Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Tuesday, November 5, 2013

Singapore River Cruise

sila klik label singapore 2012 kat sebelah kalau nak baca episod sebelum ni..dan boleh je terus layan gambar2 kat bawah ni..
asalnya tak plan pun nak naik cruise ni..tapi bila dah sampai kat area kaunter tiket tu dan berkira2 masa untuk ke airport..kami decide naik cruise ni..
harga tiket: ingat2 lupa..then norh check internet, dalam 13sgd.. ada jugak tiket 24 jam.. yg 24 jam ni, boleh pilih bila2 nak naik, siang dan malam..malam semestinya cantik dengan lampu2 sepanjang sungai ni..
waktu kami naik ni, tak ramai sangat orang, takde la nak kena beratur panjang..sepanjang cruise tu, dia akan announce nama2 bangunan yang kita lalui sepanjang sungai...

jemput tengok ye, dari lensa norh;


nampak tak macam mana nak utilize space? ;)
ruang makan cafe dibina atas air..



kren tengah angkat kapal letak atas bangunan??



sangat colonial

kawan2 hang nadim kah?
teringat zaman kecik2 dulu, dok mandi kuala belakang rumah..



the merlion










laluan helix..waktu malam, berwarna warni di sini...














todak yg menyerang singapore.. ehh!














sampai jumpa lagi ;)

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha




 nak sediakan rendang Aidiladha :)



Salam Aidiladha..
Salam Pengorbanan...

Berapa banyak dah yang kita berkorban?

Norh percaya, ramai di antara kita dah banyak berkorban dalam tak sedar..
Lebih baik begitu dari kita berkira2 dan listkan apa yang kita dah korbankan..takut jadi tak ikhlas pulak nanti..
Dan pengorbanan itu bererti seiring dengan kepedihan dan keperitan,
Dan tak berdosa jugak kan untuk tiap kesedihan yang kita alami dengan pengorbanan itu.. 
DIA Maha Memahami dan Maha Menyayangi...

Moga2 segala pengorbanan kita diterima Allah sebagai saham di akhirat...



Sunday, September 22, 2013

temasik: geylang & clarke quay

norh dalam usaha untuk share foto2 tahun lepas..he he he
marilah bersama2 norh membuka lipatan sejarah di sini..


esoknya, breakfast kat restoran mamak dekat area geylang tu..
pastu pusing2 jalan kat situ..
berbeza dengan suasana malam..pagi adalah dalam keadaan lengang..

sekitar geylang...









foto2 kat bawah ni dah luar kawasan geylang..



nampak bangunan ni cantik...mula2 nak parking keta semata-mata nak snap gambar bangunan ni ja..masuk parking kat dalam kawasan bangunan kat bawah ni..
dan sambil berjalan2 tu, rupanya memang kami stop kat area clark quay..seronoknya, dengan tak tau jalan tapi dah sampai kat kawasan yang dihajati..



kami pun menapak tepi sungai tu..nampak banyak feri, bot dok bawa pelancong..



 no riding kat subway


jumpa depa dua ni..mintak snap gambar..
sempat puji orang Malaysia sebab depa baru lepas pi penang.. :)

  water taxi




suka betul dengan bangunan colourful..berseri ja nampak..



tunggu next entry, norh naik bot menyusuri Sungai Singapore..tiba2 rasa nak naik..alang2 dah sampai sini..bila lagi nak jejak kaki ke sana pun tak tau la..


















Thursday, September 19, 2013

love of my life



my life,
though not happy as others..as well as not bad as others,
the steps are still mine..

tears and smiles along the journey,
thankful for who am I,
but deep inside..it's hard to be myself..

after all...my life is not mine,
Allah the creator,
Allah the planner, the best of me..




Monday, September 16, 2013

Pasar Siti Khadijah


mari kita lihat apa ada dalam kotak draft.he he he
the famous market...
Pasar Siti Khadijah..

sambungan entry bergambar dari sini..
walaupun boleh tahan sesak nak masuk area ni, kami redah jugak walau terpaksa pusing entah berapa kali untuk dapatkan parking..dengan hujannya..dengan ramai umatnya..pastu sesuka hati buat one-way sendiri..maaf la ye..kami bukan org kelantan..nasib baik bukan norh yg drive, kalau tak..mesti keluar ayat..JOM BALIK LAH.. :p

norh suka pasar ni..
penuh jugak la tangan membeli.. :))
suka dengan keropoknya, tudung2 bawalnya, jajan, serunding..dan macam2 lagi lah...
trip kali ni sempat juga rembat kain 2 pasang untuk buat baju..walaupun cuma sekejap saja masa meronda..

pasar ni macam nostalgia jugak la untuk norh..sebab ni rombongan pertama paling jauh masa norh sekolah rendah dulu..lepas upsr kan cikgu ada buat rombongan jauh, ke kelantan & terengganu..kami kat utara ni, masa tu sangat la excited nak jalan2 jauh ni.. ingat2 lupa ja kenangan masa zaman budak2 dulu.. kalau dah zaman budak2 dulu pun dah excited jalan jauh2..masa tua ni apatah lagi kan..hehe

k, dengan berakhirnya gambar2 kat bawah ni, berakhir jugak la entry trip ke kelantan february lalu..
ha ha ha..nampak tak betapa 'RAJINNYA' tuan tanah..huk huk huk...