bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Monday, December 31, 2012

2013 : semoga tuah itu milik kita

Tahun baru...
Masa untuk renew azam.. :)
Tak kisah la azam yang sama atau pun azam baru..
Kalau azam yang sama, mungkin ada touch up sikit sana sini, ye dak...
Azam norh...
1. Nak stop keja kul 6..pastu kemas meja dan balik.
2. Nak cuba jadi coach yang disegani...ahakkss, berazam tak salah kan ;p
3. Nak menjadi seorang yang penyabar.
4. Nak melaksanakan kewajipan2 kepadaNya.
5. Nak mematuhi bajet diri sendiri.
6. Membaca buku2 yang belum dibaca kat rak buku kat rumah.
7. Nak mengembara lagi..tak kisah la dekat atau jauh.. ;)
Banyakkan?
Takpa, tak kena bayar untuk buat list...he he


Notakaki: berazam nak kawen, boleh? haha ha ha ha
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, December 30, 2012

Winter @ Beijng 10 : Wangfujing Street & Dinner Day 2

Wangfujing Street ni merupakan tempat shopping barangan branded..standard harga macam kat KLCC..
bila masuk ja mall depa, WOWWW...
banyaknya pilihan...
dan berkualiti tinggi..
terfikir gak, kenapa barangan Cina dikaitkan dengan kualiti yang rendah..
hmmmmm....



APPLE store terbesar..(dua tiga tahun sudah di Asia kalau tak silap)..

butik2

kobis yang menjadi hiasan kaki lima..


deretan barbekue..non-halal



sekali lagi..basikal di mana2..

bukan basikal cantik2 pun..

restoran kawan Valon..mestila kawan kan..dah berapa tahun dok bawa Muslim datang ke sini.. dan restoran ni antara restoran yang norh suka..

dekorasi yang cantik..

setiap ruang penuh..
selagi boleh muat meja..
jalan antara meja pun sempit..

dan tak boleh lupa cara pekerja depa bersihkan meja dan serve tetamu..
pung pang pung pang..sebab nak bagi servis yang cepat ;)

tak cukup lagi ni..





Alhamdulillah


Saturday, December 29, 2012

Winter @ Beijing 9 : GREAT WALL OF CHINA

lepas lunch, aktiviti yang paling ditunggu-tunggu adalah.....
mendaki GREAT WALL..
:))

dari jauh lagi dah semangat bila nampak tembok tu...
aduhai..panjangnya..
tak sabaq nak sentuh salah satu keajaiban dunia ni...

tiket semua dah masuk dalam pakej..so, si Valon yang pegi uruskan kat kaunter..

nampak dak?? 
suhu awal ni, sejuk sekali ..

masa ni, dalam hati...

"erkk..boleh sampai ka kat atas tu..tingginya..dah la sejuk..kalau jadi apa2, ada org nak tolong dak?"

"dah sampai sini norh, takkan nak lepak bawah ja..sia-sia mai China tapi tak naik Great Wall, bukan suruh angkat bata ke atas pun, cuma berjalan atas tu ja"

"yakin BOLEH"

he he he.. ingat senang ka bila tengok tembok yg tinggi tu..bagi norh yang amat kurang bersenam ni..
2,3 minggu sebelum pi Beijing, baru dok pi gigih panjat bukit H kat SP ni..hu hu
lepas ambik group photo, boleh tempah plat nama kat buluh ni..tanda dah sampai Great Wall..tapi kami berdua tempah yang kat atas, plat besi..
yang kat atas tu, bermaksud menara kedua..ada 7 menara kat pintu Juyong ni..

ni masa awal..steady lagi..dengan sejuknya..dengan baju tebalnya..
nak ambik gambar pun, jenuh sejuk tangan..

menara pertama..
pun steady gak lagi..

ada kedai cenderahati

sayup2 nampak tembok besar bahagian bertentangan..
kena pada nama; TEMBOK BESAR

mampukah nak ke menara kedua tu??
lepas ni yang rasa huhahuha!!
nah..ambikkk..paddle lock besaq..

dari atas tangga GREAT WALL..
serius GREAT...

akhirnya, sampai jugak..at least kat menara kedua..boleh tinjau dari atas menara..
masa sampai kat sini, siap berpeluh dalam suasana sejuk..
dan perasaan; macam2.. jom alaminya :) 
 
sampai sini ja mampu..kang, kalau naik ke menara seterusnya, satgi kena tinggai dengan bas pulak :p
 
masa kami baru abih berposing kat sini,
sampai la group yang ramai dari Malaysia (dah jumpa waktu kat jade, crystal centre & lunch)..

terdengaq statement dari sorang makcik..
"kami hat 50 tahun pun boleh naik sampai kat sini, takkan org 30 tahun takleh sampai sini.."

huish..nasib baik norh naik dah ataih tu.. he he

rajin depa dok tinggai tanda "love" depa..

jalan alternatif..tak tahu pun boleh turun sampai ke bawah.. bila dah sampai bawah, baru depa habaq, ikut sini pun boleh naik dan turun jugak..



nampak dak tembok sebelah kanan..
tembok asal dah runtuh..

dalam menara

terdapat la tulisan2 dari insan2 (ramai), yang tulis nama depa kat tembok ni..
banyak jugak nampak nama2 dari Malaysia..
motif??
pada norh, tak payah la letak nama untuk penat lelah orang lain..
jangan la mencemarkan dinding2 tembok dengan tulisan2 kita..sakit mata tengok nama2 yang kita familiar..
dari dok conteng dinding tembok tu, cuba berfikir dan ambik iktibar bagaimana 
kegigihan dan semangat orang2 yang membina tembok besar tu..
me, keep wondering..

kecerunan..
takut 'tertomoih'..sapa2 tak paham bahasa utara, sila bertanyakan pada rakan2 anda..he he





betapa seriaunya kalau mendaki..
waktu norh posing, boleh la dok senyum..
cuba tengok waktu mendaki or turun, serupa jugak la dengan hat pakai baju biru tu.. he he




walaupun pokok2 tak berdaun, tetap di 'maintain' cantik..sama paras ja potongannya.

kat mana2 pun, ada unsur kesenian..
 
cita2 digapai..heh he he

sempat lagi main sepak bulu ayam waktu sejuk2 ni..


tradisi..
tak sure berapa harga untuk pakai baju ni..

boleh beli souvenir kat bawah ni..

panda sana sini..








p/s: dah sebulan rupanya norh ke balik bercuti dari sana..sekejapnya masa berlalu.. berhajat nak naik lagi tembok China, tapi dari gate lain pulak..backpack barangkali? :)

Wednesday, December 26, 2012

semalam dan hari ini

Semalam..

# cuti tapi dok kat rumah buat presentation utk submit ke bos semalam jugak...terasa sangat tak ikhlas buat kerja waktu public holiday...hati meronta2 nak layan blog...

# pastu reward diri dgn movie hobbit ;)
"to success, you need brilliant, respect and charming"...

Hari ni,

# department meeting dgn Regional QA Head;
"do not let others tell us what we have already know"..

# as usual, kalau orang tak mau ubah attitude, buat apa pun, macam tak ada guna...

Take care guys..kepala otak tengah serabut dengan hal2 kerja yg sepatutnya dilangsaikan sebelum tahun baru..nanti2 lah norh reply komen dan update blog....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, December 24, 2012

nothing

Sometime,
The feeling is..
To be loved by someone...








Silly me, sad for nothing...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Winter @ Beijing 8 : Jin Dian Cloisonne & Lunch Day 2


meneruskan perjalanan..layan pemandangan di Beijing sepanjang perjalanan..

Disneyland yang terbengkalai..kekurangan budget..

 
ni la tempat makan untuk lunch hari kedua.. 
Changping, timur laut Beijing City..
bahagian bawah ada kedai2 souvenir dan tingkat 2 dan 3, restoran..
solat jamak kat sini..

kat sini juga ada pembuatan kraftangan seperti di bawah..

kita nak barang yang murah..tapi bila melihat depa begitu teliti hasilkan kraftangan ni..
ohhh, sila lah ambik kira wahai norh..

 "Cloisonne is a unique Chinese art. It was originated during the reign of Jintai of Yuan Dynasty. It involves elaborate and complicated processes such as designing, base-hammering, copper-strips in-laying, enamel-filling, enamel-firing, polishing and grilling."


bahagian pameran.. pilih, jangan tak pilih..
norh tak beli pun..si Valon asyik ja kejar kami suruh cepat..sebab dia tak mau kami lambat2..petang ni nak ke Great Wall.. lagipun sejurus kami sampai di sini, ada lagi 3 bas tetamu dari Malaysia pun sampai..


ni la end product dari hasil keja depa tadi..

ni hall restoran depa..luas dak?

ni lagi..
bila makan kat sini, rasa macam dok Malaysia..
kiri kanan, depan belakang..semua orang Malaysia..

the menu...
restoran di sini sangat pantas menyajikan makanan kat tetamu..
dalam masa 10 minit, meja yang kosong bertukar penuh..

tersalah fokus..he he
 
sebelum sampai ke Beijing, norh review blog, banyak yang kata makanan tak sedap..
tapi bagi norh sedap ja..dan tentunya sayur yang lebih..tapi norh suka..





bas kami sepanjang 5 hari di Beijing..