Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, February 25, 2013

Penang : Jungle Treking ke Monkey Beach

namanya ja asal dari Seberang Prai tapi boleh kira setahun berapa kali ke pulau..he he
dan edisi photo kali ni bukannya fresh sangat pun..norh ke sini bulan lepas.. plan asal, ramai yang nak join tapi last sekali jadi 4 orang ja..
norh pernah pi treking ke sini 3 tahun lepas, entry teluk-duyung (nama lain bagi monkey beach)..


info
Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang, kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang.

Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati, pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain.

Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.

Perjalanan ke sana
Sekiranya memandu sendiri melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar di persimpangan Jambatan Pulau Pinang. Ikut jalan kearah Batu Feringghi dan terus ke Teluk Bahang. Pejabat Pentadbiran Taman Negara Pulau Pinang terletak di Jalan Hassan Abbas. Kenderaan awam boleh diperolehi di Terminal Feri/KOMTAR terus ke Teluk Bahang atau boleh menggunakan perkhidmatan teksi yang disediakan.

Pintu masuk utama Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang manakala Pintu Masuk kedua terletak di Kuala Sungai Pinang di bahagian Balik Pulau. Kemudahan rekreasi untuk pelawat hanya boleh di dapati di Pantai Kerachut, Sungai/Teluk Tukun, Pasir pandak, Teluk Aling, Teluk Duyung dan Rumah Api Muka Head. Rentis semulajadi juga terdapat mengelilingi tasik meromiktik yang unik di kawasan Pantai Kerachut.

Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau.

Bayaran
Tiada bayaran masuk yang dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti merentasi titian kanopi iaitu RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.



jom layan gambar..

pandangan semasa treking..

semput tau walaupun treking..maklumlah ;p

ada yang mendaki.. ada jalan landai..

rehat sat untuk posing..he hehe

atm mesin kat pokok.. :P

info yang terdapat di taman negara..

first time norh naik canopy walkaway.. RM5, perlu bayar masa kat kaunter masuk..

dok sembang2 ter'mengutuk' sikit taman negara ni.. padahal ada staf depa kat pondok kat atas nu..he he

laluan nak ke sini agak sunyi..tapi masih selamat..dulu2 zaman sekolah, pernah datang mandi2 manda dengan budak2 homeroom..tapi sekarang ni nampaknya bukan tempat mandi dah since kes kencing tikus..

muat seorang ja lalu tau..




meneruskan treking ke monkey beach.. 

lagi 2km..aiiyaakkk
serius, dah kurang stamina sekarang ni..

pusat penyelidikan USM

beautiful beach





laluan berhalangan..



yayy..dah sampai..disambut dengan monyet2..
namanya pun pantai dia kan..

berbanding dengan dua tahun dahulu, dah ramai orang kat sini..aktiviti pun dah banyak..
kedai makan pun ada..dan monyet2 pun macam bertambah ja..

kebanyakan pelancong arab..





nak try?





sebiji rm5.. hmmmm


arabian..

kami sewa bot.. :)

jeti kat taman negara..





*sewa bot tu tipu..he he
mamat bot tu bagi kami bawa bot untuk seketika.. ;)
sewa satu bot sehala rm50.. tapi boleh bargain untuk dapat rm40 (dah lepas bayar baru nampak kaunter yang bagi lagi murah).. boleh book bot untuk 2 hala kalau tak nak treking..kaunter bot ada kat parking nak masuk Taman Negara Pulau Pinang.






23 comments:

makchaq said...

Kalau trekking memng tak sampai la kot makchaq.. ( memang lemah kalau bab jalan jenih naik bukit turun bukit ni..)

Makchaq memang suka tengok laut/pantai.. kecik2 duduk tepi laut.. rindu sangat.. dah berbulan tak balik penang..

Unknown said...

byk nye gambar..tenang je tgk tmpat tu.best tak?sy ni name je org utara tp xpernah pun lg pergi.
nnti balik utara nk try singgah lah... :)

Nida Mohd said...

thn lps sy pegi gak tmn negara tu tp xsmpi ke canopy walk tu sebab bw budak-budak..MIL pun tak larat nak trekking..pastu patah balik..huhu

NM03 said...

bestnyer....







cantek2 gambar!

Unknown said...

pergi penang dh banyak kali, tapi mmg tak pernah sampai sini.. next time mesti singgah :D

Orga said...

dah bape kali dok ulang alik penang, now pun sama sebab adik tinggal sana. takper, nanti pergi nak try jugaklah trekking dekat sini, nampak best jer, hehe...

Farah Waheda Wahid said...

cantiknya... ^_^

Unknown said...

Assalam Norh

banyak gak yang bergayut menambahkan populasi yang sedia ada...haha....

mmm....tak sempat Yong nak singgah Penang masa ke utara bulan lepas...tak sempat langsung...kena buat special trip ke Penang jer pulak nanti....

Jari Manis said...

wahhh nampak menarik, boleh try lah nanti x pernah lak buat jungle trekking lepas dh abis sekolah ni bila dh start keje :-)

makcikkantin said...

Lawanya tempat2 tu Norh. Walau dok penang lama dah..makcik tak pernah sampai sini lagi..

zila@akulovetravel said...

Pernah dgr kwn cter psl tempat ni..tapi belum ada kesempatan nk kesana walaupun sy org penang..hahaha

ANIM said...

mana monyetnya norh?

norh said...

*makchaq

Tak treking pun takpa..naik bot..
Saya pun mengah jugak la.. Baru perasan pantai penang cantik jugak walau tak secantik pantai kat redang..he he

*harith

Stamina kuat lagi kan.. Cuba naik sampai light house ;)

norh said...

*nida

Canopy walk tu dekat je dengan entrance..boleh jalan pelan2 lain kali..

norh said...

*nm02

Mai la penang ;)

norh said...

*eny

Confirm banyak shot menarik dari kamu ;)

norh said...

*orga

Treking sampai rumah api tau..best giler..

norh said...

*farah

Relaxing ;)

norh said...

*asp

Kalau nak ikutkan, kami pun nak join skali..ha ha
Mai la lagi..boleh saya join gak..dah lama dok pikir nak round island :)

norh said...

*jm

Make sure stamina kuat ye..he he

norh said...

*mk

Biasala makcik..selalunya tempat sendiri kita tak pandang..he he

norh said...

*zila

Norh pun masih miss beberapa tempat menarik kat penang ni... Jalan ke sana pun masih sesat..

norh said...

*kak anim

Ala, lupa snap pulak..depa sibuk dok mkn..he he