lepas dikejar mummy, kami jalan2 area far far away..cantik betul la castle dia..waktu tu dah nak dekat show Shrek 4D..aku tak pernah tengok 4D lagi nih..sempat jugak menyinggah beli fresh orange botol besar...16.90 dolar..yang mahal tu, kat tali penyangkut yang tulis universal studio tu aku rasa...dan minum ni, sampai ke malam tanpa makan makanan lain :P ...then kami beratur untuk the movie..
tunggu pun tak brapa lama dah boleh masuk dalam panggung..awal2 lagi, member jb dah tegur dah; "eh, kerusi ni boleh gerak2 lah.."
start ja Shrek tu, aku enjoy sampai ke sudah...best weh!! tapi confirm aku akan tengok gambar kartun ja..no way nak rasa pengalaman 4D untuk cerita hantu (kalau ada la)... macam berlakon sekali dengan shrek & fiona pulak..
tak lupa jugak pinochio..hidung dia macam betul2 depan kita..terasa labah2 merayap kat kaki..pastu air betul2 terpercik kat muka..wonder macam mana depa timing air tu disembur dari siling panggung..waktu part kartun2 tu jatuh dari air terjun tu, rasa angin sejuk dengan semua sisi panggung ada effect air terjun..best!.. waktu depa naik kuda, penonton pun naik kuda jugak tau..memang best lah..sapa2 yang nak pegi USS ni, wajib masuk show Shrek 4D ni tau! menyesal kalau tak masuk...he he he.. almaklumlah dah bayar tiket 72 dolar...gunakanlah dengan sepenuh hati... :))
nak drive kat dalam ni, confirm tak sesat..he he
beranikah anda? saya masih belum ingin mencuba..
it's far far away..huh
sila o sila.. mari kita riang ria
restoran halal
fresh orange
wanted..alike??
pastu sambung jalan2 ke jurassic park pulak..ada satu ride yang risiko basah kuyup..so, kami simpan untuk pagi last sekali..kat sini ada live show water world tapi tak sempat show pukul 4pm.. kena tunggu the next show.. pastu jalan2 kat madagaskar..kat sini takde sangat yang menarik..cuma semua character2 tu menari2 dan sesi bergambar ..cute gak..he he.. yang naik kapal dengan team madagaskar ni tak bukak lagi..
habis show pegi solat sat dulu..surau ada dekat tepi kaunter pertanyaan..tapi kena ambik wuduk kat toilet.. surau share lelaki dengan pempuan tanpa divider, takde masalah la sangat bab ni.. tapi yang aku geram masa nak solat ni, masa tengah bukak kasut nak masuk surau, ada sorang mamat ni suruh kami masukkan kasut dalam surau padahal semua kasut orang letak kat luar..beria2 dia suruh kami masukkan kasut dalam surau...hisshhh..tersangatlah kurang ajar si mamat itu..
nasib si jurugambar..
ride ni kami naik last sekali..masa tu dah malam...best!
10 comments:
Assalamualaikum Norh
he...seronok nyer
bila agaknya saya boleh sampai tuuu
saya melawat negara orang miskin ajer..he he
Wassalam
tak habis lagi. banyaknya gambar sessi lawatan kali ni. singapore cam negara omputihkan.
ekceli norh, kakchik nak pegi tmpt ni tahun lepas tapi rancangan tergendala sbb wedding terlampau la byk.
tgk gambar2 ni hati meronta2 nak pegi. hihi ..
siyes tak makan sampai ke malam??? hihihi~
kalau tak bawak budak2 bawah 5 years, mmg syok berjimba di USS tu.. kalau ada budak payah sikit, nak tido la apa la.. kann?
*Rozali
Waalaikumussalam atuk
perjalanan bajet ja atuk..negara jiran yg confident nak pegi dgn kawan2..lepas ni nak ikut macam atuk jugak, melawat negara2 miskin..
*kak ina
USS ni memang terasa mcm dok tempat omputih..nanti kak ina tengok entry hollywood street.. :)
*kakchik
best tau kak! dok beriang ria kat sana..mesti aiman suka...he he
*gadisBunga
Serius!!! tak makan sampai tengah malam..masing2 tak kisah nak mkn sangat..
*DeLancrettLurpak
aahhh..betul3x.. kalau bawak budak2, macam mana nak naik ride mummy kan..he he
Post a Comment