bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang 2012

hari pertama 2012,
aku bukak semula entry aku hari pertama tahun 2011, nak tengok azam aku tahun lepas.. aku pun dah lupa aku ada azam ke tak de azam tahun lepas..ha ha.. kelebihan blogging ni rupanya2, terdapat la catatan azam 2011 aku iaitu nak enjoy hidup aku.. sebenarnya aku dah lupa la azam tu..kalau tak buat blog mesti confirm aku tak ingat kan..


ok, dah tercapai dah ka azam aku tu? 
aku rasa tercapai gak la.. aku rasa memang enjoy dari semua faktor ..
manis, pahit, masin, masam, kelat.. ho ho ho


tapi yang paling aku enjoy adalah jalan2 makan angin..ha ha ha
ye la.. ni lah aktiviti yang membuatkan aku tak masuk dalam statistik penyakit2 yg tengah meningkat kat malaysia ni yakni antaranya; darah tinggi, kencing manis dgn penyakit mental..
actually takde la merancang betul2 nak ke destinasi2 tu..
mulanya angan2 ja.. tapi terdesak nak bercuti gak, gigih la mengusahakan yang semuanya macam last minute la jugak..


pasal kerja; memang warna warni sangat la 2011..
aku join 3, 4 training gak la..jumpa orang baru, tambah ilmu baru..
tetiba pulak kena cover bos, tetiba pulak dapat bos baru.. semuanya memang tambah rencah ...
rasa apa?
aku pun blur dah pasal rasa yg ni..
bukan berkenaan dengan kerja saja, berkenaan dengan perhubungan kita dgn manusia jugak bila kita bekerja dengan manusia..ye tak..
rupanya 'menjaga hati' ni bukan suatu yang mudah..
hati aku sapa yang nak jaga?
takpa, Allah ada kan.. :)


lagi satu yang best, 
ketemu sahabat2 alam maya yang best2 belaka..
tengok depa2 dok bergather2 kat kl nun, bestnya..
aku tengok kot tingkap ni ja la..
pada sahabat2 sekalian,
terima kasih pada yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa ni..
entah apa yang aku blogkan pun aku pun tak tau la..he he


kawen?
hmmmm... bab yang satu ni, aku takdak idea sangat..
yang aku perasan, sejak masuk umur 30, aku dah tak berapa nak fikir pasal ni..pastu ditambah dengan sibuk keja..
biar ja la orang di sekeliling nak kata pa..
aku dah puas fikir dan puas sedih dah kot dulu..
dah penat..
biarla.. 
DIA menentukan yang terbaik buat aku..


so, apa azam tahun 2012 
jalan2 lagi?
tapi tengah risau ni, 
nak jalan2 kena minta cuti..
bos baru n struktur baru and role baru, aku pun tak dapat gambaran jelas lagi tahun depan aku nak berfoya2 macam tahun ni lagi ke tak..
tapi aku dah berangan2 dah ni nak ke beberapa tempat..he he he

lagi apa lagi ye? 
takkan azam nak menyimpan duit kot,
selalunya tak berjaya pun.. ada ja yang aku nak abihkan..



2012,

aku nak jadi orang yang lebih tenang
dan hargai diri sendiri... :)










p/s: minggu depan nak minta cuti lagi..nak mula ayat macam mana tak tau..first time nak mintak cuti dgn bos baru..dah la hari tu aku sambut kedatangan dia dengan bercuti  :P
..tapi aku nak mengayat dia la pasal aku suka jalan2 ni.. mana tau kot2 dia nak offer aku jalan2 kat negara dia, esp kashmir, .. ha ha ha (berangan tak mau kalah)










8 comments:

Pen Biru said...

slamat tahun baru norh..

whitecappuccino said...

Selamat tahun 2012..semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya

atuk said...

Assalamualaikum Norh

Alhamdulillah
hampir semua azam tahun lepas tercapai

yg tak tercapai tu...saya doakan moga tercapai pd tahun ini
Insyaallah

Selamat Tahun Baru

insan_marhaen said...

heran IM melihat orang berpusu-pusu dan terkinja-kinja menyambut tahun baru.

MulutPayau said...

selamat tahun baru dik...
Semoga 2012 lebih baik dari thun2 sebelumnya...

Lina Rahim said...

Hai Norh..


selamat tahun baru..

sama la saya pun..konon nak save duit tapi selalunya tak jadi..haha..a

apapun, asalkan kita mnejadi lebih baik dari yang semalam

norh said...

*Pen Biru

hepi new year :)


*WC

amin...


*atuk

Waalaikumussalam
tima kasih atas doa..moga2 hendaknya..

*IM

huh..saya takleh la ramai2 lagu tu.. serabut kepala..


*MP

Selama Tahun Baru kak
buat akak jugak.. :)


*Lina

yg penting kita hepi..he he, akan ada ja alasan.. :P

MasZuber said...

happy new year norh!!

i agreed once you enter the 3 series, u dont bother/ thinking much about that kawen thingy. i feel it. and thats feel good ironically.