bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Thursday, July 28, 2011

pulut mangga

aura negatif siang tadi masih berbekas...
sambil geram tengok bola, sambil layan foto jalan2...

pulut mangga kat hatyai..
sedap teramat...
kat mana lagi yang ada sesedap ni ye?




Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday


Tuesday, July 26, 2011

#1 & #2

betul tak dengan pernyataan-pernyataan ni?

#1

"berhadapan dengan kanak2 adalah lebih mudah berbanding berhadapan dengan orang dewasa; apatah lagi golongan yang lebih berusia dari kita?"


#2

"kita tak boleh puaskan hati semua orang dan orang lain pun tak mampu nak puaskan hati kita"










Ya Allah,
kurniakanlah daku kekuatan untuk melangkah,
kurniakanlah daku kekuatan akal fikiran beserta kesihatan tubuh badan...
kurniakanlah daku kemenangan..
hanya padaMu ku memohon dan berlindung...
Amin...

Monday, July 25, 2011

free

situasi 1

norh sibuk ka la ni?
norh jawab: no comment boss...



situasi 2

sibuk ka hari ni?
norh jawab: tak tau lagu mana nak jawab bos..



kalau la ada situasi 3

sibuk ka?
norh nak jawab: tak sibuk pun..free sangat2....




agak2, logik tak aku buat ayat situasi ketiga tu kat bos aku?


:P



*apasal la kerap sangat dia tanya aku sibuk ke tak sekarang ni?
*bos nak tolong buat keja saya ke?  he he

Sunday, July 24, 2011

pokok


"Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh"

Saturday, July 23, 2011

caj bateri

berhujung minggu di rumah..baru selesai mendobi untuk 2 minggu punya pakaian..ho ho.. rasa2 macam boleh bukak kedai baju dengan tudung... ini beban luaran yang nampak.. tekanan kat dalam badan ni, agaknya macam mana ye? kesian mental and fizikal untuk 2 minggu ni... takpe, ada dua hari ni untuk berehat sepenuhnya..

dalam dua minggu ni, banyak lagi lah yang aku belajar..jumpa2 kenalan baru.. ter'upgrade' sikit la kemahiran komunikasi...he he

pelajaran secara langsung, atau tak langsung mahupun dari kesalahan aku sendiri jugak.. masa2 macam ni selalu la aku dok berfikir, apasal la aku kena deal dengan semua orang?.. apasal la aku tak keja area yang tak payah ambik tau hal orang lain.. apasal la aku kena review keja2 orang lain?.. some more, apasal la aku keja dalam bidang yang sangat cerewet ni..haishhh...  

Quality Assurance.. macam mudah je sebutnya...term ni lama kelamaan, sangat tak sanggup nak ku sebut.. tambah pulak dalam masa proses peralihan management ni.. di antara dua tahap/cara yang sangat berbeza... aku dah cuba yang terbaik rasanya tapi kalau pihak2 lain tak paham2 bahasa jugak untuk proses ni, rasa nak mengamuk itu adalah perasaan hari2 yang aku rasa...

nak kena comply to a new system tapi nak buatkan orang lain sama2 paham kehendak baru ni, perlukan kekuatan dan komitmen yang sangat lah aku tak tau nak cakap macam mana.. orang lain dah berlari dan paksa kita berlari.., kan sangat tersiksa kalau terpaksa melayan orang yang baru nak merangkak..so, level of stress tu paham2 sendiri lah no (aku ingat nak beli bp pressure meter tu la, nak letak satu kat ofis :P).. nak kena ikut requirement baru, nak kena ikut requirement boss, nak kena tahan karenah orang2 yang tak mau berubah dan orang yang berlagak pandai dan sombong... nak melayan perangai budak2 lagi...

selalu aku tak paham kenapa orang yang dah ada jawatan tinggi tapi tak mau bertanggungjawab pada jawatan yang diamanahkan kat depa? ingat aku suka ka nak cari gaduh dengan semua2 orang...

k, cukupla luah sikit2, nak berehat, 'caj bateri' untuk next week pulak..hu hu hu

Thursday, July 21, 2011

dear norh

 norh,
 
it is about strength
it is about spirit
it is about patience



IT IS INSIDE U

Friday, July 15, 2011

who says

Thursday, July 14, 2011

4th day

# cuma tinggal sehari lagi
# orang bawahan ni, kena terima ja la apa orang atasan berkata2 kan.
# daya dah tinggal tak brapa banyak lagi..moga lepas pukul 6 esok, baru butang tenaga akan berbunyi tett tett tett ... (macam ultraman yang dah nak abih kuasa tu)
# bila dah abih kuasa, tak tau pulak bila nak packing untuk berangkat ke ibu kota sabtu ni..
# kepada kengkawan semua, take care ye..nanti bila2 dah tak sibuk, bila saya balik dari training, bila saya dah hilang penat, barulah saya melawat rumah kawan2 ye...


"When everything seems like an uphill struggle, just think of the view from the top."
-Anon

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday

Tuesday, July 12, 2011

2nd day

suatu definasi dari Wikipedia...

Quality assurance, 
or QA (in use from 1973) for short, is the systematic monitoring and evaluation of the various aspects of a project, service or facility to maximize the probability that minimum standards of quality are being attained by the production process. QA cannot absolutely guarantee the production of quality products.

Two principles included in QA are: "Fit for purpose" - the product should be suitable for the intended purpose; and "Right first time" - mistakes should be eliminated. QA includes regulation of the quality of raw materials, assemblies, products and components, services related to production, and management, production and inspection processes.

Quality is determined by the product users, clients or customers, not by society in general. It is not the same as 'expensive' or 'high quality'. Low priced products can be considered as having high quality if the product users determine them as such.




motif entry ni; nak bagitau hari ni audit berakhir pada jam 8 malam.. stop only for lunch break...

Monday, July 11, 2011

1st day

hari pertama audit, 6.30 petang baru abih..
pengalaman? 
bertambah lagi untuk suatu hari yang sibuk..yang mana baik, jadikan teladan, yang mana tak ok, lakukan perubahan.. yang mana tak buat, aku mengaku, yang mana tak pandai, aku mintak tunjuk ajar...
inilah yang dinamakan nak hidup..ye tak?

entry semalam aku dapat komen dari kak era..
memang aku tergelak baca komen dia..



of course i will be myself...he he he
hari pertama ni pun dah dok terbayang2 muka diorang bila dok baca audit report nanti..
I pasrah, sapa suruh I jaga company..
kalau rules the company sekali dengan elaun2 nya, memang berbesar hati sangat la kak era..tapi paham2 sendiri lah no!.. :P
tapi ayat last tu, tak setuju la...

NEXT 4 days to go... lambatnya nak hari sabtu..hu hu hu

Sunday, July 10, 2011

5 hari

malam ni pelik sikit..sebab ahad malam dok berpikir2 pasal keja..selalunya kalau cuti, jangan harap lah nak penatkan otak dengan hal2 kat ofis.. dek kerana 5 hari ke depan ni, plant aku bakal diaudit dengan orang korporat (depa ni dok biasa pi audit USFDA plant).. 5 hari tu..dengan ministry pun cuma 3 hari..dah la tu, sebelum balik jumaat hari tu, aku dah baca agenda audit ni..huh...detail sungguh weh..

satu hal lagi, minggu depan aku kena lalui tanpa bos.. selalu mesti ramai yang suka kalau bos takde, tapi tak aku, kalau bos takde, maksudnya aku kena buat keja2 dia la..dan lagi, orang2 yang nak mai ni, adalah anak2 buah kepada bos aku punya bos (paham tak?).. dan sepanjang aku bekerja lima tahun ni, ni first time depa mai audit plant sini..pastu bersangkut pulak dengan isu lain2, yang mana aku merasakan bos aku kurang wajar bercuti pada minggu depan (kalau bos baca; statement jujur dari saya)...but still to be positive; everything happen for a reason (sangat la positif kan..huk huk)...
 
actually aku tak tau apa yang aku rasa buat masa sekarang.. dah nasib jadi kuli ja kan, terima ja la apa yang orang atas arahkan..tapi macam biasa, kalau bos takde, ikut suka hati aku la nak buat decision kan (banyak la ikut suka hati, kalau tak berfikir 100 kali, takdenya aku nak buat keputusan apa2 pun..).. so, kalau agak2 audit kali ni tak menepati citarasa sesiapa yang berkenaan..diminta terimalah dengan hati terbuka, since aku pun terima dengan hati terbuka jugak untuk handle audit ni...

apa2 hal pun, aku doakan agar untuk 2 minggu ke depan ni, aku dikurniakan kesihatan dari Dia.. lepas abih audit yang aku dah start rasa 'rama2 kat dalam perut aku ni', aku kena attend training pulak...kat Midvalley, 3 hari..mau travel lagi sambil jalan2 kat KL...he he..so, sangat mendambakan kesihatan mental dan fizikal berada di tahap yang paling maksimum.. 

moga semuanya berjalan dengan lancar... :)

Saturday, July 9, 2011

D' Sabai

hujung minggu ni tak ke mana2, baru sempat nak update draft dlm blog ni..dah upload gambar sebelum lagi dah tapi tak post2..

so, layan selera makan la pulak kali ni...makan2 kat D' Sabai.. Central Square Sg Petani..tingkat 4..bawah level bowling..
restoran ni dah lama bertapak kat sini.. tapi aku pun dah lama tak makan, dulu2 waktu zaman muda2 dulu ja yang dok makan kat sini, sebab ada colleague indon yang suka sangat makan kat sini...

ice lemon tea.. 
aku dah biasa minum ice lemon tea nestea yang aku bancuh sendiri, lagi sedap rasanya...


jus tembikai 

 air laici


side order


bihun goreng


D' Sabai set..ada nasi, tomyam, sosej sweet sour, ayam balck pepper..semua sedap...harganya berpatutan la..


sosej sweet sour 

ayam black pepper...


ni set nasi ayam rasanya..dah terlupa nama menu dia.. 

nasi goreng




Friday, July 8, 2011

padaMu ku pohon

Thursday, July 7, 2011

konflik diri

norh, 
boleh tak senyum sikit

norh, 
boleh tak jangan marah2

norh, 
boleh tak jangan sesuka hati nak bagi ayat laser

norh, 
boleh tak abaikan hal2 yang menjengkelkan

norh,
boleh tak terima seadanya orang di sekeliling kamu

norh,
boleh tak???

ladang anggur tasik beris



kawan-kawan sekalian, terimalah enrty ni seadanya... jamu gambaq sudah no ... kekeringan idea la nak tulis panjang2... :p 


signboard kat nak masuk kawasan ni, tepi jalan besar...

kawasan parking yang luas berdepan pintu masuk ni...



me, mate and mate's bff (merangkap my assistant)




dilarang memetik ye..merata2 peringatan ni...

petik tak boleh tapi boleh ngap!.. he he he
takdelah, hanya aksi sahaja ye..nak rasa, boleh beli kat gerai kat depan ...


luas jugak ladang ni..




hibrid ke apa ntah..campuran purple dgn hijau..

yang ni segugus hijau, segugus purple...



segugus anggur

bergugus2 anggur...











karipap sebiji singgit...

panas weh makan waktu ni..better pegi petang sikit..

air anggur purple dgn anggur hijau...

nun di hujung sana tu, empangan beris...




Wednesday, July 6, 2011

hari hangat

hari hangat

1. berita hangat: next week, isnin sampai jumaat ada audit dari corporate
2. bos cuti next week, sepanjang minggu
3. hari ni geram sedikit (sedikit??) since dikhabarkan tak meet her expectation




cuba teka kaitan antara entry ni dengan minggu depan,


atau 


cuba teka tahap stress saya pada minggu depan.





la la la la la......

boyfriend baru

boyfriend baru.. :))


baru jumpa last month, pergi dusun durian mak sedara housemate..pastu pergi dusun durian datuk bf ni..ramah sungguh dia..dan sangat la cute, rambut tu, dia yang letak gel sendiri ok, pastu datang kat aku suruh snap gambar dia..ha haha.. mulut boleh tahan laser gak walaupun tak sekolah lagi..budak2 sekarang ni, cakap tak mau kalah dengan orang dewasa ni..

sebenarnya aku nak update cerita pegi dusun durian, rambutan, manggis dan macam2 buah lagi la..tak lupa jugak ladang anggur kat sik nu..tapi tu lah, tahap motivasi masih di tahap yang amat rendah, so, letak gambar budak ni dulu la, kira warming up.. kang update mendadak, stop pun mendadak jugak la kan..

tunggu update dari ladang anggur... :)

Tuesday, July 5, 2011

dah abih bertapa

Assalamualaikum semua...
selamat bertemu kembali..

hah..macam mana nak menulis ni?; dah lama sangat bertapa.. sebab2 bertapa? alasan nya adalah sibuk.. relevan lagi ka alasan ni? semua orang sibuk kan..macam la aku sorang saja yang sibuk.. 

sebetulnya, alasannya adalah lebih kurang entry aku sebelum ni lazy saturday.. tapi bukan lazy setakat hari sabtu saja..semua hari pun rasa lazy (waktu di rumah saja ye).. kat tempat keja, sibuk sampai nak pengsan kekadang tu (apasal la ramai sangat orang sakit? kepada rakyat Malaysia, tingkatkanlah taraf kesihatan masing2 ya..kurang2kanlah pengambilan ubat-ubatan ye!)

hari ni pun lazy jugak, mood cuti tak abih lagi..he he..baru kembali dari hatyai malam semalam.. hari ni bermalas-malasan mengadap internet, .. tambah malas bila memikirkan esok kena masuk keja balik setelah 4 hari cuti..hu hu hu

actually bukan tak teringin nak update blog...hajat di hati memang la nak teruskan pengkisahan 'seriastana' ni tapi asal bukak ja blog, aku cuma mampu membaca blog kawan2 ja..tak ada daya (*malas*) nak menulis apa pun..hopefully semangat aku nak update blog ni pulih seperti waktu dulu2..he he..kalau tak pulih jugak, aku kena cari doktor kot (doktor terbaik kat mana ye?)..

ok..sampai bertemu kembali.. :P