Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, January 3, 2011

BIG APPLE

dah minum petang semua? menu apa? suka donut tak? macam donut BIG APPLE ni... beli kat Jusco Seberang Prai City..satu2nya BIG APPLE kat seberang prai ni..bila entah nak dibuka di Sg. Petani? BIG APPLE paling best lah antara semua2 donut lain..donutnya lembut, pastu topping dia..fuuhhhh, delicious, creamy & tasty...

sooo yummmmyyyyy


Sunday, January 2, 2011

SUNDAY NITE

A relaxing day..nothing doing; recovery mode..preparing myself for a new adventurous week ahead.. 

Nothing can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude. 

Thomas Jefferson

BLACK CANYON COFFEE

kalau shopping dengan mate, tak boleh tinggal makan-makan :)) .. 
kami masuk BLACK CANYON COFFEE waktu pi Seberang Prai City semalam..
ni first time aku try..
housemate dah banyak kali..

as i am coffee addicted..love the phrase

the menu...
 
a drink from paradise??

awaiting for the meal


everywhere is makan-makan

watermelon juice

tomyam

chicken roasted set 
 
yummy

Alhamdulillah & thumbs up

CHENNAI CURRY HOUSE

jumaat malam, menjelang hari pertama di tahun baru, aku dengan housemate dinner kat luar..mula2 nak makan dekat 1 STATION, lagenda heights tapi ramai sangat orang..dah la pukul 9 malam lebih dah..so, option lain; LEBOSS..melangkah masuk ja, pun ramai orang..nampak macam ramai yang masih tak dapat order lagi tu..so, option ketiga, CHENNAI CURRY HOUSE..pusing punya pusing mencari parking, akhirnya dapat jugak tempat betul2 depan kedai tu..apa lagi..gembira la :)) ..sebab perut dah berlagu riang...

Beriyani ayam..nasi dia sangat sedap..makan nasi saja pun dah sedap..wangi dan lembut..mesti cuba tau!

ni hidangan yang aku pesan, Naan Tandoori Chicken..rotinya lembut tapi garing2 sikit kat luar..dia bagi kuah kari..sedap!! tak pedas dan cukup rasa..


Ayam tandoori dia memang best lah... marvelous!!


Jus amra/kedondong dengan asam boi


kami makan kat luar..  

bahagian dalam restoran

berhadapan dengan blok Chennai Curry House ada mall ni..jantung bergegar dek bunyi kuat dari kereta2 yang buat pameran sound system..macam mana la depa boleh tahan dok lama2 kat situ??..


Old Town pun penuh orang..
sebelum balik, semppat jugak snap gambar ni..

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Salam Tahun Baru :)
kawan-kawan dah ready ke dengan senarai azam?
aku? he he he 
aku dah mulakan hari ni; 01012011 dengan salah satu azam aku iaitu untuk enjoy hidup aku :) ...enjoy hidup boleh dikira sebagai satu azam ke? kalau u all kata tak boleh, aku tetap nak jadikan ni sebagai satu azam jugak...


tadi dah menghabiskan masa dengan jalan2 shopping kat AEON Seberang Prai City..ingat nak beli something sebagai reward diri untuk tahun 2010 tapi barang yang dicari tak berkenan di hati..kena cari jugak sampai jumpa ni..he he he

ramai betul orang kat sana tadi..semua orang nampak gembira bila membeli belah..begitu jua aku..shopping itu satu terapi..i likeeeeee :) 


pastu balik dari shopping, aku dengan housemate berangkat ke rumah mak husband kak wan (faham ke?).. kak wan adalah best buddy aku waktu dekat company lama dan masih my buddy sampai sekarang..dan housemate aku keja sekali dengan hubby kak wan.. kami dijamu dengan mi kuah, bihun goreng, bubur assyura dan goreng pisang...walaupun masih kenyang makan di Black Canyon Coffee tengahari tadi, kami tidak menolak rezeki yang terhidang..


rumusan: saya enjoy hari pertama di tahun 2011 :)