Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Tuesday, November 6, 2012

bersimpang-siur





bercampur baur..
macam-macam dalam kepala norh sekarang ni..
norh nak lalui hari2 seumpama air yang mengalir (dipaksa mengalir),
melalui rintangan; kecil, besar, luas, sempit, panjang, pendek laluannya..
tapi tetap terus menderu...




p/s: terasa nak menangis tapi dah lama air mata tak mau keluar.. 

Monday, November 5, 2012

beza

esok dah 6 nov
cepatnya masa berlalu
masuk keja kul 8..alih2 dah pukul 12..lunch..kul 4..pastu kul 6..
betapa 10 bulan di tahun 2012 ni menghidangkan rencah ofis yang super dari segala segi,
sampai aku tak tertulis kat blog ni..
jujur, aku miss seorang yang digelar bos,
yang kadang kala aku perlukan darinya kata2 semangat,
yang kadang2 aku nak bersembang kosong,
yang kadang2 aku nak dia bertanyakan hala tuju aku,
yang perlu bagi direction kat aku..
tapi keadaan tak selalu menyebelahi kita
perubahan perlu dibayar kata orang,
walau terasa sukar
namun terpaksa terima hakikat
dulu dan kini..
BERBEZA

Sunday, November 4, 2012

cuti 5 hari

tiba-tiba depa announce cuti 5 hari, waktu minggu deepavali..
diganti dengan dua kali sabtu..
memang catat sejarah betul lah, 
tak pernahnya kilang ni shut down sepanjang aku keja 6 tahun kat sini..
awat la dari dulu lagi tak mau habaq tak tau!
kalau tau awai, boleh plan jalan-jalan..
sapa ada idea nak jalan ke mana berseorangan?

Saturday, November 3, 2012

Chennai Curry House..again

the best indian food in town..



mango juice

menu feveret..
tandoori chicken :)

Wednesday, October 31, 2012

akhirnya...berjaya menangkap

si suria yang berjaya di rakam..
dah lama dah dok menikmati sinaran matahari dengan hamparan sawah padi ni..
tapi baru isnin lepas berjaya..
maklum la aku keluaq awai sikit untuk pi keja..
selalunya, keluaq rumah pun ngam2 sampai kat kilang, mana dan (sempat) nak pegang kamera kan :P
di saat aku berkejaran nak ke kilang,
best ja pakcik2 dok feeling layan bawak moto 20km/j
nak pi sembang kat kedai kopi kot..
tapi aku?
perlu mulakan minggu 
dengan entah apa pulak cabarannya kan..

apa-apa pun,
mentari kan terus bersinar...
ye dak?
;)