Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Sunday, January 1, 2012

pakej phi-phi island


terasa ada mood nak sambung kisah krabi,
sebelum aku nak buat kisah phuket (tingginya cita2..tak tau la bila nak siap..he hehe)
bersambung dari entry ni ni ya..

hari kedua kami ambik phi phi pakej..
tunggu kat lobi hotel, pastu ada orang mai ambik dengan lori panjang ..

untuk pakej phi phi island, lokasi pertama adalah ke bamboo island..sempat gak la mandi kat sini.. berendam main air pantai, dengan panasnya, dengan ombak kuat..semangat sungguh..dalam 45 min dia bagi dok kat sini.. boleh jalan2 sekitar pulau tu...








lepas tu kami dibawa ke monkey beach n viking cave.. monyet aku dah biasa tengok..takde la teruja sangat.. viking cave tu dok kat tepi pulau tu ja, tak turun bot pun..kalau masuk dalam baru la mencabar..




next station adalah pi leh lagoon.. ho ho ho..gila lawa tempat ni..tengok keliling segar ja.. tengok bawah air yg jernih..memang cun sungguh lah..ni yg rasa nak berhijrah ke pulau ni..

airmya agak cetek tapi yg boleh bot lalu la..dan kita akan nampak sampai ke dasar..












lokasi seterusnya, maya bay..kat maya bay ni boleh jalan2 gak..ada macam tempat askar..mungkin penjaga pulau ni kot..cantik lanskapnya, jumpak banyak pokok melong..ada susur yang boleh sampai loh bay.. gambar2 kat sini aku aku tak sempat ambik dari laptop husna, yang transfer dulu dah tak ada akibat laptop kong..


lepas tu kami dibawa lunch kat phi phi don..buffet lunch disediakan dalam dewan, harga termasuk sekali dengan pakej ni..menu yang disediakan sedap gak..nasi putih, mee sos, buah, tomyam, goreng gajus yg sedap, ika, ayam goreng..kat phi phi ni ada kedai jual souvenir n ada hotel..tapi tak tau la rate nya brapa..

tak lupa jugak sesi posing tengah2 hari buta, memang legap arr (aku yang melampau2 burn..sebulan lebih kot baru pulih)...











lepas makan, pi snorkling kat 2 tempat.. tapi redang lagi best untuk aktiviti snorkeling..mungkin sebab tsunami, coral dah tak ada sangat dan memang tak leh lawan redang.. ikan pun satu dua spesies ja yang nampak.. tempat pertama, semua geng kami turun.. tempat kedua, cuma aku n husna ja turun...tempat kedua tu macam mana aku dgn dia terjauh dari bot sampai tak boleh nak balik ke bot.. pastu usaha menyelamat terpaksa dilakukan utk bawa kami naik semula ke bot..sempat la buat adegan menggapai2 tangan mintak diselamatkan..hu hu hu.. tak tau macam mana boleh jadi lagu tu..mungkin sebab ombak laut andaman yang tak terperasan kuat sangat...tapi tak nampak berombak pun.. he he..pengalaman itu mahal ya..

 sesuai ja kan, basah2 dari island hoping naik lori kayu ni :)


 pulang mari la pulang mari la pulang .. la la la la




7 comments:

budakijaupendek said...

pehh cantik pemandangan la kak ^^
bertuah badan dpt g sana.

MasZuber said...

ada satu port tue, bot berenti, x ingat nama dia apa..i tak sabar terus terjun...air dia memang hijauuuuuuuuuuu!!!!!

fatin said...

cantik.cantik dan cantik view yg ada nih..

mm.. norh x pakai sunblock ka?
jenuh hoo..sun burn tuh nak ilang.. nt leh terkopek kulit kalo burn teruk sangat...

nway, nice sharing..

HAPPY NEW YEAR 2012!
=D

whitecappuccino said...

cantiknya pemandangan! biru jerr..

insan marhaen said...

hurmmm... memang indah. terlupa sat masaalah kerja!

norh said...

*bip

memang sangat cantik ciptaan DIA..



*Mas

terbayang2 kehijauan air dan kebiruan langit dia kan.. :)



*FM

:)
sangat cantik

happy new year FM



*WC

cuci kepala yg serabut dengan keindahan pulau :)



*IM

terlupa selama berada di sana la..he he

Unknown said...

subhanaallah

cantik sgt lagoon tu...

berapa pakej ni ek?
awk amik masa kat resort atau dah tempah awal2?