Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Thursday, November 15, 2012

Pekan Rabu

Seingat norh, baru beberapa kali menjejakkan kaki kat pekan rabu ni..yang best di sini adalah kuih muih tradisional yang sedap-sedap dan ada yang susah nak jumpa kat tempat lain..
kalau dah mai sini, ada ja yang nak dibeli kan..he he
periuk belanga, serunding,ikan pekasam, kuih muih, tudung, telekung, keropok, kerepek..


jom belajar sejarah..norh pun baru tau asal usul pekan rabu ni :)


 
Sejarah Pekan Rabu

YTM Tunku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ialah Putera yang ke 18 baginda Sultan Kedah. Beliau telah diputerakan di Kota Kanchut, Bandar Diraja Alor Setar, ibu negeri Kedah iaitu pada hari Rabu 23 Syaaban 1317 bersamaan 27 Disember 1899. Bondanya bernama Sharifah Fatimah binti Syed Idrus. Saudara-saudara yang seibu dengannya ialah Tunku Hajar, Tunku Yahya, Tunku Abdul Majid timang-timangannya ialah Tunku Endut, Tunku Zainal Abidin Thani dan Tunku Muhammad Shuib. Manakala Tunku Abdul Rahman adalah adindanya tetapi berlainan ibu. 

Awal tahun 1920an, Tunku Yaacob telah menanamkan kesedaran kepada orang Melayu pada waktu itu bahawa sekiranya mereka masih tertumpu dibidang pertanian mereka tidak akan mencapai kemajuan. Beliau berpendapat orang Melayu diberi peluang bersama-sama dengan bangsa asing di dalam bidang perniagaan. Tunku Yaacob telah menubuhkan Pekan Nat atau Pekan Sehari yang masih berjalan dengan maju hingga hari ini. Hasil kesedaran seorang Putera Diraja Kedah YTM Tunku Yaacob tentang kemunduran orang Melayu dalam perniagaan telah ditubuhkan Pekan Nat di Tanjung Chali, Alor Setar. Letaknya dihujung Jalan pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal. Sempena hari kelahirannya pada hari Rabu, Pekan Nat itu dinamakan Pekan Rabu yang khususnya dibuka pada tiap-tiap hari rabu sahaja. 

Hasil kesedaran seoarang Putera Diraja Kedah yang berjiwa rakyat tentang betapa penting orang Melayu supaya melibatkan diri dalam perniagaan telah meletakkan asas latihan berniaga dan tidak tertumpu dibidang pertanian sahaja. Usaha beliau menubuhkan Pekan Minggu telah membuka tempat untuk petani dan peladang untuk memasarkan dan menjual hasil keluaran mereka. Beliau amat mengambil berat dan selalu datang memerhati keadaan peniaga-peniaga dan juga menunjukkan cara-cara berjual dan mengira. Kompleks Pelan Rabu yang letaknya di tengah-tengah bandar Alor Setar adalah lambang perjuangan perniagaan orang Melayu yang telah di asas dan dipupuk olah YTM Tunku Yaacob. Untuk melengkapkan orang Melayu dengan pengetahuan dan kemahiran, beliau telah menubuhkan R.I.D. Hasilnya dengan kemahiran menenun, membatik, pertukangan kayu, emas dan perak serta periuk belanga, perusahaan luar bandar dapat dikembangkan. Ramai orang Melayu yang mendapat latihan kemahiran tersebut. Setelah diambil oleh Kerajaan Persekutuan, R.I.D telah ditukarkan kepada R.I.D.A. yang akhirnya menjadi "Majlis Amanah Rakyat" iaitu MARA. 

untuk bacaan lanjut, rujuk sini ye: memori kedah


selalu kalau mai sini, norh akan parking dalam kawasan parking berdepan kompleks pekan rabu ni..pastu naik jejantas..
masa pergi semalam, ada nampak eskalator yang baru buat..lepas ni sesapa yang nak ke sana, tak perlu la besrsusah payah panjat tangga tu eh..semput jugak la untuk orang yang kurang bersenam macam norh ni.. :P


 semalam, orang kedah masih kerja..so, tak la berapa ramai sangat..
sengaja pi hari keja, tak sesak sangat..


 design lama..dah berumur dah pekan rabu ni..
apa kata cat pagar ni dengan kaler pepel, pink, hijau muda atau oren muda ka..baru la bertambah segar..


 tudung tak banyak sangat kat sini..banyak lagi di sp..
kena pandai tawar menawar ye..

 yang ni memang banyak..


 hat pink tu..kuih bunga pudak..cuba la


pekasam..feveret ooiii...
setengah kilo, lebih kurang RM 6 untuk talapia dan lampam..
ada jugak harga lain, ikut jenis ikan..tapi norh rasa dah murah dah ni..







lepas shopping, boleh makan kat foodcourt kat bawah tu..
banyak pilihan makanan dan harga yang berpatutan..

13 comments:

NasQ said...

dodl pekan rabu sedap!

sekadar satu coretan said...

blm dec ni kalau ada rezeki nak keutara..boleh ler singgah pekan rabu kann..

Anonymous said...

pekan rabu mahal

Acik Erna said...

assalam norh..oodah ada esculator ye..lama dah acik tak pergi.

sisR said...

Lamanya tak pi sini..last pi tahun 1998 kot..mesti byk berubah dah..

eRiNsZ said...

wahh kena gak terjah pekan rabu ni suatu hr nt... klo d kelantan ni yg sinonim ngan pekan rabu ni...pasar siti khadijah la kottt

norh said...

*TK

kuih muih dia sedap gak



*ainnoraini

nak mai utara brapa hb?




*ahmad afiq

kena pandai pilih, hat mana murah, hat mana mahal..



*acik erna

dah ada, tapi semalam belum berfungsi..sikit hari lagi kot..



*sisR

ohh..dah lama tu..



*erinsz

tak la sebesar pasa siti khadijah..kat sana lagi besar..yg ni comei ja..

syieda said...

kuih bunga pudak tu camana?? menyesal tak beli ari tu. yg pasti, kuih penderam/denderam kat lorong belakang tu yg paling masyuk!!

rindunya SP.

atuk said...

Assalamualaikum Norh

rasa2 baru 2 kali sampai kat sana

4feet8 said...

hi norh. bersiaran terus dr jakarta ni.. xpernah lg g pekan rabu tp kwn2 dulu slalu duk cerita. xpernah mkn ikan pekasam. dia rs msm ke? nk juga try satu hr nanti.. yg periuk blanga tu ok x harganya..?

insan marhaen said...

kompleks Kailan kat Bertam IM rasa cuba meniru konsep Pekan Rabu ni...

zino said...

salam kenal..
saya dah pernah sampai sekali ke sana...

Jari Manis said...

wah..nampak menariknya ikan pekasam tu...slurrrpppp...terliur :-)