Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label self improvement. Show all posts
Showing posts with label self improvement. Show all posts

Monday, November 29, 2010

good morning monday :)



The way to get started is to quit talking and begin doing.  


Walt Disney

Sunday, November 28, 2010

Aura II; warna2 aura, kelemahan dan pemulihan

Tujuh warna pelangi
Aura meliputi tujuh warna pelangi. Apabila mengalami kebocoran, warna aura akan rosak dan tidak mengikut aturannya. Satu contoh menarik yang biasa terjadi jika seseorang mendapat penyakit beguk, petuanya adalah dengan menyapukan nila. Memang kawasan leher mempunyai aura berwarna biru.

Sifat warna aura secara umum
- Ungu - menunjukkan tingkat spiritual
- Biru - spiritual dan telepati yang baik
- Biru laut - keupayaan tinggi untuk mempengaruhi orang lain
- Hijau - menenangkan
- Kuning - periang
- Oren - hebat, luar biasa dan unik
- Merah - materialistik, gagah, berfikiran negatif
- Merah jambu - penyayang
- Coklat - tidak stabil, spirituil negatif
- Kelabu - murung, punyai sisi gelap dalam hidup
- Belerang - tidak sihat, pemarah
- Putih - penyakit serius.

Aura dapat menjadi lemah sekiranya
- Kurang bersenam
- Merokok
- Kurang rehat
- Udara yang tidak bersih
- Tekanan
- Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah
- Perasaan negatif seperti iri hati, cemburu, dengki, suka mengadu-domba, mengumpat, mengutuk dan lain-lain.

Tip memulihkan aura
- Berfikiran positif
- Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuh kehijauan bagi mengeluarkan tekanan.
- Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya, berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit. Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi.
- Mandi dengan kerap. Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas di dalam badan. Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakam apa sahaja yang difikirkan.
- Ajar diri banyakkan bertenang kerana secara tidak langsung ia dapat menghindari mudah dimasuki aura negatif
- Banyakkan minum air putih.


Semoga kita sama2 memperolehi aura positif   :)

Aura I; positif vs negatif

Aku suka betul dengan topik2 macam ni..sentiasa ja teruja nak membaca..bukan apa, untuk manfaat diri sendiri jugak.. kalau tak sayang diri sendiri, orang lain akan sayang macam mana kita sayang diri sendiri ke?



Aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya; terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Sebenarnya, setiap dari kita dikurniakan dengan anugerah yang satu ini. Malah, sebahagian daripada kita mungkin pernah melihat atau mengalaminya. Bagaimanapun, rata-rata dari kita tidak banyak yang ambil pusing tentang medan tenaga tubuh masing-masing.

Aura adalah medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia juga digelar sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.
Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Walaupun tidak kelihatan, sinaran aura yang berbentuk telur raksasa itu sebenarnya wujud di persekitaran (menyelubungi) tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan yang hidup.

Aura, di dalam sejarah telah digambarkan dalam bentuk lukisan dan sastera seperti halo atau lingkaran cahaya yang dilukis di atas kepala bidadari atau orang-orang yang kuat beragama serta baik. Bahkan, ada juga yang membayangkan, lapisan aura yang terdiri daripada warna-warna pelangi boleh mencapai lingkungan yang sangat besar pada individu yang mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi. Itu juga dijadikan alasan bagaimana mereka boleh mengumpul begitu ramai pengikut atau para penyokong, kerana auranya yang lebih besar dan luas.

Penyelidikan mengenai aura manusia telah bermula sejak awal kurun ke-19 apabila seorang profesor dari Rusia iaitu S Kirlian membangunkan suatu alat fotografi bertekanan tinggi untuk melihat medan tenaga di tangan dan kaki manusia. Teknologi itu kemudiannya dikenali dengan nama Fotografi Kirlian. Dan kini, aura boleh dilihat dengan lebih mudah menggunakan kamera inframerah yang boleh didapati di kedai-kedai gambar.

Melihat aura secara langsung bagaimanapun lebih kepada kebolehan spirituil yang memerlukan kehalusan jiwa dan ketenangan. Malah, terdapat para pengamal terapi yang menawarkan latihan bagi meningkatkan kepekaan dan pencahayaan mata bagi membolehkan seseorang melihat aura sendiri mahupun orang lain, secara langsung (tanpa pengantaraan kamera). Terapi aura, salah satu cabang perawatan alternatif yang berasal dari Jerman itu kian mendapat tempat di hati khalayak Barat.

Semua aura berasal dari positif. Bagaimanapun, aura boleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahap kerohanian seseorang. Aura boleh menjadi negatif, contohnya apabila seseorang marah atau mendapat berita buruk, menyebabkan secara tidak langsung sistem di dalam auranya, bocor. Gejala-gejala lain termasuklah lemah semangat, mudah terkejut, tidak cukup rehat, tekanan, bebanan kerja dan sering susah hati.

Ketika kebocoran berlaku, semua gelombang negatif akan masuk ke dalam tubuh. Begitu juga, jika kita mempunyai aura yang positif, tenaga yang masuk adalah positif. Aura merupakan sebahagian daripada kesihatan manusia yang bertindak sebagai perisai sebelum apa-apa gelombang memasuki badan, seterusnya mengesan penyakit. Orang yang sihat dan tidak sihat memiliki medan aura, bentuk dan kecerahan warna yang berbeza. Sekiranya tubuh sihat, maka aura kesihatan akan kelihatan lebih tebal, cerah dan rata manakala bagi mereka yang sakit, maka aura kesihatannya menjadi tipis, gelap dan berbonjol. Teknik penyembuhan terapi aura dilakukan dengan cara menyeimbangkan semula aura seseorang dengan fizikal, mental, emosi dan rohaninya.

Walaupun setiap organ manusia mempunyai fungsi masing-masing, namun jika otak lemah, kebanyakan organ secara automatiknya akan lemah. Dalam kata lain, seseorang yang dalamannya positif secara tidak langsung, seluruh badannya menjadi sihat. Jadi, untuk memastikan otak sentiasa kuat, kena pastikan tenaga kita kuat. Sekiranya mahu memastikan tenaga yang kuat, aura atau perisai atau magnetik elektromagnetik pun mestilah kuat. 





Rujukan:
aura positif dan negatif

Saturday, November 27, 2010

7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif

7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif

1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.
Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.
Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.
Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.
Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.
Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.
Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.
Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.
Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.
Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit. Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Thursday, November 25, 2010

what have i learned

These days...
  • I have learned not to trust people.
  • Never judge the person when you are not knowing them. 
  • I am still in the process of understanding for what has been said as 'boss expectation'.
  • I have seen the greediness; and is really bad.
And make me tired..

What i want to do now is...
  • Plan to simplify my life.