Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Penang : Jungle Treking ke Monkey Beach

namanya ja asal dari Seberang Prai tapi boleh kira setahun berapa kali ke pulau..he he
dan edisi photo kali ni bukannya fresh sangat pun..norh ke sini bulan lepas.. plan asal, ramai yang nak join tapi last sekali jadi 4 orang ja..
norh pernah pi treking ke sini 3 tahun lepas, entry teluk-duyung (nama lain bagi monkey beach)..


info
Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang, kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang.

Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati, pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain.

Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.

Perjalanan ke sana
Sekiranya memandu sendiri melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar di persimpangan Jambatan Pulau Pinang. Ikut jalan kearah Batu Feringghi dan terus ke Teluk Bahang. Pejabat Pentadbiran Taman Negara Pulau Pinang terletak di Jalan Hassan Abbas. Kenderaan awam boleh diperolehi di Terminal Feri/KOMTAR terus ke Teluk Bahang atau boleh menggunakan perkhidmatan teksi yang disediakan.

Pintu masuk utama Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang manakala Pintu Masuk kedua terletak di Kuala Sungai Pinang di bahagian Balik Pulau. Kemudahan rekreasi untuk pelawat hanya boleh di dapati di Pantai Kerachut, Sungai/Teluk Tukun, Pasir pandak, Teluk Aling, Teluk Duyung dan Rumah Api Muka Head. Rentis semulajadi juga terdapat mengelilingi tasik meromiktik yang unik di kawasan Pantai Kerachut.

Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau.

Bayaran
Tiada bayaran masuk yang dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti merentasi titian kanopi iaitu RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.



jom layan gambar..

pandangan semasa treking..

semput tau walaupun treking..maklumlah ;p

ada yang mendaki.. ada jalan landai..

rehat sat untuk posing..he hehe

atm mesin kat pokok.. :P

info yang terdapat di taman negara..

first time norh naik canopy walkaway.. RM5, perlu bayar masa kat kaunter masuk..

dok sembang2 ter'mengutuk' sikit taman negara ni.. padahal ada staf depa kat pondok kat atas nu..he he

laluan nak ke sini agak sunyi..tapi masih selamat..dulu2 zaman sekolah, pernah datang mandi2 manda dengan budak2 homeroom..tapi sekarang ni nampaknya bukan tempat mandi dah since kes kencing tikus..

muat seorang ja lalu tau..




meneruskan treking ke monkey beach.. 

lagi 2km..aiiyaakkk
serius, dah kurang stamina sekarang ni..

pusat penyelidikan USM

beautiful beach





laluan berhalangan..



yayy..dah sampai..disambut dengan monyet2..
namanya pun pantai dia kan..

berbanding dengan dua tahun dahulu, dah ramai orang kat sini..aktiviti pun dah banyak..
kedai makan pun ada..dan monyet2 pun macam bertambah ja..

kebanyakan pelancong arab..





nak try?





sebiji rm5.. hmmmm


arabian..

kami sewa bot.. :)

jeti kat taman negara..





*sewa bot tu tipu..he he
mamat bot tu bagi kami bawa bot untuk seketika.. ;)
sewa satu bot sehala rm50.. tapi boleh bargain untuk dapat rm40 (dah lepas bayar baru nampak kaunter yang bagi lagi murah).. boleh book bot untuk 2 hala kalau tak nak treking..kaunter bot ada kat parking nak masuk Taman Negara Pulau Pinang.






Wednesday, October 31, 2012

akhirnya...berjaya menangkap

si suria yang berjaya di rakam..
dah lama dah dok menikmati sinaran matahari dengan hamparan sawah padi ni..
tapi baru isnin lepas berjaya..
maklum la aku keluaq awai sikit untuk pi keja..
selalunya, keluaq rumah pun ngam2 sampai kat kilang, mana dan (sempat) nak pegang kamera kan :P
di saat aku berkejaran nak ke kilang,
best ja pakcik2 dok feeling layan bawak moto 20km/j
nak pi sembang kat kedai kopi kot..
tapi aku?
perlu mulakan minggu 
dengan entah apa pulak cabarannya kan..

apa-apa pun,
mentari kan terus bersinar...
ye dak?
;)




Monday, February 13, 2012

nasi sila


restoran nasi sila ni terletak kat kampung lahar kepar, penaga, dekat dengan pekan kepala batas.. walaupun umah mak aku dekat2 ni ja, tapi disebabkan mak aku jenis yang tak makan kat kedai luar, jadi aku tak pernah sampai di sini.. baru-baru ni, jiran aku kat sp ajak aku dgn housemate pi makan, baru la aku sampai di sini.. masakan ala kampung, memang ramai, kena beratur utk dapatkan lauk pauk..


kami ambik lauk dalam dulang dan makan kat area bersila..

kalau tak mau bersila, makan kat meja pun boleh..

bawal goreng panas..fuhhhh 

walaupun nampak macam ayam goreng biasa, tapi sedap..kalau sesapa mai sini, jangan lupa ambik ayam goreng ni..


kicap cap angsa.. dulu sampai sekarang.. :)


Sunday, February 12, 2012

bendang


jelapang padi seberang prai

sekarang ni, dah sampai masa mesin padi dok kat petak bendang

kebanyakan padi dah dituai..

masa aku sekolah rendah dulu,

belakang rumah aku adalah bendang tapi sekarang ni dah jadi taman perumahan

bendang tu memang tempat aku berkubang..

memori pacat lintah selut masih terpahat :)

nikmat tau! he he

aku ada satu harapan

nak snap gambar sawah padi berlatar belakangkan gunung jerai yang disinari suria pagi

namun buat masa ni, aku hanya rakamkan dengan mata sendiri,

belum sempat dengan kamera,

sebab aku selalu lambat dari rumah mak aku nak ke tempat keja.. :P

Saturday, February 11, 2012

tanah kelahiran



penang yang banyak tarikan


dulu2 masa aku kecik2, kereta boleh berhenti kat tengah tu..

dulu2 kalau kata hujung tahun nak pi round island, hati sangat berbunga2.. :)

Saturday, March 19, 2011

ini cerita berkelah

berkelah dengan budak2 kat lab, tapi tak semua..lebih kurang 1/3 dept ja..
konvoi 6 biji keta ke feringghi..
housemate ikut & offer nak drive..aku suka :)

dah 2 minggu, baru nak cerita...tapi tak de lama sangat pun kan, sunburn pun tak hilang lagi ni..)


dah lama jugak rasanya tak masuk pulau.. dua kali kena hon..ha ha ha


 
kami berkelah belakang the ship..
parking masuk ikut lorong sebelah kanan tepi the ship ni...
dok siapkan sandwich..


budak2 tu, kalau bab main, serah kat depa..
yang baju oren tu lagi la kuat main..
(kalau ada org lab baca, betul ke tak?..he he)


ada lagi separuh, dah jalan2 ke mana ntah..
asalnya, plan nak naik parasailing tu..tapi belum cukup confident..pastu memikir the next day nak drive ke kl..so, simpan dulu hajat..next time cuba yang tu pulak... 

serve untuk anak2 buah... 
yang pegang tudung periuk tu, aku dah kenal 10 tahun, dari company lama, pastu ajak dia mai company sekarang..
mangsa leteran aku kat lab..he hehe



ada yang naik jetski..tapi aku naik banana boat ni.. first time
ni masih waktu mula..waktu last takde sapa snap gambar...
boleh tahan kecut perut jugak waktu kat atas tu..seperti biasa, pegang tali sekuat hati tak lepas...
best waktu kena terbalikkan...housemate menggapai takut lemas..
dah bagitau suruh relax pun, dia tak mau..
(p/s: mate, pi ambik swimming class nah lepaih nih)


boleh tahan jugak pantai kat sini..kami mandi waktu tengahari rembang.. 
aku pun join jugak..sampai la sunburn tak hilang lagi..hu hu

separuh dari kami naik bot tu pi monkey beach..satu bot RM100 and 10 org..
aku tak join..monkey beach aku dah pernah pi trekking..


last snap..sudah bersiap mau pulang (ronda2 penang).. 

jalan2 ikut Gurney Drive..
pulang ikut masing2 nak hala ke mana...


menyinggah kat Queensbay Mall..
berdepan dengan pulau jerejak..
nice view..
rupa2nya ramai org melepak kat situ..
ada jugak yang main layang2... 

dinner kat Char Kuey Teow Sg. Dua..
patut order sorang dua pinggan.. :P