lama dah aku nak buat entry ni tapi asyik tertunggak ja..
merujuk kepada entry ni; 'D.I.Y' bermaksud 'do it yourself' ataupun 'destroy it yourself' bak kata uncle gedek..he he he
tujuan aku beli benda2 tu adalah disebabkan aku telah membeli sebuah kelengkapan rumah..iaitu sebuah mesin basuh..
dalam banyak2 kelangkapan rumah ni, satu benda ni saja yg aku tak beli lagi sebelum ni.. aku basuh baju hari2 or selang sehari, jadi tak la terasa sangat.. pastu lately ni, aku hanya sempat (??? dok main internet sempat la pulak) nak basuh baju hujung minggu..kalau sempat nak basuh hujung minggu, maksudnya 2 baldi, aku dah jadi malas..dah berulang kali macam tu..baru la rasa macam kena buat langkah susulan ni.. actually dulu2 aku berangan nak mintak bakal suami aku belikan, sebab yg takdak lagi dalam rumah aku cuma benda ni ja, yg lain semua dah complete ..tapi, dah takdak jodoh lagi kan.. jadinya duit tetiba yg aku dapat awai bulan hari tu, aku beli la mesin basuh ni...nampak jugak harta dak? kalau tak beli harta, duit tu alamat nya aku selamat masuk perut, dak pun abih ke baju2..
waktu nak beli tu, aku tanya salesman, boleh terus sambung ke paip kat tepi sinki ke? dia kata boleh..tapi bila sampai, orang yg pasang tu cakap, u kena ada kepala paip yg jenis biasa, bukan jenis yg baru2 ni..alah..ni yg leceh ni, beli barang tapi tak boleh guna..frust la jugak..mula memikir nak cari tukang paip, tapi aku sayang nak pecahkan dinding or nak buat piping sesuka hati..agak2 aku cukup duit nanti, boleh terus renovate dapur dan buat piping yg cantik2 or extend belakang rumah yg dah naik semak samun tu...hu hu hu..bila masa aku simpan duit utk buat renovation ni? (mimpi di siang hari :P) ... setakat ni, rumah yg aku 'pinjam' dari bank ni, maintain sedari asal ye..kiri kanan jiran2 dok buat renovation, banyaknya duit depa...
dan akhirnya berbalik pada cerita asal, mesin basuhku dapat berfungsi secara automatik tanpa kos penambahan yang banyak... :))