Aku suka betul dengan topik2 macam ni..sentiasa ja teruja nak membaca..bukan apa, untuk manfaat diri sendiri jugak.. kalau tak sayang diri sendiri, orang lain akan sayang macam mana kita sayang diri sendiri ke?
Aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya; terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Sebenarnya, setiap dari kita dikurniakan dengan anugerah yang satu ini. Malah, sebahagian daripada kita mungkin pernah melihat atau mengalaminya. Bagaimanapun, rata-rata dari kita tidak banyak yang ambil pusing tentang medan tenaga tubuh masing-masing.
Aura adalah medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia juga digelar sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.
Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Walaupun tidak kelihatan, sinaran aura yang berbentuk telur raksasa itu sebenarnya wujud di persekitaran (menyelubungi) tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan yang hidup.
Aura, di dalam sejarah telah digambarkan dalam bentuk lukisan dan sastera seperti halo atau lingkaran cahaya yang dilukis di atas kepala bidadari atau orang-orang yang kuat beragama serta baik. Bahkan, ada juga yang membayangkan, lapisan aura yang terdiri daripada warna-warna pelangi boleh mencapai lingkungan yang sangat besar pada individu yang mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi. Itu juga dijadikan alasan bagaimana mereka boleh mengumpul begitu ramai pengikut atau para penyokong, kerana auranya yang lebih besar dan luas.
Penyelidikan mengenai aura manusia telah bermula sejak awal kurun ke-19 apabila seorang profesor dari Rusia iaitu S Kirlian membangunkan suatu alat fotografi bertekanan tinggi untuk melihat medan tenaga di tangan dan kaki manusia. Teknologi itu kemudiannya dikenali dengan nama Fotografi Kirlian. Dan kini, aura boleh dilihat dengan lebih mudah menggunakan kamera inframerah yang boleh didapati di kedai-kedai gambar.
Melihat aura secara langsung bagaimanapun lebih kepada kebolehan spirituil yang memerlukan kehalusan jiwa dan ketenangan. Malah, terdapat para pengamal terapi yang menawarkan latihan bagi meningkatkan kepekaan dan pencahayaan mata bagi membolehkan seseorang melihat aura sendiri mahupun orang lain, secara langsung (tanpa pengantaraan kamera). Terapi aura, salah satu cabang perawatan alternatif yang berasal dari Jerman itu kian mendapat tempat di hati khalayak Barat.
Semua aura berasal dari positif. Bagaimanapun, aura boleh berubah seiring dengan perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahap kerohanian seseorang. Aura boleh menjadi negatif, contohnya apabila seseorang marah atau mendapat berita buruk, menyebabkan secara tidak langsung sistem di dalam auranya, bocor. Gejala-gejala lain termasuklah lemah semangat, mudah terkejut, tidak cukup rehat, tekanan, bebanan kerja dan sering susah hati.
Ketika kebocoran berlaku, semua gelombang negatif akan masuk ke dalam tubuh. Begitu juga, jika kita mempunyai aura yang positif, tenaga yang masuk adalah positif. Aura merupakan sebahagian daripada kesihatan manusia yang bertindak sebagai perisai sebelum apa-apa gelombang memasuki badan, seterusnya mengesan penyakit. Orang yang sihat dan tidak sihat memiliki medan aura, bentuk dan kecerahan warna yang berbeza. Sekiranya tubuh sihat, maka aura kesihatan akan kelihatan lebih tebal, cerah dan rata manakala bagi mereka yang sakit, maka aura kesihatannya menjadi tipis, gelap dan berbonjol. Teknik penyembuhan terapi aura dilakukan dengan cara menyeimbangkan semula aura seseorang dengan fizikal, mental, emosi dan rohaninya.
Walaupun setiap organ manusia mempunyai fungsi masing-masing, namun jika otak lemah, kebanyakan organ secara automatiknya akan lemah. Dalam kata lain, seseorang yang dalamannya positif secara tidak langsung, seluruh badannya menjadi sihat. Jadi, untuk memastikan otak sentiasa kuat, kena pastikan tenaga kita kuat. Sekiranya mahu memastikan tenaga yang kuat, aura atau perisai atau magnetik elektromagnetik pun mestilah kuat.
Rujukan:
aura positif dan negatif
3 comments:
aura mawi ade tak heee:)
akak percaya setiap orang ada auranya tersendiri.cuma diri mereka yang kena menyerlahkan.
*cik lya
aura mawi dah bocor..boleh mcm tu? he he
*kak ina
yup..semua org ada aura.. ni sy tengah nak serlahkan aura positif sy ni..dua tiga menjak ni, dok negatif ja.. :)
Post a Comment