Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Monday, September 16, 2013

Pasar Siti Khadijah


mari kita lihat apa ada dalam kotak draft.he he he
the famous market...
Pasar Siti Khadijah..

sambungan entry bergambar dari sini..
walaupun boleh tahan sesak nak masuk area ni, kami redah jugak walau terpaksa pusing entah berapa kali untuk dapatkan parking..dengan hujannya..dengan ramai umatnya..pastu sesuka hati buat one-way sendiri..maaf la ye..kami bukan org kelantan..nasib baik bukan norh yg drive, kalau tak..mesti keluar ayat..JOM BALIK LAH.. :p

norh suka pasar ni..
penuh jugak la tangan membeli.. :))
suka dengan keropoknya, tudung2 bawalnya, jajan, serunding..dan macam2 lagi lah...
trip kali ni sempat juga rembat kain 2 pasang untuk buat baju..walaupun cuma sekejap saja masa meronda..

pasar ni macam nostalgia jugak la untuk norh..sebab ni rombongan pertama paling jauh masa norh sekolah rendah dulu..lepas upsr kan cikgu ada buat rombongan jauh, ke kelantan & terengganu..kami kat utara ni, masa tu sangat la excited nak jalan2 jauh ni.. ingat2 lupa ja kenangan masa zaman budak2 dulu.. kalau dah zaman budak2 dulu pun dah excited jalan jauh2..masa tua ni apatah lagi kan..hehe

k, dengan berakhirnya gambar2 kat bawah ni, berakhir jugak la entry trip ke kelantan february lalu..
ha ha ha..nampak tak betapa 'RAJINNYA' tuan tanah..huk huk huk...





















Saturday, May 18, 2013

Pantai Cahaya Bulan

santai di pantai cahaya bulan...





















...langsung takde caption..
nyawa2 ikan dah tuan blog ni.. ;p


HAVE A GREAT DAY FRIENDS :)

Thursday, May 2, 2013

Masjid Beijing - Kelantan

Jom layan entry bergambar lagi..he he
*dasar kurang rajin*


Balik dari Munduk, kami singgah kat Masjid Beijing, Rantau Panjang.. norh suka betul dengan design masjid ni.. ala2 masjid kat Beijing.. cuma berbeza, ruang solat lelaki dan perempuan dalam blok yang sama.. di Beijing, ruang solat lelaki dan perempuan dekat blok yang berlainan..
Masjid ni pun first time norh tengok..sebelum ni, tak pernah dengar cerita pun..
 


 "Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.


















cantik kan?

;)