Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

30 degree celcius

Its 11:30pm...and the smartthermometer showing 30deg celcius...errmmm...dah masuk fasa el nino eh?

Or phone ni tengah panas reflected dari hati tuan dia yg hot kat diri sendiri ni...hot sebab benarkan diri melayan perasaan yg ntah apa2...hope tak berpanjangan utk benda2 yg panas ni...friends

Ni yg rasa nak apply keja kat negara2 yg ada 4 musim...banyak sikit tempoh sejuk kat sana..hihihi

Moga2 el nino cepat2 tinggalkan kita ;)

P/s: tapi kat oversea tak dak cendol kan ;p


Wednesday, November 21, 2012

turn this wheel to go faster







"turn this wheel to go faster"


dalam diri kita pun ada tombol ni kan..
ada dalam otak :)







leading qms team, norh sebolehnya tak boleh buat salah..boleh ka lagu tu?

kadang2 terpaksa berlagak pandai..muahhahaha


tapi dalam pengalaman jaga quality management ni, satu daripada aspek yang penting adalah kita kena lebih terkehadapan dari orang lain, terkehadapan dari segala shedule, terkehadapan dari semua sistem, terkehadapan dari masalah2 yang kita boleh jangkakan..


yang mana kadangkala norh rasa nak dok ja setempat dulu, tak mau terkehadapan sat..
mengah ;p

 

















Friday, November 16, 2012

semangat

semangat...

ada apa dengan semangat?
ada apa dengan semangat diri?

untuk terus bergelar insan,
untuk terus memimpin diri...

terima kasih pada Allah
kerana diberikan semangat..
kerana diberikan peluang melihat semangat insan lain..
kerana diberikan peluang mengambil iktibar dari semangat insan yang lain..

juga terima kasih diberikan peluang melihat semangat insan lain yang semakin pudar..

cuma,

terdetik titik kekecewaan sewaktu melihat dan merasai semangat yang hilang...
 


Wednesday, November 7, 2012

angan-angan

kalau norh buat kerja untuk dapat pujian, 
memang makan hati sorang lah norh oi..
asalkan takde orang ganggu norh nak pi bercuti...
kira ok la tu..

nak kata tersilap bidang, sempat lagi ka nak beralih arah?
maklumla dulu-dulu study/buat kerja dalam lab...
konon2 sesapa yang suka kerja kat dalam lab tak sesuai kerja yang deal dengan orang..
abih, kalau hari2 kena mengadap perangai semua orang ni, nak kira lagu mana? 

bila la nak jadi blogger yang berjaya ni??
anganan norh yang hebat.. padahal duit nuffnang pun tak pernah merasa..
 
 


Tuesday, November 6, 2012

bersimpang-siur





bercampur baur..
macam-macam dalam kepala norh sekarang ni..
norh nak lalui hari2 seumpama air yang mengalir (dipaksa mengalir),
melalui rintangan; kecil, besar, luas, sempit, panjang, pendek laluannya..
tapi tetap terus menderu...




p/s: terasa nak menangis tapi dah lama air mata tak mau keluar.. 

Friday, April 6, 2012

suku pertama

lamanya tak mencoret luahan jiwa..
hhmmmmmm...
terlalu banyak sangat kot nak luah sampai tak terluah..
sepanjang 3 bulan pertama tahun ni, aku sibuk..
samada memang sibuk atau memang aku sengaja cari sibuk tu...
tak padan dengan sibuk keja, boleh la pulak aku dok cari sibuk lagi hujung minggu, berjalan ke sini sana..
nak share cerita aku jalan2 pun tak abih lagi..
esok & lusa nak meronggeng kat taiping..yayy!!
pastu aku dah apply leave untuk next trip..he he
mulanya dah insaf sat untuk berjalan2 ni tapi why not kan.. :p 
asal bahagia :)

dalam sibuk2 ni, sampai aku jatuh sakit dan musnahkan rekod MC aku yang aku pegang selama 5 tahun ni..hu hu..
mula2 sedih gak nak pecahkan rekod MC ni, 
tapi sakitnya masa tu; sampai menangislah..
buat full medical checkup..Alhamdulillah, tak ada apa..
mula ingatkan batu karang..tapi bila buat ujian darah dengan scan, tak ada apa pun.. masa ni jugak baru aku dapat tau kolesterol aku masih di tahap rendah..padahal aku memang tak pantang langsung bab makan ni..belasah semua..
sakit tu mungkin sebab angin..makan tak menentu pasal keja banyak, pastu nescafe tak tinggal..memang ingat sampai bila2 la sakit  ni..

cerita pasal keja;
another learning journey dengan bos baru..
tapi belum rapat macam dengan bos lama
walaupun tak rapat, bos lama jeles la jugak (perasaan aku)..ha ha ha
walaupun bos baru baik (pada aku.., dia tak berani marah aku lagi la setakat ni.),
tapi dia kena gain lagi untuk dapatkan trust aku.. :P

dan paling aku best sekarang, dia dah tau aku suka jalan2..
bulan lepas dia nak suruh aku pi outstation, siap umpan aku 'u can moving around'...
dapat la gak aku jenjalan kat singapore.. 
buat kejanya sikit, jalannya lebih..he he he

dia tak sampai hati tak bagi cuti kalau aku mintak..he he
part tak best; kalau dia takdak, aku kena cover tugas2 dia..
awat dia tak suruh bos lama aku cover tak tau!..
sesetengah perkara, aku masih blur pasal orang yang pangkat besar2 ni..haisshh

sebenarnya kan, aku teringin nak cakap ayat2 ni kat bos aku;
"sir, I do not know how to do"
"sir, i forgot to do"
"sir, not yet complete"
"sir, i'm not well, not coming today"
tapi belum mampu..

tapi tadi aku tanya dia;
"Any vacant post for gardener here? I want to apply.."

dia jawab;
"No garden here."

:P





Sunday, February 19, 2012

rumah di bulan

dah hujung bulan february ya..
cepatnya tahun 2012 ni berlalu
personal matter; tak ada sangat yang best..
cuma ada beberapa insiden yang  aku rasa  nak pi dok jauh2 dari orang yang aku kenal..
yang aku tak paham kenapa depa nak tanya soalan yang aku pun tak tau nak jawab..
yang mana kalau keputusan di tangan aku, aku pun nak cepat kawen..
salah aku ka kalau aku tak ada jawapan?

pasal kerja; banyaaakkkkk sangat perubahan, .
didera secara mental... 
kena berdepan dengan orang yang lebih senior yang punya pelbagai karenah..
insiden2 sampai aku dok berfikir2 nak update resume.
aku ni jenis yang tak suka melompat2..  sebab tu aku tak update resume walaupun kengkawan dok suruh aku test market..
aku punya perangai; kalau tak nak serius..tak payah cuba..
tapi kalau cuba, memang aku akan serius sampai dapat keja baru.. :P

dan ada 'seseorang' selalu pesan pada my colleague;
"bercita2 lah untuk buat rumah di bulan.., dan kamu akan dapat rumah di bulan"

tapi 'seseorang' tu belum cakap lagi ayat tu dekat aku;
aku tunggu nak balas ja;
"I have not complete my steps on earth"



motif entry kali ni; 
aku malas nak masuk keja esok :P 
(ditambah dengan penat mandi air terjun siang tadi)..

Thursday, February 16, 2012

best

hari ni ada perasaan best :)
disinari mentari petang
punch card pukul 6...

Tuesday, February 14, 2012

keringat

dari 8 pagi sampai 8 malam
hari-hari huru hara
*
*
*
*
*
*
corrective action?

 
update resume??


Friday, January 27, 2012

titisan jernih


kadang-kadang
perasaan ingin menangis datang
tanpa sebarang sebab yang jelas
jadi
biarkanlah
air mata
jatuh ke pipi
tanpa perlu rasa bersalah
pada diri

Thursday, January 19, 2012

sampai hati



awat?
awat?
dan 
awat jadi lagu ni???
kalau dia terasa hati,
ingat aku ni tak terasa hati?
tapi sebab aku ada berjela-jela to do list, 
aku kena letak sebelah sat hal2 yang aku tak paham ni..
rupanya bukan mudah nak melalui fasa ubahsuai ni no..
kalau kita terima tapi orang lain tak terima,
arrghhh..sangat mengganggu mental..
di mulut cakap terima,
namun selagi tindakan tak membuktikan, 
pengakuan di mulut tu, invalid la kan....

kesimpulan: sampainya hati dia  :(
langkah seterusnya: lupakan yang lama, bodek yang baru?? 
erkkkk

Wednesday, January 18, 2012

mode keliru

tak ada yang sudi nak review performance aku
maka,
pilihan yang aku buat, review sendiri..
apa lagi!
300% la...ha ha ha




p/s: banyak hal yang aku tak paham tentang hidup ni... :(

Friday, January 6, 2012

masih dalam dilema


agak2 kalau orang2 besar dah buat keputusan,
boleh tak aku nak try mintak depa tukar balik struktur?

kalau dua tiga kali lagi aku jadi mangsa
mahunya aku tanya betul2 ni...

aku ni tak bercita2 besar pun
tak mintak pun status sekarang ni,
yang aku tau, aku tak suka pending keja yang aku kena abihkan..

aku sanggup ni jadi orang lebih bawah kalau orang2 besar nak terima permintaan aku..
untuk nak memulihkan keadaan..
 
di mana pun kedudukan aku, keja aku masih keja aku.. :P
ada sesapa nak tolong setelkan keja2 aku yang takde sapa pun sudi nak tolong aku buat?

yang nyata..
yang baru pun sama, 
"did i approved her leave?"
oh tidak.... mereka punyai persamaan... :P

Wednesday, January 4, 2012

keretapi

kepala keretapi baru
lebih lajukah berbanding yang lama?
atau psikologi aku dengan yang baharu?
buat aku nak suruh keretapi berhenti
sebab aku dah nak termuntah...
hu hu hu

Monday, January 2, 2012

mode: menjaga hati

yang terjadi
bukan pilihan aku
bukan juga berpunca dari aku
andai aku yang buat keputusan
boleh jugak semuanya jadi macam biasa
aku hanya orang bawahan
yang mencari rezeki atas arahan
hari pertama bekerja di tahun baru
duduk tersepit
bukan suatu mood yang best untuk melalui tahun 2012...

Friday, December 16, 2011

bermimpikah?

errkkk..
macam mana nak mula entry ni entah
hari ni mood memang tak tau nak cakap lagu mana
kejutan besar hari ni..
aku bakal dapat bos baru..
hu hu hu
tak pernah terpikir langsung pasal ni..

dah la penat sebelum ni tak hilang lagi
dapat pulak dah cerita baru

next week dia dah ada di sini
aku tak leh welcome dia
aku dah dapat cuti 4 hari next week..
bos tanya aku tadi, tak mau sambung terus lagi ka..
ohh sayang cuti la..
boleh gak bawak pi berjalan mana2 tahun depan.. :P
 
actually dia dah dok dengan kami sebulan hari tu,
yang aku pernah cerita sebelum ni, anak buah kepada bos aku punya bos..
memang la aku dah kenal dia, sebab masa bos takdak hari tu, dia jadi advisor..
tapi confirm la tak sama antara menjadi seorang advisor dan menjadi seorang bos..

rupanya sebulan dia kat sini, ni lah hasil report dia..hu hu

macam mana nak adapt dengan bos baru ni?
bos sekarang ni aku dah tau perangai lagu mana..
aku merajuk or gaduh2 pun, pastu ok balik..

bos baru, macam mana aku nak buat perangai?
macam mana aku nak merajuk?
aku susah hati ni, risau pasal cuti, 
agak2 dia senang nak luluskan cuti tak?
sudah la dia lelaki..
sudah la dia ekspatriat..
jenuh aku nak speaking hari2 dengan dia ni.. 
ada yang nak tergeliat lidah lepas ni..hu hu

year ahead?..aku tak tau lagi apa nak jadi..
eh..jangankan kata tahun,... minggu depan? bulan depan?..tak tau lagi apa yang nak jadi..

bos nak sangat aku expose diri..hah, terover expose sampai jadi macam ni la pulak..
sebenarnya, aku masih tak dapat terima kenyataan...hu hu hu hu






Tuesday, October 4, 2011

hati

pintu hati ada di mana?
tambah pulak, pintu dah berkunci tapi tak tau kunci ada kat mana..
tak pasti, sengaja tertinggal atau sengaja terbuang..
kalau tak nak guna kunci, boleh buka dengan cara apa lagi eh?
kalau boleh buka,
boleh ke nak isi semula hati tu?
ataupun memang hati dah selesa kosong?



nota: otak dan hati; anugerah yang tak tercapai dek akal 

Tuesday, September 20, 2011

bukan selasa yang indah jugak

 source



mode 1: 
bad mood sepanjang hari kat kilang;

mode 2:
malas nak melangkah masuk ofis esok pagi..

mode 3:
hati dok mengungkit..

Sunday, September 11, 2011

sisi lain

ada teman pernah buat pernyataan..
hidup norh mudah sahaja kan..

itu yang terlihatkan..
tapi ada sisi lain yang tidak kelihatan 

sisi peribadi yang kurang bernasib baik
sisi yang banyak dipilih olehNya untuk dijalankan ujian
sisi yang ditawarkanNya untuk menjadi kesayanganNya

mungkin tiada yang pernah menyaksikan tangisan
tapi kenyatan, air mata itu 
peneman kesedihan

mungkin tiada teman yang pernah sedar saat kesedihan
hanya pada Dia pilihan untuk mengadu..

biarlah hanya senyuman dan tawa untuk teman2..

adakala

lebih selesa memilih untuk tidak melayan 

namun sebagai, insan, yang dikurniakan perasaan..sedih itu wujud..

dan tiba-tiba, titisan tak tertahan ke pipi
hati tak mampu berbohong pada diri..

sebagai insan yang lemah,
redha itu yang terbaik, walau tak sesenang ucapan...

Saturday, July 23, 2011

caj bateri

berhujung minggu di rumah..baru selesai mendobi untuk 2 minggu punya pakaian..ho ho.. rasa2 macam boleh bukak kedai baju dengan tudung... ini beban luaran yang nampak.. tekanan kat dalam badan ni, agaknya macam mana ye? kesian mental and fizikal untuk 2 minggu ni... takpe, ada dua hari ni untuk berehat sepenuhnya..

dalam dua minggu ni, banyak lagi lah yang aku belajar..jumpa2 kenalan baru.. ter'upgrade' sikit la kemahiran komunikasi...he he

pelajaran secara langsung, atau tak langsung mahupun dari kesalahan aku sendiri jugak.. masa2 macam ni selalu la aku dok berfikir, apasal la aku kena deal dengan semua orang?.. apasal la aku tak keja area yang tak payah ambik tau hal orang lain.. apasal la aku kena review keja2 orang lain?.. some more, apasal la aku keja dalam bidang yang sangat cerewet ni..haishhh...  

Quality Assurance.. macam mudah je sebutnya...term ni lama kelamaan, sangat tak sanggup nak ku sebut.. tambah pulak dalam masa proses peralihan management ni.. di antara dua tahap/cara yang sangat berbeza... aku dah cuba yang terbaik rasanya tapi kalau pihak2 lain tak paham2 bahasa jugak untuk proses ni, rasa nak mengamuk itu adalah perasaan hari2 yang aku rasa...

nak kena comply to a new system tapi nak buatkan orang lain sama2 paham kehendak baru ni, perlukan kekuatan dan komitmen yang sangat lah aku tak tau nak cakap macam mana.. orang lain dah berlari dan paksa kita berlari.., kan sangat tersiksa kalau terpaksa melayan orang yang baru nak merangkak..so, level of stress tu paham2 sendiri lah no (aku ingat nak beli bp pressure meter tu la, nak letak satu kat ofis :P).. nak kena ikut requirement baru, nak kena ikut requirement boss, nak kena tahan karenah orang2 yang tak mau berubah dan orang yang berlagak pandai dan sombong... nak melayan perangai budak2 lagi...

selalu aku tak paham kenapa orang yang dah ada jawatan tinggi tapi tak mau bertanggungjawab pada jawatan yang diamanahkan kat depa? ingat aku suka ka nak cari gaduh dengan semua2 orang...

k, cukupla luah sikit2, nak berehat, 'caj bateri' untuk next week pulak..hu hu hu