bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Saturday, February 19, 2011

Universal Studio Singapore




Plan asal, kami bertiga ja jalan2 ke USS..sebab member jb yang tolong ambik aku dari stesyen larkin hari tu, tak confirm lagi..dia kena pi keja sekejap pagi ahad tu..tiket pun aku cuma book 3 ja.. tapi dia kata nak join and offer nak bawa keta, so dia kena gamble la tiket ada atau habis nanti..

huh..kami yang penat menapak semalam ni, rasa best la kalau hari ni ada orang nak bawakan berjalan2 di singapura..he he he..actually ambik risiko sedikit sebab kalau dia lambat dari tempat keja dia, kami kena menapak sendiri jugak..Alhamdulillah, walaupun dia lambat sedikit, dia jadi join kami..jadi, tak perlulah menapak ke ciq, naik mrt dan dok confuse cara2 untuk sampai ke USS..

dalam dok kalut2 kena ambik kami kat city square, dia tertinggal pulak passport..tak ingat letak kat mana...WHAT?? kami yang dah semangat nak ke sana ni, dia boleh buat lawak macam ni..boleh ke bagi cadangan suruh aku drive sendiri kat s'pore kalau passport dia tak jumpa cari? jangan harap la i nak drive kat sana, member jb ooii, lebih baik awak hantar kami ke ciq dan saya tuntut 1/2 harga tiket USS tu kat awak..kira half day baru sempat masuk USS kan..

cari passport kat rumah dia, nasib baik ada :) ..sempat la kami ronda2 area gelang patah tu sebelum masuk s'pore melalui second link..

panjang lebar gak la dia cerita cara2 masuk dengan keta ke s'pore..dan kesimpulannya, kalau aku nak masuk, tetap dengan public transport..susah sungguh rasanya masuk dengan keta...(kecuali orang tolong bawakan la..macam yang dia tolong bawakan kali ni..he he) 
dah la signboard cuma tunjuk nama highway..keta pulak yang mahal2, kalau terlanggar??.. mahunya aku bebai dalam keta kalau ditakdirkan kena drive di sini..


setelah tersesat jalan nak ke sentosa, at last, nampak istana far far away dari jauh..member jb cuma hafal jalan ke tempat yang berkaitan dengan keja2 dia saja :P

dah naik escalator ni tapi turun pulak untuk redeem baucer makanan kat kaunter tiket airasia travel..tapi baucer tu dah tak valid sejak 1 februari..


sampai USS dalam pukul 1 rasanya..teruja sekejap..kan selama ni cuma dok tengok gambar orang lain ja kat USS tu..sekarang, aku dah jejak kaki ke sini :) .. nanti nak berangan ke tempat lain pulak..he he he..


mercu tanda Universal Studio

dengan mate pun tak mau ketinggalan for this moment..hari2 dok berangan bersama..ha ha ha


waktu tengahari ni, agak ramai pengunjung..


ada sapa2 nak jual popcorn dengan keta popcorn macam ni?..
sure pelanggan tertarik....untuk berposing.. :P

member jb kusyuk dok mentelaah map, kami dok pulun ambik gambaq..he he

cafe

suka la bangunan2 dia..macam real pun ada gak aku rasa..apalagi, kegilaan mengambik gambar la jawabnya..

bistro

semua pengunjung dengan kamera masing2.. 


member jb nak keja part time kat sini.. 

macam real tak?
kalau perasan, kat hollywood street ni, berbumbung..ala2 tak nak bagi rasa panas...

kat studio, berani la aku tahan teksi sorang2..kalau kat malaysia, tak pernah naik teksi sorang2..aku rela drive dari utara ke kl kalau kena training kat kl..

the cyclon

sambil posing2, sambil dok pilih nak masuk ride mana..cyclon?? tak berani weh, mau termuntah aku kalau naik tu..

pastu jumpa ancient egypt..mula2 berjalan masuk kat lorong2 dalam ancient egypt tu, suspens jugak..berdebar2 ni, kot2 mummy mai peluk ke..huaaaa..setahun aku teringat ke dia nanti... then sampai kat tempat ride kat dalam tu, selamba gak la duduk..konon2 berani, padahal first time naik roller coaster ni..mula2 macam ok..sekali mummy tu mengaum..haa..ambik!!..roller coater dalam gelap..pastu suara mummy tu dok marah2..aku ni yang tak pernah naik roller coaster..rasa macam nak tertungging pun ada..tempat pemegang pun rasa macam nak tercabut..siap ride berundur lari nak selamatkan dari mummy tu..ho ho ho

stop ja ride tu, lembut lutut aku rasa..tak mau naik dah lain kali...nasib baik kejap ja..kalau lama, mau aku nangis kat situ...ha ha ha.. depa ada jual gambar waktu kita tengah ride kat dalam tu, 18 dolar sekeping sebesar A4..beli jugak la..memang tergelak bila tengok gambar tu dan bila teringat2 naik roller coaster dalam gelap, dengan suara mummy mengamuk..

gambar kami bertiga semua pejam mata, yang member jb ni maintain muka takde perasaan..boleh macam tu?..ha ha ha ha..tapi, berbaloi la naik ride ni...

gambar2 kat area ni semua adalah sebelum masuk ride tu ya..

aku suka betul ambik gambar papan penanda arah kalau ke mana2 pun..

memang in character betul model2 depa ni...bukan nak senyum pun

pintu masuk cafe OASIS

p/s: uncle, tak mau buat ilham ke dari design pintu masuk cafe ni?


kenapa aku rasa kayu2 yang macam ni pun nampak cantik?

me pun nak revenge jugak...



ni waktu petang, pusing sekali lagi ke sini..orang dah tak berapa ramai, boleh posing secara tidak berasak2 :)

nasiblah sesiapa yang terpaksa melayan gelagat kami bergambar.. :P












.....bersambung

8 comments:

Uncle said...

beautiful with nice weather! Yes...tengah dok cari ilham tengok pintu gerbang kayu tu!!

Didz said...

wah! sernoknyee! kita pun teringin nak gi Universal Studio...waaa

gedek! said...

teringin nak pegi...

Psstt... my work pon ada kat situ... tapi tak pernah tengok finish product nya... kerja tu habes kat sini je.... :(

norh said...

*Uncle

yup..beautiful whether :)
kalau ilham tu diterjemahkan kat dlm malaysia, bagitau la kat mana tempatnya ye..he he

norh said...

*Didz

best Didz..pergi la jalan2 sana..berbaloi2.. :)

norh said...

*gedek!

rasanya gedek lebih2 mampu nak ke sana..

part mana work gedek!? promote revenge of mummy ke? :P

Cik Ina minat Do do Cheng said...

norh tak habis lagi ke siri jelajah singapore. bawak akak sekali pergi sana.bestnya jalan-jalan boleh release tension.

norh said...

*kak ina

jangan jemu2 ya selagi saya tak tulis tamat..he he