Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label masa senggang. Show all posts
Showing posts with label masa senggang. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

bowling time - part 2

Tak cukup dengan Jumaat hari tu main bowling, kami sambung pulak main bowling hari Wesak tu.. konon2 nak berentap dgn member housemate, sudahnya kami saja yang main...kali ni performance aku menurun, depa2 hat lain pulak yang perform..
patutnya cuti tengah minggu kena la rehat kat umah tapi penuh ja aktiviti hari tu..he he.. 
main bowling ja..cuba la main yang lain pulak..
patutnya malam ni boleh pegi main badminton, diorang dah tempah court..tapi macam takde semangat lagi ni nak keluarkan peluh..ermmmm, next week je la I join U all eh.. :)

sila rujuk pada NHH .. :P

142 ja...

kak wan, ex-colleague kilang lama tapi masih berhubung sampai sekarang...

Thursday, May 19, 2011

bowling time - part 1

hari jumaat lepas; since housemate tak balik kg, jadi kami pi main bowling..memang dah lama sangat tak pegang bola bowling nih..


Ampang Super Bowl.. 

muka happy over..sebab? tengok pics kat bawah ni ya..

jarang2 jugak nih aku spare berturut2..

see? 151..ha haha.. not bad lah  untuk setahun sekali pegang bola bowling..

Tuesday, May 10, 2011

I can do it



 


I can do it..
I can do it..
I can do it..
I CAN DO ITTTTTT.....








last month kot pi tengok movie ni..
layan sungguh cerita2 kartun macam ni...
lawak la kartun RIO ni..tapi rugi tak dapat tengok 3D...kalau tak mesti lebih melayang-layang....he he he
 

Sunday, February 27, 2011

kisah semalam

# menggagahkan diri ke premis pemiutang


# berkunjung jugak ke shopping kompleks, tak brapa ada mood shopping.. pastu masuk kedai buku;

dah lama rasanya tak beli buku, ambik 3 judul:

1. Jangan Bersedih
   Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
-Dr 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni

2. Doctor M: Operation Malaysia
Conversations with Mahathir Mohamad
-Tom Plate

3. The Manager's Answer Book
-Susan Benjamin

bersama2 dengan majalah rutin; national geographic, nur, libur...solusi terkini belum dijual..



# balik rumah, sempat menjengah laman belakang dan ianya tidak sia-sia :))



sepinggan berri, 
masukkan dalam peti ais dan kudap bila dah sejuk.. :))





Saturday, January 22, 2011

jogging di taman jubli

semangat ni nak jogging untuk healthy life.. :) .. lokasi? Taman Jubli, Sg Petani.. dulu2 aku selalu ke sini, masa zaman muda2..he he he.. kunjungan setelah beberapa tahun tidak pernah ke sini.. landskap berubah sedikit..dan semakin ramai orang..

joy is there

masih playground yang sama..

pokok2 ni menunjukkan usia taman ni..

  nyaman dan segar

rusa dah berubah rumah...

my housemate 


need to lose weight..

cemburu dengan riang kanak2..

lepas jogging, breakfast kat Nasi Lemak Cinta Sayang,,famous ni kat SP...

Sunday, December 26, 2010

hujung mingguku...

ho ho ho..weekend is over..terasa macam nak mengeluh tapi "tak mau, tak mau"..kata akal pada hati..hujung minggu dah relax sekejap, tiba masa untuk keja balik la kan..penuh jugak hujung minggu ni, start dengan bbq, pastu sehari aku shopping kat central square & tesco..ni baru beli belah di supermarket kat utara..kalau aku dok kl, macam mana nasib duit aku ni.. :P ..patut pun hari ni terasa kaki sengal2, penangan exercise kat shopping complex semalam.. almaklumla, aku ni kalau nak beli barang kena belek2 dulu..hatta barang keperluan sekalipun..kalau barang kehendak tu lagi la, ditambah dengan masa untuk timbang balas dari otak..he he he..
lagi? apa yang aku buat weekend ni? attend wedding zainol, rakan kat tempat kerja..sebelah petang pulak, anak2 menakan ajak pi pantai kuala muda..aku sempat merakam pantai kuala muda tanggal 26 disember 2010, setelah 6 tahun dilanda tsunami...

BBQ

Alhamdulillah..jumaat malam hari tu aku selamat ikut housemate pi BBQ yang company dia buat.. segan jugak mulanya..nasib baik aku kenal baik dengan kak wan, wife abg yazid, pekerja kat company tu jugak.. so, ada jugak kawan aku nak sembang.. housemate aku pun kata segan, sebab dia first time join gathering ni, baru masuk keja la katakan... 

tapi ok la, depa mengalu-alukan tetamu walaupun aku ni menumpang ja.semua staff very friendly..siap dok mengusik2 lagi..
aku pun menyembang dengan kak wan; dok compare company kami dengan company housemate aku..jauh panggang dari api...hu hu.. 

adakah kerana bilangan pekerja depa yang sedikit merupakan faktor depa boleh buat aktiviti2 yang seumpamanya?.. tapi company yang ramai pekerja mesti ada HR yang bagus kan..tapi baguskah kalau ada suara2 tak puas hati dari kebanyakan pekerja2nya?.. tepuk dada, tanya selera...

apa2 pun, terpaksa la terima jugak baik buruk company aku, dah status sekarang masih nak mencari rezki di situ, belum berfikir lanjut untuk bertukar tempat kerja...jadi, terimalah seadanya....

Saturday, December 18, 2010

Anda happy berblogging?

Anda happy berblogging? 
yup..
saya gembira dengan pengalaman baru ni..


Header blog LM



Sudah berapa lamakah anda berblogging?
2 bulan

Adakah anda mempunyai pengalaman pahit selama berblogging..ceritakan.
 nope
  
Harapan terhadap blog anda..
blog ni merupakan sejarah utk saya pada masa hadapan..
pada masa yang sama jugak diharap boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan dgn para blogger lain..
semoga saya mendapat lebih ramai kenalan melalui blogging..


Pandangan terhadap blog LM
saya suka blog LM sebab simple dan mesra.. 
semoga LM terus bersinar2 dalam bidang blogging ni :)







Monday, December 6, 2010

hasil 'menuai' di central square

dah lama tak shopping kan..
tak dak mood nak shopping kan..
sekaliiii...bila ada mood nak shopping...
taadaaaa!!!
 sandal baru...just love it :)
actually banyak kasut yg berkenan tapi kena tahan nafsu shopping ni..
kalau ikut hati, brapa pasang kasut ntah yg nak dibawak balik..


 sling bag..dah idam lama ni.. beli sebab diskaun sangat best..
habuan nak g jalan2 thn depan..he he he


 inner shine.. nak berseri la kononnya..
tunggu nak tengok berkesan ke tak..


 my skin care product.. 
mahal dengan packing dia ja nih..
tertarik weh dengan kilauan kotak dia..



bio-essence
walaupun tak dapat menghapuskan jerawat tp produk ni best..gentle