bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Friday, October 28, 2011

KRABI: III

Pagi hari kedua kami menapak area resort tu..konon2 nak cari kedai untuk breakfast sendiri... tapi hanya menjamu mata dengan persekitaran dan pantai aonang.. jalan sunyi pagi2 ni..almaklumla, sebelah malam lebih meriah.. dukacita dimaklumkan, area berdekatan dengan areetara ni tak nampak pun kedai makan ye.. jadi, kami tahan tuk tuk dan minta dia hantarkan ke kedai makan halal.. caj rm2 gak sorang.. pakcik ni bawa la kami ke kedai ni, tapi tak sempat tengok nama la..yang aku ingat, lepas stesen minyak kecik kat aonang dan dekat dengan McD.. actually ada gak yang muda2 bawa tuk tuk tapi semua yang kami naik ni, semua pangkat pakcik2 :P
pakcik tu sendiri offer nak tunggu kami abih breakfast dan hantar kami balik resort semula..ok la tu..

mula2 sampai kat restoran tu, aku dah perasan, semua lelaki, ramai pulak tu, betul2 kedai kopi ni, semua lelaki...
kat kedai ni, pagi2 pun dah ada nasi dan lauk..tapi kami cuma pilih kuih muih ja.. takdak selera la pulak nak makan nasi pagi2 ni.. laksa pun ada..
masing2 dah order air, menyembang pakai bahasa rasmi kami la kan.. sekali, org meja belakang tegur..

"mai mana ni?"

dia tegur kami sebab dengar kami cakap kedah..mula, dia ingatkan kami ni orang siam.. untuk pengetahuan kawan2 semua, sepanjang kami kat sana, semua orang dok cakap bahasa thai dgn kami; macam confirm benar kami ni orang siam..teguran tu selalunya dibalas dengan gelengan..(sampaikan ada kes waktu aku nak beli tiket ketapi balik ke sp..hu hu hu, nanti tunggu sampai part tu eh)..
ada nampak keturunan siam kah?..

tanya punya tanya, alih2 depa satu kampung dengan housemate dan kawan housemate..siap kenai mak ayah kawan2 aku ni.. dok berjejak kasih la pulak kat kedai ni..

depa ni pun dok keluar pertanyaan yang sama..belajaq mana?
haishh..sekali lagi.. :P

muka depa ala2 terkejut kami kata mai naik train 4 orang..

dipikir balik, aku nak tergelak, keciknya dunia, boleh dok mai beramah tamah kat krabi ni dengan orang kampung..ha ha ha

siap tanya akaun fb lagi..tapi sampai la ni, aku tak add lagi pun.. nanti saya rajin, saya add dato' .. :) dan part best, depa blanja breakfast pagi tu.. kalau tau, makan lagi banyak..he he he

aku rumuskan dengan housemate; takleh nak cakap lepas ja sekarang ni, sebab sebelum keluar pagi tu aku ada sembang dgn housemate;
"kat krabi ni nak buat perangai lagu mana pun tak pa, takdak orang kenal kita.."
he he he..statement tu dah tak valid ya..jumpak orang kampung pulak tu..pastu memang ramai malaysian yang ke sana..tiap kali trip, mesti jumpak orang yang tau cakap bahasa melayu.. :)


dari aras 4 areetara
sweet sangat skuter ni..

antara kedai2 yang provide pakej2..

harga pakej, kalau kawan2 berminat nak ke krabi..

pantai aonang
malam kat sini, meriah..

baru belajar nak pos poskad..












walaupun pulut kosong tapi sedap


pisang goreng yang sedap

depa offer snap gambar

orang kampung.. :)


teh kaw betul..

ni pun depa tolong snap..

pagi di aonang






bersambung dengan cerita ke pulau...

#7

day 7

# jadi pemerhati; sesuatu yang berbaloi..
# support monthly target 'mereka'...
   pujuk hati dengan kata2 ustazah kat tv9 malam sebelumnya.."pekerjaan yang sukar dapat menghapuskan dosa"
# 'follow up' itu penting...

Thursday, October 27, 2011

KRABI: II

sambungan dari sini;

Masuk ja bilik, aku happy sangat tengok bilik ni..hey, datang nak jalan2 ke or nak dok tidur dalam bilik hotel? bukan apa, aku tak pernah dok hotel cantik macam ni lagi..dibandingkan dengan harganya, RM 120 semalam, tu yang buat aku happy tu..kalau kat malaysia kan tak dapat harga ni..apa lagi, sesi fotografi la.. sesetengah aksi tak boleh publish kat sini..ha ha..

actually aku book bilik melalui agoda.com.. sebab tu dapat harga diskaun.. seperti mana2 tempat yang aku pegi jalan2, aku still book dulu hotel, belum berani redah lagi..he he he
jom layan gambar;


 cute & creative

 aku suka dekor bilik..tilam diletak terus atas pangkin papan... elegan tapi santai..



 hajat nak berendam tapi sampai balik pun tak menyempat...

 peralatan stainless steel..aim satu set letak kat umah...

selamat menikmati secawan kopi di sini...

 muka puas hati.. :)

 nama resort



selepas berehat after perjalanan yang jauh, kami turun cari dinner..tujuan lain adalah untuk cari pakej untuk esok hari.. area yang kami dok tu, tak nampak restoran muslim, kena berjalan sikit..

dalam dok menapak tu, pakcik tuk tuk tu memanggil kami..senario biasa pakcik tuk tuk memanggil2 pelancong..mintak pakcik hantarkan kami ke restora halal..then, dia bawa kami pi restoran chaba..rm 2 sorang..boleh naik lebih dari  4  orang utk tuk2 yang jenis motosikal ni..tapi rasa seriau gak la, macam tak stabil ja naik ramai2 ni..

sampai kat kedai2 kat aonang tu, kami jalan2 cari pakej aktiviti dulu sebelum masuk restoran... bersepah2 travel agent yang sediakan pakej2 aktiviti..macam2 ada, nak pulau, hutan, gajah, water rafting, spa, urut..pilih la..sesapa yang nak enjoy cuti kat sini, sila bawa duit lebih untuk aktivti2 kat sini ye..

kami pilih 2 aktiviti;
1. phi phi island, RM80 sorang, beserta snorkeling
2. 4 island, RM 70 sorang, beserta snorkeling

yang penting kena pandai tawar menawar ye kawan2 sekalian...
sebelum aku lupa, tukar siap2 duit kat hatyai or padang besar..kat aonang ni, rate mahal sikit, rugi..



suasana kat pesisir aonang


dinner at Chaba Restaurant;

 buku menu


 suasana dalam restoran



 dok tengok orang review dalam internet, akhirnya jumpak gak phad thai ni..RM9.50, harga kat RESTORAN ni.. esok confirm dinner kat tempat lain.. :P


 udang goreng tepung.. RM12..berbaloi untuk 4 orang..


kipas

 siling.. motif ambik gambar kipas dan siling??


 tak masuk pun tengok apa yang ada kat dalam tu..




 area dekat resort..tak ingat nama resort ni..nampak lawa sangat.. sesiapa nak mai sini, boleh cuba kot..

 balik resort jalan kaki ja...sambil memenuhkan memori kamera..he he he


 oit, tak mau balik lagi ka? esok nak pi jelajah pulau, sapa2 muntah atas bot, sapa yang malu? :P







 

bersambung...




Wednesday, October 26, 2011

Krabi: I

nak update kisah trip ke krabi, asyik je la tertangguh.. maklumlah ada tugasan hakiki yang perlu diselesaikan dulu.. tapi tak pasti la update krabi ni akan sampai tamat or separuh jalan, macam kisah redang dan hatyai sebelum ni..ha ha ha, semua sekerat jalan.. 
mana2 lah ye.. kalau sempat nanti, aku publish gambar2 je la.. he hehe



krabi: hari pertama

tengah tunggu train senandung langkawi..muka mengantuk tak? bangun awal, masak untuk bawa bekal.. :P



kali kedua naik keretapi tahun ni..risau gak dengan cuaca tak menentu semenjak dua menjak ni.. famili & frens dok suruh pikir dua kali nak pegi ke tak sebab waktu ni tengah hot cerita banjir kat bangkok..aku tawakal saja la..dah pasang angan2 lama dah nak pi krabi ni..moga2 krabi tak banjir dan dapat rasa pengalaman baru kat krabi :))

bertolak pukul 6.30pagi. asalnya train pukul 6 pagi..so, kalau terlewat bangun sikit pun, sempat lagi la kan (tapi tak perlu la ambik risiko terlepas train, cukupla sekali hari tu).. bila dah cerah, baru layan scenery; jelapang padi..sempat jugak la layan perasaan..
"life goes on my dear self.. happiness is yours.."


 breakfast kat dalam train..

sampai kat padang besar utk cop pasport kul 10.. kali ni dah tak neves..sebab dah ada pengalaman sebelum ni.. lagipun hari siang, tak macam nak ke hatyai sebelum ni..ok je la...

waktu dok tunggu train ni, jenuh kena interview dengan pakcik polis sorang ni..dia tegur, kamu ni student ke? aku dok confuse satu hal, student banyak duit eh, boleh berjalan2 makan angin.. masa aku belajaq dulu, confirm tak pi mana2..duit tu la untuk sara aku..pak aku nak kena sara adik2 lagi..bila dah ada duit sendiri ni, baru la pi berjalan..
dia dok promote keja dengan dia kat kl gaji 1k kot.. mintak maaf la..aku tak mampu la nak hidup kat kl dengan gaji banyak tu.. mewah lagi gaji tu kalau dok kat utara.. sapa setuju? makanan murah, parking takde la mahal macam kat kl, sewa rumah pun murah lagi..



train dari pdg besar start kul 10.45 pagi..sampai kat hatyai kul 11.30pagi, 10.30 waktu thai..turun dari train, on the way ke travel agent, jumpak malaysian, indian guy..again tanya, belajar kat mana?

awat la asyik dok tanya soalan tu, nampak kami ni muda remaja sangat ka? memang aku betul2 confuse, student sekarang kaya ye?

pastu jumpak lagi depa berdua ni kat travel agent yang sama..
aku berani dengan travel agent ni sebab hari tu dah pernah ambik dengan depa..ambik transport return ke krabi kat angle travel, rm 70..hantar terus ke hotel..so, tak perlu pikir 2 nak tukar transport dah untuk sampai ke hotel, dan tak perlu nak tercari2 van dari krabi balik ke hatyai kat krabi nanti..

lepas beli tiket dan prepaid thai, ada masa sebelum bertolak ke krabi..van akan bertolak kul 12.30 thai.. sempat jalan sekejap kat hatyai, pastu kami makan kat restoran sulaiman, sebelah kedai travel agent tu..sebelum ni aku tak perasan ada restoran halal kat situ..total utk 4 org, rm 58..tomyam campur, telur dadar, kerabu mangga, teh ais 4, paprik campur..semua makanan sedap2 tapi pedas tau...





 sedap dan berpatutan..


 bab posing, serah ke depa.. he he





aku ingatkan cuma 2 jam ja ke krabi dengan van, rupanya 4 jam setengah.. aku dok review kat internet, boleh sampai 2 jam.. tapi memandangkan dia nak penuhkan van, so jadila 4 jam setengah.. on the way ke aonang, ada gak tempat2 melancong tapi memandangkan semua tulisan thai, jadinya tak paham sangat la.. kalau pi sendiri tak pakai gps, confirm sesat..

 van yang selesa..cuma dia pasang lagu kuat sangat..dah la seat aku betul2 kat speaker..


 sepanjang perjalanan jumpak kenderaan pick up.. budak sekolah, orang kampung, famili, nak bawa barang.. serba guna kenderaan ni kat sana..


iklim lebih kurang kat malaysia, mendung..aku suka kalau travel cuaca macam ni..kurang sikit nak sakit kepala..rumah2 pun lebih kurang kat malaysia jugak..tapi lebih banyak kawasan hijau..kul 3.30 thai, kami sampai kat rnr trang..lebih kurang la..rnr tu aku saja namakan.. ingatkan dia tak berenti langsung..aku baru perasan, trang pun salah satu tempat pelancongan gak kat thai ni..nampak sign board yang boleh dibaca, contohnya waterfall.. he he..
lepas singgah kat trang, lalu kawasan bukit bukau untuk sampai ke krabi..ada ladang kelapa sawit, getah dan kelapa..

 rnr trang


 paham apa dia tulis kat atas tu? muka2 happy nak jejak kaki krabi dah.. :)

dalam 6 pm jugak rasanya baru kami sampai kat hotel dan check in.. dijamu dengan mango juice sebaik sampai.. :) 




bersambung...