Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Friday, January 6, 2012

harga pakej phi phi, 4 island..dan sesi melompat


semalam aku sambung entry pasal krabi, kawan2 tanya beberapa soalan,
jadi, ni entry khas untuk kawan2 yang tanya soalan tu ya...


Request dari kak milo, kak ina dan kak zakie nak tengok gambar lompat...jom kakak sekalian2, tengok saya yang perasan remaja ..he he he

 kalau boleh terbang ke mana2 destinasi tanpa perlu bayar tiket flight.. :P

 pertarungan ultrapink dgn ultrakuning.. 
tergelak aku bila terkenangkan gambar ni..

  macam pulau tu kami yang punya, padahal ramai lagi orang lain kat situ..


sebenarnya tak pernah pun nak ambik gambar lompat2 macam ni..tapi housemate dah lama teringin nak ambik tapi tak tercapai2 .. masa kat sana, kami asyik minta budak yang bawa bot tu ambikkan gambar kami berempat..sebelum gambar2 ni, gambar berempat semua adalah yang sopan2 ya.. pastu lepas ambik gambar sopan, dia offer kami ambik gambar lompat..mulanya kami kata, kamera biasa ni boleh ke nak ambik gambar lompat..dia kata boleh..confirm dapat punya.. tapi betul la..dia snap ja, semua shot yang kami sedang lompat..he he


Tukang karut tanya tips ke sana;
aku ke sana naik ktm senandung langkawi, train akan sampai ke hatyai dalam 5 jam.. ..dari hatyai ambik van ke aonang, lebih kurang 5 jam jugak, akan sampai aonang.. harga tiket ktm dari sungai petani rm 20.. harga van ke hatyai rm 35.. 
sesampai kat hatyai tu, kat tengah2 town tu banyak agen pelancongan yang tawarkan ke merata destinasi kat thai ni..so, bolehla pilih destinasi mana yg nak pi.. 
tapi kalau nak naik flight, google sendiri ya..krabi ada airport gak..
tips lagi; tukar duit secukupnya di hatyai atau Malaysia untuk buat macam2 aktiviti kat sana.. kalau tukar kat aonang, rate dia lebih mahal..


Fatt tanya, brapa harga pakej.. 
kat aonang tu, banyak agen2 yang tawarkan pelbagai aktiviti.. white water rafting, pakej phi phi island , pakej 4 island,  spa, elephant trekking, ATV, jungle trekking dan lain lain..
kami dapat pakej  4 island dengan harga rm70.. asalnya dia letak rm 120 sorang..
pakej phi phi asal rm 140 tapi kami tawar sampai dapat rm 80.. :)
nak pi spa, duit dah tak cukup..he he
makanan halal..
Krabi ni nampak ramai gak muslim..


daddy ziyyad tanya ambil kat mana pakej ni..
saya tak simpan contact depa pun..sampai kat pesisir pantai aonang nanti, kiri kanan jalan akan ada agen yang provide pelbagai aktiviti ni..kena pandai tawar menawar ja.. dan pandai2 bajet time untuk buat aktiviti2 tu..he he
makanan, InsyaAllah halal..
Post a Comment