Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Wednesday, November 21, 2012

warna warni hong kong 13: Mongkok Street & Symphony Light

tersesat mencari mongkok street, kami balik semula ke hotel..
pastu lunch kat indian restoran kat depan hotel..
nasi beriani dengan aiskrim india..sedap jugak, campuran gajus dgn almond..




indian aiskrim..first time rasa..

tadaaa....
akhirnya..
mongkok street..he he he..

balik hotel..study map..
naik mtr,
bersesak dengan orang hong kong
jumpa nenek2 ambik cucu balik dari sekolah naik mtr..
jalan kat hk ni kena cepat2..kalau nak lambat2, jangan sampai halang laluan depa yang selalu saja rush..

peringatan ye..sila baca map elok2..salah keluar platform, tak jumpak jugak mongkok street ni..

since kami dah ke temple street dengan fa yuen street, mongkok street ni agak mahal dibandingkan dengan dua lagi market tu..mungkin sebab mongkok street ni paling glamer kot..





berjalan kat area mongkok ni..memang banyak la shoplotnya..
orangnya pun ramai..pening la jugak ramai2 ni..
banyak butik jugak..tapi kalau nak jimat, masuk dan tengok ja..he he
pastu kedai2 dia, tak tinggi mana pun..siling tu, terasa dekat ja dengan kepala kita..eskalator pun slim melim ja..kecik dan comel2 ja..tak tau la harga sewa kedai tu pun dah brapa ye..

meneruskan trip kami, kami naik mtr balik ke tsim tsa tsui..hajat nak naik feri ke wanchai..
tapi, masing2 dah letih, ubah fikiran..nak tunggu symphony light ja kat jeti tu..

berhenti keluar dari mtr untuk ke jeti..tapi menapak boleh tahan la sebelum nak sampai kat jeti tu..patutla tak nampak jem kat hk ni..rupanya ramai org dok berjalan kat subway :P

hujan la pulak


tunggu sampai symphony light dipersembahkan..
cahaya bagaikan menari2 bersama bangunan2 di atas ni..








gambar tak clear..berselang seli dengan gerimis..

13 comments:

makchaq said...

Seronok tengok gambaq2 norh pi jalan2 ni..

Makchaq jarang ambik gambaq, pi berjalan pun jarang ambik gambaq, tu yang blog tak dak gambaq..

sisR said...

harap2 samapi ke hk juga nanti...

NasQ said...

naik kapal tu macam best je...

Maria Firdz said...

syok nye tgk.. cntik pmdgn mlm..
by the way.. done follow.. follow me back..
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

whitecappuccino said...

sekali tengok mcm mangkuk street hehe..cantik gmbr2 ni

Fiza Rahman said...

Bestnya. View pon cantik².

sudipVSsenduk said...

Wow! Wow! & Wow! Bestnyee!!

محمد رازيق said...

bestnya!. hehe. bila lah nak jejak kesana. teringin. mungkin honey moon kot. hehe

syieda said...

norh,
fa yuen street tu lagi murah ker drp ladies market? nak survey ni mana yg lagi murah.

norh said...

*makchaq

he he
saya suka ambik gambaq..tapi bukan pandai mana pun..untuk kenang2an..


*sisR

In Shaa Allah..
bila kita berhajat, pastu disertakan dgn usaha :)


*TK

hari tu tak dan nak naik..
sebenaqnya tak tau pun ada kapal mcm tu..kalau dak, mesti dah masukkan dlm list lawatan..


*myfirdz

memang cantik pun view malam kat sana..


*wc

ha ha..tq kak


*fiza

he he..hk memang kota yang cantik..


*sudipvssenduk

sangat best..


*raziq

tak honeymoon pun boleh pi aih :)


*syieda

yup..fa yuen lagi murah..boleh tawar lagi..kat ladies street, depa dah letak harga tinggi...

azieazah said...

Hong Kong memang cantik esp waktu malam. Mongkok Street tu cara jual macam Petaling Street plak kan?

Aeillaz said...

fa yuen market tu kat mana yek? saya and family akan fly ke HK 14th dec nih.. we all stay kat USA hostel kat TST..

norh said...

Fa yuen dekat area mongkok..boleh ambik bas je sana..guna mtr pun boleh tapi kena check exit mana..