Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Thursday, December 29, 2011

Wednesday, December 28, 2011

Tuesday, December 27, 2011

hi..

bila lah mood nak update blog ni nak mai? :P


ambik feel dulu sat.. :)



Friday, December 16, 2011

bermimpikah?

errkkk..
macam mana nak mula entry ni entah
hari ni mood memang tak tau nak cakap lagu mana
kejutan besar hari ni..
aku bakal dapat bos baru..
hu hu hu
tak pernah terpikir langsung pasal ni..

dah la penat sebelum ni tak hilang lagi
dapat pulak dah cerita baru

next week dia dah ada di sini
aku tak leh welcome dia
aku dah dapat cuti 4 hari next week..
bos tanya aku tadi, tak mau sambung terus lagi ka..
ohh sayang cuti la..
boleh gak bawak pi berjalan mana2 tahun depan.. :P
 
actually dia dah dok dengan kami sebulan hari tu,
yang aku pernah cerita sebelum ni, anak buah kepada bos aku punya bos..
memang la aku dah kenal dia, sebab masa bos takdak hari tu, dia jadi advisor..
tapi confirm la tak sama antara menjadi seorang advisor dan menjadi seorang bos..

rupanya sebulan dia kat sini, ni lah hasil report dia..hu hu

macam mana nak adapt dengan bos baru ni?
bos sekarang ni aku dah tau perangai lagu mana..
aku merajuk or gaduh2 pun, pastu ok balik..

bos baru, macam mana aku nak buat perangai?
macam mana aku nak merajuk?
aku susah hati ni, risau pasal cuti, 
agak2 dia senang nak luluskan cuti tak?
sudah la dia lelaki..
sudah la dia ekspatriat..
jenuh aku nak speaking hari2 dengan dia ni.. 
ada yang nak tergeliat lidah lepas ni..hu hu

year ahead?..aku tak tau lagi apa nak jadi..
eh..jangankan kata tahun,... minggu depan? bulan depan?..tak tau lagi apa yang nak jadi..

bos nak sangat aku expose diri..hah, terover expose sampai jadi macam ni la pulak..
sebenarnya, aku masih tak dapat terima kenyataan...hu hu hu hu






Wednesday, December 14, 2011

situasi yang sama

sakit belakang dua tiga menjak ni, tanda stress..
minggu ni lagi sibuk, buatkan taraf stress aku lebih..
nak bukak blog, tertera "blog has been removed"...kenapa rasa stress jugak? :P

badly need a break...

Tuesday, December 13, 2011

beza

aku dan dia, individu yang berbeza,
biarlah perbezaan ini jadikan aku individu yang lebih bijak...

Sunday, December 11, 2011

reward

kelmarin (sabtu), orang kay el cakap semalam;
aku bagi reward kat diri sendiri..sempena berjaya lepasi 'acara lari berhalangan'..ha ha ha

mula2 aku cari barang tu kat sp minggu lepas tapi tak jumpa ..
terpikir gak, maybe bukan masa untuk aku beli lagi..
tapi hati dok tak tenteram la..padahal poket sendiri gak nak kosong ni..
tak boleh jadi ni, drive sorang2 pi jusco seberang prai, tak jumpa gak, drive lagi pi sunway carnival, pun tak jumpak..

ohh..memang bukan rezki untuk reward diri..tapi masih tak berputus asa..target lagi satu tempat yang baru aku nampak masa on the way to sunway carnival tadi dan aku pikir tempat ni memang akan jadi tempat terakhir aku pi..kalau tak ada, mean bukan nasib aku nak punyai barang ni lah..

la ni, puaih hati..tak mau ingat rm yang terbang..
cuma dok ingat nak menerai barang baru ni ja..he hehe

dua minggu lepaih, kak aku ajak pi bercuti minggu depan..aku ni apa lagi, macam orang mengantuk disorongkan tilam yang empuk la jawabnya...muahhahaha



p/s: motif happy dengan reward yang kena keluar duit sendiri??

Thursday, December 8, 2011

tamat sudah...

Alhamdulillah..
esok ada lagi satu hari sebelum tamatnya perlantikan aku sebagai pemangku ketua jabatan kualiti jaminan dan kualiti mutu.. patutnya bos akan masuk isnin ni tapi kalau tak masuk lagi, tak tau lah, ni yang nak rasa sedih ni.. aku dah set minda yang aku akan merdeka minggu depan.. 

tak sabaq aku nak serah balik tugas ke dia tapi rasa2 aku dia kena ambik masa untuk catch up revolusi improvement yang telah berlaku..ha ha ha.. boleh eh cakap ke bos lagu tu..tapi betul la.. dulu lain sekarang lain..depa paksa aku buat perubahan, takkan aku kata tak mau buat..sat lagi, nama bos aku jugak yang tak ok, tak pandai ajar anak buah.. almaklum lah aku yang di bawah ni menurut arahan ja.. apakan daya, kalau dah email semua nya cc ke tuan2 director..

sangat la banyak pengalaman dalam masa 8 minggu ni sampai menjejaskan aktiviti blogging aku..macam  mana aku nak kaya dengan duit nuffnang lagu ni? ha ha..gila ka apa berangan nak kaya dgn duit nuffnang..entry pun tak dak..

aku cuma tinggai 2 dokumen kat bos untuk dia sign..satu SOP yang memang aku nak dia approve dan satu lagi borang cuti aku..kalau tak approve cuti aku, sah sah aku akan merajuk dgn dia... :P

walaupun 'payung' aku dah balik, aku tak dapat nak pasti reaksi dia nanti..ikutla, aku terima ja..langkah kanan pun kena, langkah kiri pun aku kena..

selama ditinggalkan ni, boleh la jugak buat kesimpulan, kalau kita banyak keja or banyak perubahan yang nak dibuat tapi kita minat nak buat, memang enjoy walaupun penat..cuma kalau bab menghadap perangai org yg pelik2 tak ketahuan hala tu yg buat aku stress..haishhh...bab yang satu ni memang aku kena banyak belajaq lagi la..

apa2 pun, semua ni aku hadapi demi pesakit2 yang terpaksa jadikan ubat sebagai satu keperluan hidup depa...huh..tetiba pulak... :P



Sunday, November 27, 2011

Salam Maalhijrah

Salam Maalhijrah 1433
Semoga tahun baru hijrah memberi harapan yang baru untuk kita berubah ke arah yang lebih baik...

apa khabar kawan2 semua?
enjoy cuti 3 hari ya..

dah lama rasanya tak update blog & tak reply komen2..

sebab;

satu, laptop masih tak ok..hard disk kong..tapi tengah mintak depa retrieve gambar2..ada dua tiga trip aku tak sempat back up..hu hu

dua, sedih sebab laptop tak ok plus RM yang melayang2 ni..

tiga, harga servis keta pun boleh tahan jugak kali ni.. (apa kaitan dengan tak update blog..jiwa tertekan mungkin..)

empat, sibuk melayan permintaan orang2 kat ofis..

lima, keta tak sihat, laptop tak sihat, tuan laptop pun turut tak sihat..demam panas last week..cun2 ja kena hari ahad, satu hari tak bangun..hari isnin paksa diri gak pi keja...sayu hati aku bila mak aku buat ayat, tak payah la buat keja teruk2 sangat...nak buat macam mana, amanah..kesian pulak kat team aku kalau aku tak masuk keja hari tu.. sampai la ni pun badan tak berapa sedap..

tambah lagi, penat sangat bila balik dari keja semenjak dua menjak ni..banyak benda yang aku belajar sejak2 ditinggalkan bos ni..ada la keputusan2 yang aku buat yang aku tak pasti dia setuju ke tak .. la la la la la
hari2 aku hitung, lagi dua minggu weh aku tunggu dia balik.. pastu nak submit leave form.. :P






Saturday, November 12, 2011

workshop


laptop masuk workshop
keta masuk workshop
nak fikir apa lagi
redha ja lah..

melangkahlah ke midvalley dengan tenang hati
sama ada untuk timba ilmu atau shopping

:)


 


Thursday, November 10, 2011

#15

* buka hati, lapangkan dada..
* nampak lembut tapi berbisa..
* pandang dan fikir dari sisi yang lain..ya, ia berbeza..
* yakin pada kekuatan doa..

current habit

step in work station
turn on the pc
guessing;
CHALLENGE OF THE DAY...








p/s: sapa percaya aku tengah senyum sekarang? :P

Wednesday, November 9, 2011

tak terjangka!!

cabaran 8 minggu: #14

tak terjangka!!

anak buah kepada bos aku punya bos (paham kah?) dari headquarters turun and will be here for a month.. rasanya aku dah cukup sibuk dengan tugas cover keja bos..ikut mana nak selit schedule dengan orang ni pulak? Next week, training di kl 3 hari, urgent matters to be settled by this week..after next week, ada presentation utk global head quality and orang besar2..tapi tak sure lagi aku yg kena bagi..bos pesan kat aku dulu..tapi kalau ada orang nak buat, dipersilakanlah :P 

rasa nak pengsan kejap.. too much noh on job training session kali ni, waktu aku ditinggalkan bos...huuwaaaa

maximize ur energy please..toksah dok mengada nak layan jiwa kacau..actually nak nangis sebab the other side of my life..but as usual nothing change dengan menangis kan..esok2 bos balik, baru la hang layan jiwa kacau tu..

la ni layan la orang2 global2 ni dulu..sat2 dari dept nu, sat2 dari dept ni..depa takpa la sorang jaga satu benda.. kat sini, sorang jaga semua benda, all rounder..aku dah bagi yg terbaik dah ni.. paham2 sendiri la tahap efisien lagu mana kalau sorang nak buat semua benda..organisasi yang besar ka or organisasi yang kecil ka, kalau prosedur kena standard, nak potong step yang mana satu pulak kan!..

satu benda yg aku tak syok adalah pi meeting, malas la nak meeting dengan depa2, semua2 tu kan title manager.. tapi kalau org paling besar pun dok argue dgn aku, dan aku confirm aku yang betul, then nasib la ter'bertikam' lidah di situ..

hasihhh..sorry la, tak leh nak sopan2 walaupun visitor ada.. ho ho ho..hari pertama dia di sini, dah saksikan bunga2 fight aku..
well boss, sorry la, takleh tahan la kalau orang dok tuduh2 benda yang tak betul ni..

session after session aku kena ngadap orang tu..

dalam kepala memikir macam2 dah ni..

sebulan dengan penilaiannya?
panjang mana la gamaknya report untuk bos dia nanti?
aku nak dapat bos baru pulak ke tahun depan?
actual picture dari orang2 atasan?

errrkkkk

Monday, November 7, 2011

ingin ku tulis...

ingin menulis,
ingin meluahkan,
tapi tak feel bila guna lappy orang lain,
nak BW pun tak brapa best..

enjoy cuti kalian ya... :)

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha kawan2..


*pengorbanan
*kesabaran
*kekuatan



terasa sangat relevan pada diri sekarang ini...


hanya padaNya ku mohon petunjuk dan pertolongan...








Being Thankful
A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: “I am blind, please help.”
There were only a few coins in the hat. A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that ev...eryone who walked by would see the new words. Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, “Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?”
The man said, “I only wrote the truth. I said what you said but in a different way. I wrote: “Today is a beautiful day but I cannot see it.”
Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were so lucky that they were not blind.
Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral: Be thankful for what you have…Be creative. Be innovative. Think differently and positively. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear. The most beautiful thing is to see a person smiling… And even more beautiful, knows that you are the reason behind it!

Tuesday, November 1, 2011

cabaran 8 minggu: #9

#9

# nak pikir, nak buat keputusan, nak prepare itu, nak prepare ini, email itu, email ini... terasa antibodi dah lemah la, nak demam..
# 'rindu' boss...hu hu..lambat lagi dia nak balik..
# missing sesi gossip pukul 10 pagi dengan geng, terpaksa diganti dengan mesyorat.. best bangat dapat bermesyorat... 










p/s: tiada entry baru, tak BW sebab laptop kong, ni pinjam housemate punya.. hu hu

Friday, October 28, 2011

KRABI: III

Pagi hari kedua kami menapak area resort tu..konon2 nak cari kedai untuk breakfast sendiri... tapi hanya menjamu mata dengan persekitaran dan pantai aonang.. jalan sunyi pagi2 ni..almaklumla, sebelah malam lebih meriah.. dukacita dimaklumkan, area berdekatan dengan areetara ni tak nampak pun kedai makan ye.. jadi, kami tahan tuk tuk dan minta dia hantarkan ke kedai makan halal.. caj rm2 gak sorang.. pakcik ni bawa la kami ke kedai ni, tapi tak sempat tengok nama la..yang aku ingat, lepas stesen minyak kecik kat aonang dan dekat dengan McD.. actually ada gak yang muda2 bawa tuk tuk tapi semua yang kami naik ni, semua pangkat pakcik2 :P
pakcik tu sendiri offer nak tunggu kami abih breakfast dan hantar kami balik resort semula..ok la tu..

mula2 sampai kat restoran tu, aku dah perasan, semua lelaki, ramai pulak tu, betul2 kedai kopi ni, semua lelaki...
kat kedai ni, pagi2 pun dah ada nasi dan lauk..tapi kami cuma pilih kuih muih ja.. takdak selera la pulak nak makan nasi pagi2 ni.. laksa pun ada..
masing2 dah order air, menyembang pakai bahasa rasmi kami la kan.. sekali, org meja belakang tegur..

"mai mana ni?"

dia tegur kami sebab dengar kami cakap kedah..mula, dia ingatkan kami ni orang siam.. untuk pengetahuan kawan2 semua, sepanjang kami kat sana, semua orang dok cakap bahasa thai dgn kami; macam confirm benar kami ni orang siam..teguran tu selalunya dibalas dengan gelengan..(sampaikan ada kes waktu aku nak beli tiket ketapi balik ke sp..hu hu hu, nanti tunggu sampai part tu eh)..
ada nampak keturunan siam kah?..

tanya punya tanya, alih2 depa satu kampung dengan housemate dan kawan housemate..siap kenai mak ayah kawan2 aku ni.. dok berjejak kasih la pulak kat kedai ni..

depa ni pun dok keluar pertanyaan yang sama..belajaq mana?
haishh..sekali lagi.. :P

muka depa ala2 terkejut kami kata mai naik train 4 orang..

dipikir balik, aku nak tergelak, keciknya dunia, boleh dok mai beramah tamah kat krabi ni dengan orang kampung..ha ha ha

siap tanya akaun fb lagi..tapi sampai la ni, aku tak add lagi pun.. nanti saya rajin, saya add dato' .. :) dan part best, depa blanja breakfast pagi tu.. kalau tau, makan lagi banyak..he he he

aku rumuskan dengan housemate; takleh nak cakap lepas ja sekarang ni, sebab sebelum keluar pagi tu aku ada sembang dgn housemate;
"kat krabi ni nak buat perangai lagu mana pun tak pa, takdak orang kenal kita.."
he he he..statement tu dah tak valid ya..jumpak orang kampung pulak tu..pastu memang ramai malaysian yang ke sana..tiap kali trip, mesti jumpak orang yang tau cakap bahasa melayu.. :)


dari aras 4 areetara
sweet sangat skuter ni..

antara kedai2 yang provide pakej2..

harga pakej, kalau kawan2 berminat nak ke krabi..

pantai aonang
malam kat sini, meriah..

baru belajar nak pos poskad..












walaupun pulut kosong tapi sedap


pisang goreng yang sedap

depa offer snap gambar

orang kampung.. :)


teh kaw betul..

ni pun depa tolong snap..

pagi di aonang






bersambung dengan cerita ke pulau...

#7

day 7

# jadi pemerhati; sesuatu yang berbaloi..
# support monthly target 'mereka'...
   pujuk hati dengan kata2 ustazah kat tv9 malam sebelumnya.."pekerjaan yang sukar dapat menghapuskan dosa"
# 'follow up' itu penting...

Thursday, October 27, 2011

KRABI: II

sambungan dari sini;

Masuk ja bilik, aku happy sangat tengok bilik ni..hey, datang nak jalan2 ke or nak dok tidur dalam bilik hotel? bukan apa, aku tak pernah dok hotel cantik macam ni lagi..dibandingkan dengan harganya, RM 120 semalam, tu yang buat aku happy tu..kalau kat malaysia kan tak dapat harga ni..apa lagi, sesi fotografi la.. sesetengah aksi tak boleh publish kat sini..ha ha..

actually aku book bilik melalui agoda.com.. sebab tu dapat harga diskaun.. seperti mana2 tempat yang aku pegi jalan2, aku still book dulu hotel, belum berani redah lagi..he he he
jom layan gambar;


 cute & creative

 aku suka dekor bilik..tilam diletak terus atas pangkin papan... elegan tapi santai..



 hajat nak berendam tapi sampai balik pun tak menyempat...

 peralatan stainless steel..aim satu set letak kat umah...

selamat menikmati secawan kopi di sini...

 muka puas hati.. :)

 nama resort



selepas berehat after perjalanan yang jauh, kami turun cari dinner..tujuan lain adalah untuk cari pakej untuk esok hari.. area yang kami dok tu, tak nampak restoran muslim, kena berjalan sikit..

dalam dok menapak tu, pakcik tuk tuk tu memanggil kami..senario biasa pakcik tuk tuk memanggil2 pelancong..mintak pakcik hantarkan kami ke restora halal..then, dia bawa kami pi restoran chaba..rm 2 sorang..boleh naik lebih dari  4  orang utk tuk2 yang jenis motosikal ni..tapi rasa seriau gak la, macam tak stabil ja naik ramai2 ni..

sampai kat kedai2 kat aonang tu, kami jalan2 cari pakej aktiviti dulu sebelum masuk restoran... bersepah2 travel agent yang sediakan pakej2 aktiviti..macam2 ada, nak pulau, hutan, gajah, water rafting, spa, urut..pilih la..sesapa yang nak enjoy cuti kat sini, sila bawa duit lebih untuk aktivti2 kat sini ye..

kami pilih 2 aktiviti;
1. phi phi island, RM80 sorang, beserta snorkeling
2. 4 island, RM 70 sorang, beserta snorkeling

yang penting kena pandai tawar menawar ye kawan2 sekalian...
sebelum aku lupa, tukar siap2 duit kat hatyai or padang besar..kat aonang ni, rate mahal sikit, rugi..



suasana kat pesisir aonang


dinner at Chaba Restaurant;

 buku menu


 suasana dalam restoran



 dok tengok orang review dalam internet, akhirnya jumpak gak phad thai ni..RM9.50, harga kat RESTORAN ni.. esok confirm dinner kat tempat lain.. :P


 udang goreng tepung.. RM12..berbaloi untuk 4 orang..


kipas

 siling.. motif ambik gambar kipas dan siling??


 tak masuk pun tengok apa yang ada kat dalam tu..




 area dekat resort..tak ingat nama resort ni..nampak lawa sangat.. sesiapa nak mai sini, boleh cuba kot..

 balik resort jalan kaki ja...sambil memenuhkan memori kamera..he he he


 oit, tak mau balik lagi ka? esok nak pi jelajah pulau, sapa2 muntah atas bot, sapa yang malu? :P







 

bersambung...