Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Tuesday, April 3, 2012

Aceh 4 - Pantai Uleelheue

kawasan ni merupakan kawasan asal penempatan penduduk kampung yang dilanda tsunami.. tapi dah tak dibenarkan sesiapa pun menghuni di sini.. abg yani juga bawa kami ke pengkalan yang disumbangkan oleh kerajaan malaysia..tapi pengkalan tu belum siap.. bila dah siap nanti, nelayan2 akan berpindah ke sini untuk uruskan hal2 penangkapan ikan depa..

waktu meronda di sini sempat la abg yani cerita, sebelum kejadian tsunami, belia di aceh banyak yang keluar dari aceh memandangkan waktu tu ada gerakan aceh merdeka.. ramai jugak pemimpin2 depa yang lari ke luar negara..lepas ja dari tsunami tu, masing2 dah insaf dan dah baik2..secara melawak, dia kata , kalau tak insaf lagi, memang tak tau nak kata apa lagi la...

pokok ni tumbuh merata2 di kawasan tepi muara ni.. cantik bunganya dan banyak khasiat.. nelayan2 ke laut yg kena sengatan ikan akan gunakan daunnya sebagai penawar..

kami bergerak ke pantai Uleelheue.. angin sepoi2 ja dari lautan hindi

kerusi2 disediakan untuk pelanggan menikmati air teh manis (air dalam botol tapi tak kena dengan tekak aku la..dapat teh ais yang macam kat malaysia, memang A lah..hehe) dgn jagung bakar..layan weh petang2 macam ni... 
tapi kena beringat gak la.. tanah tempat dilanda tsunami ni ye... kalau tengok gambar kat atas ni, dalam jarak 30 meter ke dalam air tu adalah bekas tapak rumah2 penduduk ye..tenggelam jadi lautan dah...

pemecah ombak.. kalau tsunami nak jadi lagi, memang akan jadi jugak la kan..

area nun di hujung sana tu, dengar khabar ada negara yang nak sebab ada bahan galian yang boleh buat banyak duit di situ tapi kerajaan aceh tak benarkan....
*sengaja aku gunakan kerajaan aceh*

kesan2 rumah rosak yang dilanda tsunami, masih kekal hingga kini..

jemput bersantai di sini ya kawan2.. kami dok sat saja kat sini, mengejar masa..nak ke tempat lain..hehe



pasir dari perut bumi

kebanyakannya jual makanan/minuman yang sama; air kelapa, teh manis, dan jagung bakar..gerai sebelah menyebelah dan sepanjang2 pantai..masa kami mai sini, tak penuh lagi gerai..bila dah malam baru meriah..tapi takdak pulak la aku rasa kes dengki mendengki ni.. aman ja depa jual makanan tu dekat2..

6 comments:

whitecappuccino said...

tenang dan damai jer rasa tengok gambar2 cantik ni..

Kak Mahh said...

Masih terbayang kenangan di Aceh rasa nak ke sana lagi tapi mahu lajak ke Sabang.

Kak Mahh said...

Masih terbayang kenangan di Aceh rasa nak ke sana lagi tapi mahu lajak ke Sabang.

Pen Biru said...

bagus jgk melwata acheh ni..sekurang2nya boleh menginsafkan diri

miloaiskurangmanis said...

rasa tenag dan nyaman beb....
nak plak duduk2 diwaktu petang kat tepi laut tu kan???

Jimmy said...

teruja nak kesana...tenguk kesan2 tsunami