Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Wednesday, September 19, 2012

warna warni hong kong



bila tabung mickey nak penuh ni?
kaki dah lama tak menapak ..
;)


antara jadi dengan tak,
antara berani dengan takut,
last minute punya keja,
jejak jugak kat sini tapi tak naik pun kapal tu..
next next next time..
entah bila pulak nak sampai...
 

Tuesday, September 18, 2012

FROM TAPING WITH LOVE 3


YESSS!!!!!
MY LAPPY IS BACK :))

puaih aih dapat berblog dengan lappy sendiri..


aku sambung cerita taiping no..

kami bertolak pagi sabtu..sampai taiping tengahari..
sampai2 taiping, terus meronda tasik taiping..lepas dah kenyang baru pi berjumpa tuan rumah homestay..kat taiping golf resort..

tuan rumahnya peramah dan view dari rumah tu saujana mata memandang..worth sangat la dapat dok sini...memang sesuai untuk tenangkan fikiran (yang selalu serabut dengan keja yang buat aku bermimpi ngeri tiap malam :p)

 

view dari balkoni

mata segaq..tak payah makan keret banyak2, mata dah terang..

view dari balkoni


bilik ketiga

semua kemudahan memasak disediakan..
tapiiiii,
takkan nak memasak dah motifnya nak jalan2 cari makan..
he he he

bilik kedua

bilik utama


dah kenyang, syok tengok homestay yang cantik..apa lagi..nak lena ja la..so, kena set time nak keluaq berjalan balik pukui brapa..kalau tak set time, sungguh beristirehat la kan..

walaupun bilik utama dan kedua cantik, pada malamnya, kami ambik toto yang disediakan dan tido kat ruang tamu...dan lena dengan nyenyaknya..


dalam pukui tiga macam tu, kami keluaq plan nak pi bukit larut..


Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.



tapi tengok sign board kat bawah ni..

masa kami pi tanya kat kaunter tu,pakcik kat kaunter tu dok ketip kuku kat kaunter..dan tak berapa nak mesra dengan kami..
pastu kami tanya boleh book untuk esok dak..dia kata tak boleh..kena mai pagi2..
keluaq dari opis depa tu, kami dok membebel la pasai pa yang tiket abih awai sangat.. macam ni la cara keja kat malaysia dan bla dan bla dan bla bla bla


memusing lagi kami..terjumpa burmese pool
masuk gak tapi tak menyusur ke dalam sangat pun..
dari jauh dok dengaq suara orang riuh rendah mandi..


area parking burmese pool

bahagian budak2 mandi..


bila tak boleh naik bukit larut, ubah plan pi muzium..
cantik no rupanya muzium taiping..
elegan

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.








ni pemandangan kat luaq muzium..





next, jalan2 cari makan lagi..





Sunday, September 16, 2012

FROM TAIPING WITH LOVE 2

mencungkil memori.. :p
aku melawat taiping awal april lalu..

taiping antara tempat yang dah lama aku teringin nak pi dan akhirnya sampai jugak aku kat sana (macam la jauh sangat penang dengan taiping)..dan sangat berbaloi berpeluang bersantai di daerah taiping.. just love the environment, the people, the weather...nyaman dan segar weh..

walaupun cuma berjalan2 kat dalam negeri, google pasal taiping ni adalah wajib..he he..dan dua hari kami di taiping padat dengan aktiviti..

mungkin dengan rakaman lensa aku kat bawah ni, teman2 dapat merasai bagaimana aku suka dok kat taiping ni.. :)




 taman tasik taiping..
hijau, 
hijau,

dan hijau..


mirror lake??

 cool beb...

 anda akan tenang dan damai di sini..

 blok kolonial 

pekan taiping





 restoran taugeh ayam?

 pasar awam..klasik dak?

 restoran doli.. a must try in taiping

berpusing2 gak la kami kat pekan ni..he he




 sedap dan servis yang bagus..
menu dan terpampang besar kat bahagian dapur depa..

waktu nak bayar, cashier boleh layan customer sambil dok memasak kat sebelah kaunter bayaran.. sangat efisien..he he


 mesti cuba...

terliuq sendiri masa buat entry ni..he he







InsyaAllah ada sambungan..

Saturday, September 15, 2012

motif?

Seorang perempuan yang dah berkahwin,  mengadu pasal kesusahan sebab si suami tak mampu sediakan keperluan untuk dia dan anak2..selepas berbelas tahun kawen...

Mengadu pada aku yang belum kawen...

Motif???

p/s: pernah pikir dak, ada sesapa yang tanggung keperluan aku yang tak kawen ni?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 10, 2012

bukan rezeki aku


lepas cium mak pagi tadi,
mak pesan...

"jangan la dok sedih,
yang dah hilang tu,
memang bukan rezeki kita..
kalau dah bukan rezeki kita,
benda tu takkan jadi hak kita.."

sebak pulak aku waktu drive nak pi keja..
jatuh gak la setitis dua ayaq mata..

terngiang-ngiang lagi ni..

"jangan la dok sedih sangat, kalau dah hilang, itu bukan rezeki kita..."


:'(


p/s: mak aku pesan pasal kamera/barang2 aku yang hilang kena pecah rumah hari tu.. tapi aku tak la terasa sangat pasal barang2 tu..sebab aku tak banyak habiskan masa pikir pasal barang2 tu.. 
tetapi, awat sesetengah perkara kita tak boleh lupakan dan kehilangan itulah yang membuatkan aku sedih...