bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Saturday, February 26, 2011

dalam dilema

selamat berhujung minggu rakan-rakan sekalian,
saya belum ada apa-apa perancangan hari ni..
seperti mahu tidur seharian tapi saya merasakan itu adalah suatu kerja gila..
walhal lebih banyak aktiviti lain yang sepatutnya saya fikirkan, contohnya; membersihkan halaman rumah saya yang sudah tidak terjaga sekian lama..
sebenarnya saya juga perlu melunaskan hutang-hutang saya tetapi saya mahu merasakan saya punya duit yang banyak untuk jangka masa yang lebih lama sedikit dari yang biasa..
tetapi ada bisikan-bisikan yang menghasut saya untuk ke kompleks membeli belah..
saya dalam dilema.. 

16 comments:

Uncle said...

Salam.
Bisikan2 tu lah yang selalunya mangganggu nafsu!!!!

MasZuber said...

ikut hati dan naluri anda.

yay! mari shopping!!! ;p

gadisBunga said...

amik sekeping kertas dan pen. dan mula menulis! huhu~

Gimi said...

Buat kira-kira

Rozali said...

Assalamualaikum Norh

tempat yg paling banyak syaitan adalah di pasar/pasaraya

Wassalam

gedek! said...

Lupakan yang lain

Tidor seharian!... ia sangat mengasyik kan!

Eda said...

haha..igt kan apa la..rupanya dilema nak shopping ke tak ek...huhu

norh said...

*Uncle

Salam

yup..bisikan2 itulah yang paling bahaya..

norh said...

*MasZuber

kalau nak diikut-ikutkan...huh..catuan makanan pulak nanti..tapi keluar jugak untuk window shopping.. :P

norh said...

*GB

menulis senarai yang nak dibeli?? he he

norh said...
This comment has been removed by the author.
norh said...

*gedek!

mustahil..kecuali saya layan ubat tido...he he

norh said...

*Gimi

selalunya tak dapat seperti apa yang dikira..hu hu

norh said...

*Rozali

Waalaikumussalam atuk

kena selalu beringat ye atuk..
tadi saya cuma beli buku2.. :)

Erani Zuhran Mohd Nor said...

Simpan bonus tahun ni sampai tahun depan... bila dpt bonus thn depan...Yay... ada dah 2 bulan bonus...hehehe

norh said...

*kak era

ha ha ..saya single karburator ja..kak era takpa la, boleh guna bonus org itu..he he