lamanya tak mencoret luahan jiwa..
hhmmmmmm...
terlalu banyak sangat kot nak luah sampai tak terluah..
sepanjang 3 bulan pertama tahun ni, aku sibuk..
samada memang sibuk atau memang aku sengaja cari sibuk tu...
tak padan dengan sibuk keja, boleh la pulak aku dok cari sibuk lagi hujung minggu, berjalan ke sini sana..
nak share cerita aku jalan2 pun tak abih lagi..
esok & lusa nak meronggeng kat taiping..yayy!!
pastu aku dah apply leave untuk next trip..he he
mulanya dah insaf sat untuk berjalan2 ni tapi why not kan.. :p
asal bahagia :)
dalam sibuk2 ni, sampai aku jatuh sakit dan musnahkan rekod MC aku yang aku pegang selama 5 tahun ni..hu hu..
mula2 sedih gak nak pecahkan rekod MC ni,
tapi sakitnya masa tu; sampai menangislah..
buat full medical checkup..Alhamdulillah, tak ada apa..
mula ingatkan batu karang..tapi bila buat ujian darah dengan scan, tak ada apa pun.. masa ni jugak baru aku dapat tau kolesterol aku masih di tahap rendah..padahal aku memang tak pantang langsung bab makan ni..belasah semua..
sakit tu mungkin sebab angin..makan tak menentu pasal keja banyak, pastu nescafe tak tinggal..memang ingat sampai bila2 la sakit ni..
cerita pasal keja;
another learning journey dengan bos baru..
tapi belum rapat macam dengan bos lama
walaupun tak rapat, bos lama jeles la jugak (perasaan aku)..ha ha ha
walaupun bos baru baik (pada aku.., dia tak berani marah aku lagi la setakat ni.),
tapi dia kena gain lagi untuk dapatkan trust aku.. :P
dan paling aku best sekarang, dia dah tau aku suka jalan2..
bulan lepas dia nak suruh aku pi outstation, siap umpan aku 'u can moving around'...
dapat la gak aku jenjalan kat singapore..
buat kejanya sikit, jalannya lebih..he he he
dia tak sampai hati tak bagi cuti kalau aku mintak..he he
part tak best; kalau dia takdak, aku kena cover tugas2 dia..
awat dia tak suruh bos lama aku cover tak tau!..
sesetengah perkara, aku masih blur pasal orang yang pangkat besar2 ni..haisshh
sebenarnya kan, aku teringin nak cakap ayat2 ni kat bos aku;
"sir, I do not know how to do"
"sir, i forgot to do"
"sir, not yet complete"
"sir, i'm not well, not coming today"
tapi belum mampu..
tapi tadi aku tanya dia;
"Any vacant post for gardener here? I want to apply.."
dia jawab;
"No garden here."
:P
3 comments:
Norh kena bahgiakan diri sendiri dulu, kemudian baru orang lain, ye dak.Cik ina pun lebih kurang sama ngan Norh tak mampu nak cakap semua tu kat bos.Sebenarnya Norh kita susah nak ubah diri kita jadi org lain, syukurlah Allah SWT kurniakan sifat yang baik pada kita : )
aku hanya mampu jalan jalan dalam malaysia je...
*kak ina
Alhamdulillah kak..
kalau nak buat apa2, teringat amanah yg org bg kat kita..dan dok pikir, apa2 keja kerana Allah akan dapat redhaNya..
*TK
dalam malaysia pun best tau!
Post a Comment