bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Monday, November 19, 2012

warna warni hong kong 12: Star Ferry, Fa Yuen Street, Flower Street



hari keempat di hong kong... 
lepas balik dari disneyland semalam, kami menapak lagi ke temple street..gigih dak? shopping la sikit2 untuk famili and kengkawan..
pastu pagi ni, bangun lambat gak la..
maklum la penat tau menapak :)
lepas breakfast kat bilik..kopi, roti dgn tuna dgn ayaq oren..kira ok la tu kan.. tapi confirm la dok teringat nasi lemak dgn roti canai..bajet dok obersea kan..padahal dok tiga empat hari ja..he he
kami plan nak naik star ferry..
keluar hotel dan menuju bus stop..sempat lagi masuk kedai yang dah buka pagi ni..
naik bas sampai ke jeti..


actually bus stop depa sepanjang-panjang jalan..
pastu kita boleh nampak, sedia2 ja bas sampai..dua tingkat plak tu..
kotak kat atas ni adalah laluan bas berserta no bas dan tambangnya..senang kan..dah la pakai kad, so tak bayah dok susah payah bilang not hong kong or syiling hong kong sebelum nak naik bas tu..


antara kedai2 tepi jalan tu..
 




10 hkd for 3 kalau tak salah..




I AM ON THE BRIGHT SIDE :)


Masjid Kowloon


nyaris nak book hotel kat sini sebab murah..kami masuk ronda gak..macam seram ja..kalau pempuan saja yg pi, better tak payah dok sini la..norh rekemen dok kat evergreen lagi dari dok sini..

jom himpun duit dok sini..he he


kaunter nak naik star ferry

jeti..
teringat pulak jeti pulau pinang..
dah lama norh tak pi penang naik feri yang bahagian penumpang..
dulu2, walaupun dah ada kereta tapi sebab malas nak drive kalau pi area georgetown, norh sanggup tahan bas sampai jeti pastu pi penang..
masa zaman sekolah lagi best, balik kg sebulan sekali..pastu bawak balik buku penuh beg konon2 nak study..last2 buku tak disentuh pun..heret la beg berat ikut laluan pejalan kaki tu..



fikir2, tak jadi nak naik feri, plan nak naik malam nanti, so kami naik bas nak cari mongkok street market..


 

dah naik bas, baru teringat..
terlupa bawak map..bijak dak?
riak gila, mentang2 la dah pandai naik bas..
haisshhh..
terlepas bus stop ke mongkok street..
so, berjalan la kami mencari mongkok street..berpandukan galaxy note yang dah nak abih bateri..
menapak punya menapak, macam dah frust..
jalan punya jalan, akhirnya terjumpa fa yuen street..
tak pernah baca pun sebelum ni dalam blog..
alih2 hari tu nampak hanis zalikha dok shopping sneakers kat sana.kalau masa tu dah tau pasal sneakers ni, boleh rembat satu kat sana.. masa kami pi tu, nampak banyak sangat beg yg fancy..beli lagi..untuk kakak2 dgn emak pulak..
baju pun lawa gak kat shop lot tepi2 tu..
kat street ni lebuh kurang harga kat temple street.. tapi variety beg kat sini lagi banyak..rambang mata weih..








lepas dah abih kat fa yuen street, konon2 nak cari sampai jumpa jugak mongkok street  tapi terjumpa flower street..kat sini penuh dengan bunga..yg jual anak pokok pun ada..ada 3 blok bangunan kot..








5 comments:

Acik Erna said...

seronok shopping ye norh..macam2 ada

faraherda.razalan said...

Overall result? Ok tak melancong ke HK?

Janggel / Rain said...

Banyak sungguh bunga-bungaan di situ. Cantik.

Kakzakie said...

Sesat jumpa tempat yg menarik itu yg seronok norh.

Tukang Karut said...

Aduyai... bila nak abis ni...