Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya!!

Maaf zahir batin..

Alhamdulillah..harapnya kita beroleh kejayaan pada ramadhan lepas dan mengharapkan pulak keberkatan syawal ;)

Seperti tahun2 sebelumnya, norh hanya dok di rumah teman mak tunggu tetamu..kalau tinggal mak sorang2, kesian la pulak..lagipun segan la nak pi beraya...dah lama beraya kat dapur rumah saja..hikss

Mak semakin tak sihat..lagi dia tak mau ke mana2..
alhamdulillah, walaupun tak keluar beraya tapi tak berhenti la jugak saudara mak datang beraya..especially nak ziarah mak..

Tahun ni norh tak beli apa2 pun utk diri sendiri untuk sambut raya..first time tak beli baju raya..pakai yg mana ada ja..hehe..umur dah meningkat ni, memang terasa la jugak cara pemikiran dan sensitiviti perasaan tu pun turut berubah..ini normal kan ;p

Tapi tak la bermaksud tak beraya.. cumanya hanya beraya di rumah sendiri..raya ni meriah dgn lemang ketupat gulai ayam, mercun dan kuih raya..hihi..dan yg paling best bila tengok budak2 dpt duit raya..terkenang pulak zaman kecik2 dulu kutip duit raya dlm kampung..dengan duit raya tu la berangan nak beli barang2 yg norh teringin..maklumla, keluarga bukan  org berada..
sekarang ni, teringin gak nak dapat duit raya...siapa nak sedekah kat norh ni..hehehe


p/s     norh jarang selfie/wefie..ni budak2 kecik ni yg ajak..  



9 comments:

Jari Manis said...

Selamat hari raya norh maaf zahir dan batin. Jm pun sama raya duduk umah je tunggu tetsmu dtg klau dulu pegi kutip duit raya tp skrg Jm pukak yg kluarkan duit raya :-)

Hari tu Jm ada bg duit raya tuk rakan blogger tp Jm x ada alamat norh rasanya klau nk kirim alamat eh :-)

norh said...

Wahh!!! Baiknya jm bagi duit raya kat kawan2 blogger.. Norh memang terlepas keretapi la ni..bulan puasa hari tu memang sangat tak buka blog..huhu..
Melawak ja jm..bestnya kalau dpt bersembang sambil mkn ketupat dgn jm..
Balik beraya kat mana ni?

SalbiahM said...

Salam aidilfitri norh..Maaf kalau ada salah silap ye. Kim salam kat mak

SalbiahM said...

Salam aidilfitri norh..Maaf kalau ada salah silap ye. Kim salam kat mak

norh said...

Salam buat sby jugak.. Selamat hari raya..maaf zahir batin...happyyyy holiday... Hihi

Zilla said...

dah lama nak ckp, sekali pandang norh ne ada rupa fatt hehehe..2x pandang baru nampak bezanya hahaha *mati kalau fatt baca ne ngegege :D

apa pun, selamat hari raya norh..maaf zahir dan batin..kalau agak2 nak buat open house tu sudi2lah jemput saya di sini hehehe

*rasa2nya kita ne sebayakan??

norh said...

Hahaha...heh
Betul ke ada rupa fatt..tak pernah tengok mukanya mcm mana...almaklumla semua ada muka kartun je kat blog dia..
Tapiiii kann...fatt tu kan kurus saja.. Norh ni dah nak masuk obes dah ni..hahaha...boleh nampak rupa fatt lg ke..
Kalau betul, happpyyyyy sat sbb muka mcm blogger femes...hihuhiii
Aaahhh..rasanya kita sebaya ;)
Selamat hari raya...
Norh bila2 pun open house..hehe..ckp ja bila dah sampai utara ni... ;)

Zilla said...

adalah sipi2 persamaan tu norh..dari awal lagi dah perasan cuma tak terluah je hehehe..tapi jgn lebih2 pula hahaha...

Insyallah, bila2 kalau nak ke utara kita roger tau...mmg teringin nak jumpa norh :D

norh said...

Serius ni zilla..mai la utara.. Lepak rumah norh..takde sapa pun kat rumah norh..cuma ada housemate je.. Boleh la kalau setakat nak cuci2 mata kat sp n penang ni.. ;)
Kalau org jauh mai, ada alasan jugak nak ronda2 utara..kalau sendiri nak jalan2 tu..takde maknanya...hihihi