasa umrah baru2 ni

Wassalam

yusuf mujahidin ™ said...

setuju.
Allah Lebih Mengetahui

fatin said...

soklan stended lam sejarah...

NasQ said...

aku suka ayat tu...

MulutPayau said...

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya...jawab jer soalan dia orang tu dgn senyuman yg paling manis..

gadisBunga™ said...

jawab sambil senyum dan penuh ceria.

silap2 yg bertanya tu nanti yang bengang. heheh~

Cikgu Fonik said...

salam,

jodoh maut di tangan tuhan, satu kita hindari satu lagi kita cari,, dua dua usaha.

Kakcik Seroja said...

Perkahwinan itu satu perkongfsian dan tridak semua perkongsian itu membawa kepada kegembiraan.

Kakzakie Purvit said...

Norh, realiti terjadi pada sahabat hubby. Baru menikah sebelum puasa lepas dan akan diraikan pada sabtu ini 24-09-11. Nak tahu mereka sebenarnya sekampung, satu sekolah dan hanya bertemu setelah usia diambang 40 tahun lebih... Kalau tahu rencana Allah pasti mereka dah kahwin dari dulu betul tak. Kita tak tahu perancangan Allah.... insya-allah pasti ada jodoh kakak doakan....

eynda said...

Semua Allah dah tetapkan... sama ada cepat atau lambat aje...

whitecappuccino said...

dah jadi soalan wajib untuk org2 yg tak tau nak tanya soalan lain la tu..sabar norh!

Cik Ina Do Do Cheng said...

besar sangat ke masalah kalau perempuan tak berkahwin?.kahwin ke tak, pada akak tak jadi masalah, janji hidup happy. norh tak payah pedulik ngan cakap orang tu.