Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Wednesday, March 2, 2011

10% benzoyl peroxide

aku tak terlibat dalam penghasilan ubat ni 

tapi aku tengah gunakan ubat ni untuk rawat jerawat batu..

hu hu hu
 
5 biji sekali naik..

scatter cantik pulak tu,

pipi kiri kanan, dahi, dagu

sakit weh!! 

berdenyut2 rasa.. 

stress punya pasal la ni..

dan pastinya menambahkan lagi stress yang sedia ada ni...

huwaaaa!!!!!







Tuesday, March 1, 2011

harapan...

1 mac.. 2011



situasi kamu?

situasi aku??
sangat letih..

kenapa?

banyak sangat isu2 kebelakangan ni..
banyak sangat kerja nak kena buat kebelakangan ni
samada aku dah makin goyah atau tekanan tu makin kuat.. 

sebenarnya aku suka dengan bidang kerja aku ni..
sebab ada saja benda2 baru yang kena belajar..
sejak dari tahun 2001, aku start kenal rujukan pharmacopoeia, 
masa tu, terbitan tahunannya cuma satu jilid saja..tapi sekarang dah jadi 4 jilid sekali terbitan..
betapa banyaknya ilmu2 baru bertambah setiap tahun..
betapa berjenis2 molekul drug yang terhasil setiap tahun, 
begitu juga requirement penghasilan ubat, bertambah ketat dari tahun ke tahun demi menjamin keselamatan para pesakit..
sebab tu aku tak pernah bosan dari segi pembelajaran perkara2 baru..
dan satu kepuasan jugak menyumbangkan sedikit khidmat pada pesakit2 yang memerlukan bantuan ubat-ubatan.. 

cuma bila nak kena 'cope' dengan zaman peralihan ni...terlalu banyak hal kena buat..
dah puas berlari tapi mungkin belum cukup laju..

yup, menambahkan lagi pengalaman tapi kadang2 sampai satu tahap...aku seakan 'give up' dengan ragam manusia ..

sebelum ni, atas alasan untuk lupakan 'the other side of my stories' yang mana aku rasa ia tak menarik dan selalunya membuatkan hadirnya titisan2 jernih itu..aku memilih untuk fokus hanya pada kerjaya..

aku rasa fokus pada kerja dapat buatkan aku lupakan yang lain; hal yang bukan dalam kawalan aku..dan biarkan takdir dan masa mengatasi semua itu..walau kadang2 emosi terganggu jua.. tapi tak seteruk pada masa lalu.. mungkin perasaan itu berjaya diatasi walau tak sepenuhnya.. 

tapi sekarang ni, aku agak keliru... seakan tak ada perkara yang menyebelahi aku..
sebenarnya aku sedar, apa yang aku rasa buat masa ini, adalah sesuatu yang tidak menyihatkan..dan aku juga benci keadaan ini...

namun, masih ada juga berita hari ini yang buatkan aku kena berfikir-fikir kembali...

ingat tak kisah what u give u get back..,
hari ni ada satu perkhabaran pasal orang tu..
dan benar, masa itu telah tiba..
komen aku.. 'kan aku dah kata..'

tapi tak bermakna ia buatkan aku sangat suka dengan nasib dia..
sebab nasib aku sendiri pun tak pasti lagi lepas ni..
setiap hari, ada saja cabaran baru yang perlu dihadapi..

apa-apa pun, 
bahagia atau sebaliknya,
senang atau sukar,
kehidupan adalah untuk dinikmati...

aku sangat mengharapkan kekuatan dariNya untuk meneruskan perjalanan ini...
 



quote of the day

‎ 

 

Trials makes you stronger,

Sorrow keeps you human,

Failure keeps you humble,

Success keeps you glowing...

 


Monday, February 28, 2011

kerja dari bawah

pagi2 hari ni, topik kat hotfm..kerja dari bawah..

aku mula-mula keja dulu dari bawah jugak,
..lebih kurang seminggu menganggur, pastu dapat keja sebagai microbiologist,
tapi masuk keja, kena jadi cleaner, cuci 'media plates' yang dah digunakan..
demi nak cari rezeki, tak kisah la.. 
dalam masa tak sampai setahun, senior resign dan aku yang masih tak penuh dengan ilmu nak buat keja ni kena jadi ganti depa..pastu bos tersangatlah garang..entah brapa kali ntah menangis kena marah dengan dia... 
tapi dek kerana garang dia tu lah, banyak yang aku belajaq dengan dia.. 
aku ingat lagi, lepas kena marah, selalunya dia akan mai pujuk balik..dah la tapak kaki tak dengaq, tiba2 dia ada kat belakang..hu hu

antara kata2 dia; 
'you have to determine what u want to be another 5 years, another 10 years..'

masa dia tengah motivate tu, aku diam la..kan baru sedih lepas kena marah..tapi kalau aku jumpa dia sekarang, aku akan cakap;


sir,
'i do remember your words..even though i don't want to, but i need to be that somebody...'









Dear young lady

Dear young lady,

Live this day well...
Let a little sun out as well as in..
Create your own rainbows..