Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Sunday, February 17, 2013

appraisal

sebenaqnya nak cerita pasal appraisal ni, sejurus selepas sesi appraisal dengan bos (tinggi la sangat cita2 nak update blog hari yang sama jugak ;p)
berlangsungnya hari jumaat,
tapi dah berapa kali jumaat dah..he he
 
dulu2 blog ni banyak gak berkisar hal opis..
tapi sejak setahun ni, bila beralih suasana, beralih kepimpinan terus malas nak update cerita opis bila hadap blog..

dan sejujurnya..
norh banyak belajar sepanjang tahun 2012.. 
pasal struktur, 
bos baru,
sikap individu (sesiapa jua, yang berkedudukan tinggi mahupun rendah)
komitmen,
konsep harmonisasi dan globalisasi,
penerimaan untuk suatu yang baru,
komunikasi,
beza budaya,
 
terlibat secara langsung dengan proses harmonisasi dengan region yang lain, suatu yang memenatkan..
non-stop sedari 2011 hingga sekarang..

errkkkk, lari tajuk pulak..
ok, berbalik pada tujuan, waktu appraisal, bos tak komen apa pun pasal kerja norh..
then, bila dia tanya norh nak cakap apa, norh bagitau, dia macam tak pedulikan seksyen yang norh jaga..he he he (boleh dok pi mengadu lagu tu).. tapi sungguh, serupa tak kisah langsung apa jadi kat seksyen norh tapi kalau ada apa2 email, laju ja email2 tu bertukar address.. pastu dia buat penjelasan panjang lebar..

pastu, sampai turn dia nak menegur..tiba2 muka serius yang amat.. haaaahhhhh, kesalahan apakahhhh???
"I do not know how u will take this, bla bla bla.........."

ketaq gak la mula2 tu..
padahal dia cuma teguq satu perangai norh yang suka dok stress bila ada isu2 timbul dan bila review docs..
ingatkan apa la, muka serius sangat....

mana tak stress, kalau external auditor mai, yang salah, QA jugak..apa2 tak kena, QA jugak..yang selalu nak ngadap auditor pun, norh jugak...

dia pesan, jangan dok harm diri dengan masalah2 keja..dia ada.. apa2 yang tak boleh handle, escalate ke dia, jangan dok pendam..

dalam hati, kang kalau semua masalah dok pi letak atas meja dia, ayat lain pulak dia bagi satgi ni...

end of session;
norh cakap "thanks for being 1 year with me.."
dia sengih dan reply, "I will be more years with you"....

errkkkk..

tak kisah la berapa tahun pun tapi jangan la dok asyik tambah keja ja..norh kan part time traveller.. ;p



 
 
 

 

16 comments:

Unknown said...

Salam Norh

Part time traveller yer ? suka ayat tu....

norh said...

ASP,

kalau boleh nak jadi full time traveller..he he he

Orga said...

erkk jugak..lain macam jer bunyi ayat last tu, hehe...masa panjang lagi nak sampai hujung tahun, jom hiasa dengan warna warni, jangan stress stress, hehe...

Jari Manis said...

Jom hunting tiket AA mlm ni, jgn stress2 :-)

norh said...

Orga,

lain mcm mana tu? he he


JM

ohh..tak sanggup nak tunggu kat waiting room since esok kena masuk meeting room dari awal pagi..he he

gadisBunga™ said...

kalau lah travelling tu boleh menjadi kerja full time kita kan best? :D

SuzieLAWAti said...

salam awak...
sonok kan.. klu dpt travel...

bos de ckp pasal bonus tak..?!.. hehe...

makchaq said...

Kalau kena urus hal2 audit ni mana ada tak stress.. makchaq yang coll ni pun stress jadinya...
nasib baik la ni dah turn 360 darjah, tapi macam bosan jugak kat sini.. rasa macam makin tak produktif pulak..

Kakzakie Purvit said...

Nampak gaya dia akan bersama norh lamalah bukan setahun-dua...

whitecappuccino said...

kalo full time traveller ok jgk norh!

ANIM said...

Kak pun tak sabar nk jadi full time traveller...ada belas tahun lg nk pencen, huhu...

norh said...

*gb

Tu la..setakat ni, itu la kerjaya impian norh ;p


*cpl

Hmmm..tak sebut pun..tapi tolong la doa norh dpt performance bonus ;)


*makchaq

Bila dah sedia2 sibuk, memang rasa pelik kalau tak sibuk.. Norh teringin nak ada masa lapang kat ofis..hu hu

norh said...

*kak zakie

Paling lama 5 tahun rasanya..

*wc

Syok kan kak....

*anim

Saya ni lagi la laamaaaa..hu hu hu

NasQ said...

kalau tambah kerja dan gaji, ok la jugak kan kan kan....

Suria Amanda said...

partime traveller...wah...leh la ikut sama..

norh said...

*TK

gaji tak la berapa nak tambah.. *increement tahun ni tak tau lagi bila dapat*


*SA

jom, jalan2 bersama.. :)