Tadi pagi aku ke pekan ahad (pasar pagi).. saja kot2 nak tengok baju raya or tudung2..tapi tu dia la, tak terbuka hati lagi nak beli pun..he he selamat duit..pastu lalu kat pakcik jual pekasam..aku teringin pulak nak beli ni..kat pasar ramadhan kan sekor rm3..
aku singgah la kat pakcik tu..pastu dia tanya aku, hang dok mana la ni? aku mula naik heran bila dia tanya lagu tu dengan nada yang dia macam kenai aku.. dalam hati, pakcik ni kenai aku ka? aku pun jawab la..dok sini la, penaga.. dalam hati lagi, mungkin pakcik tu nak ramah tamah dengan pelanggan dia kot..
pakcik tu sembang lagi..hang anak chin kan?
haa???
aku tekejut tapi kontrol la depan dia..mana tak tekejutnya, aku mana kenai dia..aku rasa aku tak pernah cakap dengan dia kot..lagipun aku cuma balik kampung seminggu skali..pastu bukan selalu pun aku pi pasar pagi ni..pastu lagi, aku tak pernah beli pekasam dekat dia...
confuse aku, ingatan orang2 tua hebat noh..aku mana la nak ingat dia..memang la aku tau dia meniaga kat situ..tapi aku cuma lalu, mana dok pi tengok muka dia..lagipun ramai2 org kat pasar pagi tu, bila masa dia dan (sempat) tengok aku...
dia kata dia kawan arwah bapak...mungkin dia kenai aku masa aku dok pi tolong bapak aku kecik2 dulu kat kedai kopi (nanti aku buat entry ni noh)....ya la, tapi kan masa aku dok berniaga tu, tahun 92 & 93 dan tahun2 sebelum2 tu lah, waktu sek rendah tu tipu2 ja tolong... dah 18 thn, orang masih kenai aku lagi?? aku ni yang bertambah berkilo2 pun aku rasa dulu dgn la tak sama...
adakah ingatan hangpa semua kuat macam pakcik ni?
aku?
dak kot...
kena makan kismis lebih ni...
aku dapat diskaun rm2 beli pekasam tu..tapi kesian pakcik tu, dia pulak yang sedekah ke aku..aku nak bagi balik, dia tak mau terima...
terima kasih pakcik
Sunday, August 14, 2011
Saturday, August 13, 2011
bulan penuh rahmat
walaupun hari ni tak keja, tapi geram betul la asyik dok teringat pasal hal keja ni..tapi memang tak dinafikan la, lagi tak settle hal2 yang penting ni, kepala otak asyik dok teringat2 ja.. kalau la ada button off, dah lama aku guna waktu hujung minggu ni..
pastu tambah pulak dok terngiang2 dengan perangai orang yang membuatkan aku nak muntah.. kalau bukan bulan puasa, mau gak la aku gaduh., lepas gaduh boleh minum air, cool sikit... tapi memandangkan bulan puasa dan yang paling penting, aku dah tau, gaduh dengan orang macam tu memang tak ada guna, so, tak payah gaduh la...
lebih baik doa pada Allah di bulan penuh rahmat ni, aku mohon Allah mudahkan aku menjalankan tanggunggjawab aku...tanggungjawab itu kan amanah..tanggunggjawab kerja itu kan ibadah..kita dapat pahala bila menjaga tanggunggjawab kita....
kalau ada kesukaran, Allah nak bagi pahala lebih pada kita kan.. :)
moga Allah buka pintu hati orang yang berkenaan untuk muhasabah diri dan lebih menghormati orang lain...Amin

Thursday, August 11, 2011
sabar = X
hari yang panasssss
sakit kepala...semua ada :(
hishhh...kalau la sebulan ni boleh cuti, moga puasa boleh lebih sempurna agaknya...
aku rasa bukan la aku ni cerewet tapi rasanya apa2 yang aku tak puas hati tu, orang lain yang seangkatan jawatan dengan aku pun tak akan puas hati jugak..kalau dah ada date line , takkan tunggu last minute baru nak bagi kot.. boleh plak dok selamba2 relax buat endah tak endah...
hangpa ingat aku nak terjun laut sekali dengan hangpa ka? kalau masing2 buat keja masing2, tak perlu nak kompang sana sini salahkan orang lain...
marah aku dok complaint keja hangpa..habih, dah keja aku review keja hangpa semua..kena la complaint, kalau dak, orang kata aku tak buat keja la pulak..
hello, bukan aku tak pernah buat keja shopfloor ok..keja apa sekalipun, hatta sebagai cleaner sekalipun tapi kena la bertanggungjawab atas keja tu...teringat dulu first day aku keja, appointed as a microbiologist tapi first week tu keja aku cuma cuci reusable plate...yang sepatutnya cleaner buat...tapi dah gaji aku dibayar, buat ja la keja yang orang suruh buat tu.. dan ada sorang makcik cleaner kat tempat keja aku ni, pandai ja pun buat keja, tau tanggungjawab dia..awat la orang2 lain yang claim kata bijak tapi buat keja, tak nampak bijak pun...
dan la ni aku keja review keja hangpa, aku buat la betul2, pasai pa aku nak main2 pulak...benda yang tak betul, memang tanggungjawab aku betulkan..yang hangpa tak mau nak ikut prosedur tu sapa suruh? lepaih tu dok cakap banyak pulak..waktu orang mai audit, tau pulak takut nak berdepan dengan auditor...
tapi takpa, hangpa nak enjoy lama mana sangat kan.. bukannya orang2 atasan nun jauh di sana tu nak biaq lama2 kan... bukan la company ni hangpa yang punya, nak buat sesuka hati..kalau tak mau beringat dari la, ikut suka hangpa la.. tapi ingatla, ada ubi ada batas, ada hari hangpa dibalas...

Wednesday, August 10, 2011
ruang
walau dilontar
walau diusir
walau dibenteng
SEDIH hadir jua,
usah dinafi
wujudkanlah ruang
untuk seketika
atas nama sifat lemah
pada aku yang bergelar manusia...
walau diusir
walau dibenteng
SEDIH hadir jua,
usah dinafi
wujudkanlah ruang
untuk seketika
atas nama sifat lemah
pada aku yang bergelar manusia...
Subscribe to:
Posts (Atom)