bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Thursday, February 3, 2011

sms dari boss

baru terima sms dari bos..pasal keja..related dengan orang yang aku bengang semalam..hisshh..dah la semalam dok bertekak dengan dia (orang yang aku bengang tu, bukan bos aku)..cuti2 ni pun kena pikir pasal dia..sesuatu yang tak best bila mana mood cuti2 ni terganggu..hu hu hu

aku tak paham betulla..pangkat tinggi2..gaji besaq2..tapi kalau keja, asyik buat aku rasa aku yang lebih pandai dari dia..so, macam mana? padahal memang la aku mengaku aku ni tak pandai sangat pun tapi kekadang tu, cuma melibatkan logik saja pun, aku tak boleh terima keputusan dia..

actually aku gerun ni..sebab bos tanya pendapat aku..waktu cuti pulak tu..hal yang tidak berlaku sebelum ini...hu hu hu
aku pulak jawab dengan nada bergossip.. :P
tapi as usual; jawapan orang QA adalah 'TIDAK'..

hopefully dia agree..tapi kadang2 pendapat kami tak sama jugak..


kalau bos baca :P

dear boss,
tu la bos, saya dok kata tak ready, bos paksa jugak..saya ni dah la tak boleh berpura2 kalau saya marah, tak kira la pangkat tinggi or rendah dari saya.. tak pasal2 nanti orang kata bos tak pandai didik anak buah..tak reti hormat orang pangkat besar..dah la orang tu suka mengadu..hal kecik2 pun nak mengadu satu dunia..




p/s: bos nak hantar saya pegi training cara2 kawal kemarahan di tempat keja atau cara2 berpura2 depan orang yang kita tak suka :P
 

4 comments:

fairuzhani said...

hohoho

norh said...

nasib badan.. :P

Cik Ina minat Do do Cheng said...

betul tu boss makcik pun sama, sekolah lebihlah tinggi dari akak.pasal kerja dia tolak kat akak. kalau dengar cakap kita 100% tak pe.bila dia suruh, tapi tak kena gaya.dia salahkan akak plak.orang cakap tak nak dengar. sekarang sapa yang mengadu ni akak ke ko.sorrylah terober plak.

norh said...

kak, saya dgn bos sendiri takda masalah sangat..tapi dengan bos orang lain ni..stress memanjang dengan depa..dengan bebudak sendiri pun kalau buat hal tak betul, saya keluarkan ayat2 laser..kalau orang lain buat hal tak betul pun, ayat laser saya tak boleh ditahan la..tak kira sapa pun dia..rasanya kalau ada undi keluarkan orang dari kilang tu, nama saya paling tinggi kot..he he he

takpe kak..luahkan ja..mana tau kot2 kak nak jemput saya dinner kat rumah akak..ha ha ha