Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Sunday, February 24, 2013

mencari

Norh sedang mencari:

#kebahagiaan dalam diri sendiri.

#masa untuk tugasan di ofis yang menimbun.

#penawar untuk tekak yang tak berapa selesa..dah lebih seminggu.

#pil ajaib untuk kuruskan badan.

#mood blogging.. :p

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, February 17, 2013

appraisal

sebenaqnya nak cerita pasal appraisal ni, sejurus selepas sesi appraisal dengan bos (tinggi la sangat cita2 nak update blog hari yang sama jugak ;p)
berlangsungnya hari jumaat,
tapi dah berapa kali jumaat dah..he he
 
dulu2 blog ni banyak gak berkisar hal opis..
tapi sejak setahun ni, bila beralih suasana, beralih kepimpinan terus malas nak update cerita opis bila hadap blog..

dan sejujurnya..
norh banyak belajar sepanjang tahun 2012.. 
pasal struktur, 
bos baru,
sikap individu (sesiapa jua, yang berkedudukan tinggi mahupun rendah)
komitmen,
konsep harmonisasi dan globalisasi,
penerimaan untuk suatu yang baru,
komunikasi,
beza budaya,
 
terlibat secara langsung dengan proses harmonisasi dengan region yang lain, suatu yang memenatkan..
non-stop sedari 2011 hingga sekarang..

errkkkk, lari tajuk pulak..
ok, berbalik pada tujuan, waktu appraisal, bos tak komen apa pun pasal kerja norh..
then, bila dia tanya norh nak cakap apa, norh bagitau, dia macam tak pedulikan seksyen yang norh jaga..he he he (boleh dok pi mengadu lagu tu).. tapi sungguh, serupa tak kisah langsung apa jadi kat seksyen norh tapi kalau ada apa2 email, laju ja email2 tu bertukar address.. pastu dia buat penjelasan panjang lebar..

pastu, sampai turn dia nak menegur..tiba2 muka serius yang amat.. haaaahhhhh, kesalahan apakahhhh???
"I do not know how u will take this, bla bla bla.........."

ketaq gak la mula2 tu..
padahal dia cuma teguq satu perangai norh yang suka dok stress bila ada isu2 timbul dan bila review docs..
ingatkan apa la, muka serius sangat....

mana tak stress, kalau external auditor mai, yang salah, QA jugak..apa2 tak kena, QA jugak..yang selalu nak ngadap auditor pun, norh jugak...

dia pesan, jangan dok harm diri dengan masalah2 keja..dia ada.. apa2 yang tak boleh handle, escalate ke dia, jangan dok pendam..

dalam hati, kang kalau semua masalah dok pi letak atas meja dia, ayat lain pulak dia bagi satgi ni...

end of session;
norh cakap "thanks for being 1 year with me.."
dia sengih dan reply, "I will be more years with you"....

errkkkk..

tak kisah la berapa tahun pun tapi jangan la dok asyik tambah keja ja..norh kan part time traveller.. ;p



 
 
 

 

Saturday, February 16, 2013

norh @ Masjid Beijing

Salam semua.. :)

rindu blogging..
away-sibuk-tak sihat...

last week, getaway dekat ja..
Kelantan dan berkesempatan seberang ke Munduk ;)






cantik Masjid Beijing kat Rantau Panjang ni..




Happy Weekend
Let's Blog hopping :)


Sunday, February 10, 2013

random10022013

#terkenang semua 'teman' yang pernah menjadi sebahagian dari kisah hidup norh..banyak yang sedih dari gembira rupanya...inilah KEHIDUPAN...

#dan norh terus HIDUP..

#dan sedar diri hanyalah seorang HAMBA..

#yang perlu melalui ujian PENCIPTA..

#norh terima..

#dan ketika ini, norh berusaha untuk menjadikan hidup lebih simple dan lebih teratur..

*mode: getaway

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, February 9, 2013

Winter @ Beijing 19: Yashow Market, Dinner dan bye...

Seterusnya, selepas shopping kat Silk Street, kami dibawa ke Yashow Market..
bangunan bertingkat jugak untuk shopping..dan harga yang ditawarkan pada permulaan memang lebih murah berbanding dua tempat sebelumnya.. tapi masih perlu tawar menawar untuk dapatkan harga yang lagi murah..he he he
masa kat sini, norh nak aim jaket..tapi memandangkan tak cukup duit dah, duduk diam2 saja sudah la..










store terbesar adidas..






next, last dinner kat Beijing..






kat depan restoran ni, terpamer duit Malaysia RM1... femesnya Agung kita ni.. :)







menu: ayam goreng atau cili goreng??


















lepas dinner, terus ke airport..
kat airport takdak bilik ibadat..
tapi kami bentang sejadah dan solat kat aras 1, tempat yang takdak orang lalu lalang sangat...
pengalaman paling tak boleh lupa adalah beratur untuk check in selama 3 jam..boleh pulak depa pi check in guna nama, bukan booking number..bercelaru abih list memandangkan bila toleh kiri kanan, semuanya nampak muka Malaysian..confirm la ada nama yang sama..hu hu

Selamat sampai Malaysia keesokkan paginya.. ;)












Sekian untuk photoblog Beijing..
Semoga berjumpa lagi untuk photoblog lain...
Nak pi selongkar folder Medan dan Singapore.. ;p










p/s: bz kat opis dua tiga menjak ni..so, tak sempat nak reply komen dan ziarah blog kawan2..mungkin akan jadi silent reader buat seketika..entry beijing ni pun nasib baik dah ada dalam draft..kalau tak, mungkin tak publish apa pun.. 

take care all my dearest.. :)