bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, September 25, 2011

ingat 5 perkara

tadi pagi pi klinik dr. quak 
ramai sungguh orang
nak ambik ubat untuk mak, sakit perut
walaupun klinik ni dah lama tapi orang punya la ramai
sampai kena berdiri
aku yang tak sakit ni, ok la berdiri
orang sakit, agaknya bertambah sakit ke tak

sebelum pi klinik
mak aku dok update, jiran2 yang sakit kat kampung ni
lepas tu dok cerita baru ni melawat jiran yang kena barah tulang
pengalaman dia dok kena buat kemo

teringat dulu waktu kecik2 masa zaman sekolah rendah
ustazah ajaq; ingat 5 perkara,

sihat sebelum sakit
kaya sebelum miskin
muda sebelum tua
hidup sebelum mati
lapang sebelum sempit

ilmu yang dapat waktu dulu2, memang untuk diguna sepanjang hidup...

3 comments:

Tukang Karut said...

ingat bila dah terkena je... hoho...

Cik Ina Do Do Cheng said...

norh tetiba je insaf. 5 perkara yang semua orang kena ambik berat bukan sekadar ingat je.

gedek! said...

mintak 2 tak nyanyuk...