salah satunya, harga rumah teres bermula dari 90k..
kira murah la tu kan..
kalau murah pun, macam la aku boleh beli.. :P
saja la suka2 update harga terkini..mana tau kot2 ada rezki lebih...Amin..
sebenaqnya housemate aku yang nak cari rumah..
aku tumpang bagi info ke dia..
info2 yang seperti di bawah ni boleh la diguna pakai untuk memilih rumah..
-lokasi kat mana?
-kemudahan apa yang ada?
-bahan binaan macam mana?
-pemaju boleh dipercayai ke dak?
-nak duduk or nak sewakan?
-dekat dak nak p tempat keja?
inilah antara soalan2 yang boleh dicari jawapannya.. :)
berbanding dengan adat memilih tapak zaman dulu (rujuk gambaq)..
aku jumpa ni masa pi Melaka, melawat salah satu muzium di sana.. tak ingat nama muzium tu..
1. Kemenyan disediakan oleh bomoh atau pawang di sekitar tapak pembinaan rumah.
2. Salah seorang ahli keluarga wanita dikehendaki mengukur sebatang kayu dengan mendepakan tangannya.
3. Wanita tersebut mengukur seurat rotan dan bomoh akan mengikat rotan kepada kayu yang telah disediakan. Kemenyan dibakar sekali lagi dan doa serta jampi dibaca oleh bomoh.
4. Kayu dan rotan ditanam di tengah2 tapak yang telah dipilih dan satu baldi air yang di bawahnya dialas dengan pinggan diletakkan di tapak. Doa serta jampi dibaca sekali lagi oleh bomoh dan wanita tersebut.
5. Pada waktu senja keesokkan harinya, wanita itu akan mengukur kedua2 kayu dan rotan. Paras air juga akan diperiksa. Jika rotan tersebut memanjang ketika malam atau pun air di dalam baldi melimpah ke pinggan, bermakna tapak tadi akan dipilih dan akan dijadikan tempat untuk mendirikan tiang seri serta diikuti oleh tiang yang lain.
ps: macam mana agaknya kalau ritual ni masih ada no???
1 comment:
bahaya kalau ada org yg masih amalkan ritual mcm ni. blh syirik woooo...
Post a Comment